PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 August 2012

I'm Back!

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Cik Yeanna is back! Hehe, dah agak usang blog nie, sebab dah lama kena tinggal..isk isk, kesian kau blog, terbiar begitu saja..

Ok, Cik Yeanna dah kat excited state dah nie, sebab TAK LAMA RAYA. yeah! kuih raya, baju raya, everything about raya. Yes Yes!

TAPI...sedih juga sebab RAMADHAN akan meninggalkan kita beberapa hari lagi. Syaitan akan terlepas, oh no! So, tinggal beberapa hari je lagi nie, diharap kita istiqamah, konsisten dalam melakukan ibadat kita, apatah lagi di SEPULUH malam terakhir ini. Inilah peluang kita! Entahkan kita masih berkesempatan untuk Ramadhan akan datang atau tak. Therefore, grab this chance guys! ( Oh My English Cik Yeanna, =,= )

Bah, we move to the next topic. Memandangkan cuti yang diberi hanyalah dua minggu, maka begitu banyak hal yang ingin Cik Yeanna lakukan di cuti ini. Rasa macam tak cukup. Hehe~Nak rest lama-lama boleh? Boleh kot, tapi kena tendang lah jawabnya. Nak raya sana sini, nak shopping sana sini, nak makan sana sini..pedek kata, semua sana sini. Haha! Tamak nampak.. :p

Lagi, cerita selain raya Cik Yeanna nak taipkan lah di sini yang Cik Yeanna dah lama tak tengok drama/variety show KOREA. haha! rindu ke? adalah sikit-sikit. sikit je pun, tak banyak. Sebab tak fanatik sangat.hehe! Terbaru, drama To The Beautiful You oleh Sulli f(x) and Minho SHINe yang ditayangkan di SBS. Tayangan bermula 15 August 2012 means HARI INI! Harap drama nie best lah, sebab kalau yang versi Jepun memang BEST sangat! Expectation tu memang tinggi sangat. Jadi, harap tak mengecewakan lah. hehe~Fighting! ^^

Uki, kita stop cerita tentang tu, nanti ada yang melabelkan Cik Yeanna nie, lain-lain pula. Hehe~ So, I think that's all I want to share with you today. ( Especially, there is a lot I want to share, but I will keep it alone, sceret. Not everything can be shared on this 'PUBLIC' media, I think..Keke! ^^ )

Orait, stop the mumble bumble, sorry for my error in grammar, vocab, mistyping, or whatever that you think is kinda annoying. I'm sorry!! Last word, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

27 June 2012

Mencari Kesempatan Sebentar

Assalamualaikum n salam ceria semua! haha! akhirnya, update juga.. tapi tak lama la.. saja nak bersihkan blog ni jap..

okay, gotta go..haha!

15 May 2012

[Tutorial] Kawal Komputer Dengan Suara Anda?

Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! Kali nie, Cik Yeanna nak buat tutorial komputer di mana kita boleh kawal komputer dengan hanya menggunakan suara kita.. Ataupun dalam bahasa lain kita bercakap dengan komputer. Eh? Faham ke komputer tu apa yang kita cakap? Perlukan komputer yang canggih ke? Ok, semua persoalan akan dijawab di bawah. So, teruskan membaca. Jangan risau, jangan bengang tuto ni BETUL punya, tak memain..^^

Ok, first sekali yang kita akan guna ialah Speech Recognition yang terdapat dalam Windows 7. So, tuto kali nie pakai Windows 7 la ye. Kalau OS lain, Cik Yeanna belum explore lagi. Hehe..

Then, Speech Recognition nie hanya available untuk English, French, Spanish, German, Japanese, Simplified Chinese and Traditional Chinese. Malay takde, so kita pakai English la yer..

Apa yang anda perlukan ialah:
1. Komputer/Laptop/Notebook/Netbook yang bersistemkan Windows 7.
2. Headset Microphone / Dekstop Microphone / Mikrofon biasa -->


3. Boleh berbahasa English

Ok, dah ada da semua tu? So, let's begin the tutorial!

1. Pergi Start -> Control Panel -> Ease of Access



 2. Klik Speech Recognition


3. Dah tu, klik Set up microphone untuk korang pastikan sama ada mikrofon korang berfungsi dengan baik atau tidak. p/s : kalau tak dapat dan tiba-tiba ianya keluar sendiri, biarkan sahaja. Teruskan dengan step yang lain.



4. Then, klik Take Speech Tutorial supaya korang lebih faham bagaimana hendak menggunakannya. Di sini akan ditunjukkan bagaimana korang boleh kawal komputer dengan suara. Ikut je apa yang diajar kat situ. Pastikan screen resolution korang berada pada 1024x768.

5. Ok, kalau korang dah ikut apa yang diajar tu dan sudah faham korang boleh Start Speech Recognition.


Speech recogniton nie juga boleh taip apa yang korang cakap contohnya kat dalam notepad atau microsoft word. Janji korang cakap dengan betul la ye. Jangan guna Manglish pula. dan jangan bengang kat laptop tu sebab kadang-kadang lain yang korang cakap lain yang dia buat. Hehe~ Biasalah, korang kena train dulu komputer tu, lama-lama baru dia faham. 

Dengan cara ini juga, korang boleh meningkatkan mutu bahasa Inggeris dan meningkatkan kesabaran. So, akhir kata dari Cik Yeanna develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow.

p/s : kalau tak faham boleh comment, insya-Allah akan dibalas secepatnya. Kalau dah try pun bagi tau juga ek..hehe..^^



7 May 2012

Diploma VS Matrikulasi

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Yeah! Cik Yeanna buat entry lagi..dah lama tak buat entry.. merajuk ke apa ha? Larikan diri ke? Hehe~first of all, sorry jarang update. Tentu korang rindu kan.. Haha! ( #perasannya Cik Yeanna ne..bajet popular..>.< )

Okie dokie, pada Isnin ini pasti ramai lah budak-budak lepasan SPM 2011 nak check upu.. Yup! Matriks dah kuar. Maktab pun dah. N last skali IPTA/Politeknik Premier.. 

Pergh! Serasa sejuk tangan ini, apabila menekan-nekan papan kekunci menaip nombor ic. Berhati-hati, takut salah taip. Dah taip pastu tekan ENTER! Tunggu sat..Yeah! Dah kuar! Semacam tak percaya je bila dah keluar keputusan upu tu. Alhamdulillah.. Dapat juga upu walaupun course tu bukanlah pilihan pertama. Rezeki..


Dapat diploma kejuruteraan elektrik. Serasa macam, what? Really? Kejuruteraan? What the...Rasa binggung sebentar di situ, sebab tak ingat pun yang Cik Yeanna ada apply course nie. Hehe..

Ok, merujuk pada tajuk post, Diploma VS Matriks.. Cik Yeanna kusut sekejap nak yang mana satu.. Tapi setelah diteliti dan dikaji, rasanya ambil matrikulasi kot. KML here I come! Yelah, sebab murah sikit dari diploma. Hehe~Dapat elaun lagi. Ye lah, saya bukan dari golongan senang, hanya biasa-biasa sahaja..^^

TAHNIAH, bagi yang dapat.. Belajar rajin-rajin erk. Jangan nak enjoy je. Buat yang tak BERJAYA, jangan sedih, jangan gundah, jangan frust menonggeng.. Ini semua sudah ditentukan-Nya. Terima saja dengan hati yang terbuka. . Pasti ada hikmahnya..Mana tahu masuk form 6 boleh dapat 4Flat. Tak hepi gitu? Sentiasa fikiran positif ok? You can do it! ^^

Kalau nak check boleh klik kat cni :

ATAU melalui SMS. Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888..


update : Bagi yang still bingung memilih nak sambung pelajaran kat mana boleh tengok link nie:


 p/s : kalau ada yang dapat Kolej Matrikulasi Labuan (KML), jom lah kenal2x! ^^

23 April 2012

[Tutorial] Lajukan Loading Page Blog Anda

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Isnin~

Dalam entry kali nie, Cik Yeanna dengan senang hatinya nak buat tutorial. Yea lah, dah lama dah Cik Yeanna tak buat tutorial..mesti ramai readers kecewa bila tengok page tutorial yang tak berapa sangat lah nak tuto pasal blogger/blogspot. . Hehe! Sorry..

Ok, kebanyakan korang nie mesti rajin blogwalking kan? Time blogwalking tu bermacam lah blog korang bukak. Ye lah, nak tambah ramai follower..Hehe. 

But, tengah korang asyik buka tab yang banyak tu, tentu lah line internet terasa sedikit kelembapannya. Means, ada segelintir blog berjalan tahap kura-kura. Jadi, anda dengan berat hatinya terpaksa jugalah close blog yang lambat loading tu. Tak jadi nak bw kat sana. 


So, bagaimana kalau blog yang ditutup itu blog anda? Blog yang berjalan tahap kura-kura. Mesti tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak blog anda di close bukan? if yes, anda kena lajukan loading page blog anda.

Bagaimana caranya? Yaa! That's the point! Kebanyakan blog lambat loading disebabkan oleh widget yang banyak sangat. So, first korang kena buang or delete widget-widget yang korang rasa tak penting pun. 

Ok, dah buang dah? And still, korang rasa blog anda masih lambat? No problem, semudah sifir 2x2 korang hanya perlu :

1. Sign In >> Design >> Edit HTML >> Klik Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl + F pada keyboard, ( tekan serentak tau ) then taip </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.


<script charset="utf-8" type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js">// <![CDATA[
<script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});
// ]]></script>


contoh :



3. Seterusnya, klik Save Template.

Finish! Dah siap.. Korang boleh View Blog dan lihat perbezaanya. Sebelum itu, kalau korang nak tengok kelajuan blog berapa boleh ke Website Speed Test atau ke 10 Website Memeriksa Kelajuan Blog .

p/s : Credit to AzizulAzami dotCom.

20 April 2012

[Download] Jom Belajar Bahasa Korea!



Assalamualaikum and helloo readers!

Seiring dengan K-Pop fever yang telah melanda dunia dewasa ini, pasti ramai yang terkinja-kinja bersemangat nak belajar bahasa Korea kan. Golongan Kpoperz dah semakin ramai dah kat Malaysia nie. Tak kurang juga yang nak melawat ke Korea sama ada ingin bercuti ataupun melanjutkan pelajaran kat sana. Tak salah kan belajar bahasa? Ilmu tau nie..Pepatah Cina ada menyebut "Learning is a treasure that will follow its owner everywhere".

So, kali ni Cik Yeanna nak share software learning language bahasa Korea. Haa! Malas nak buka kamus? Declan Software Learn Korean ada jawapannya..

Declan Software ni adalah Language Learning Software. Boleh belajar bahasa Korean, Japanese, French, Arabic dll. Untuk maklumat lanjut tentang Declan Software boleh klik SINI .

Kat Declan Software Learn Korean ada lima program shareware. Lima software tersebut ialah :

Korean FlashCards
Korean HakGyo
ReadWrite Korean
Korean Dictionary
WordFile Creator Pro


snapshot Korean HakGyo

snapshot Korean Dictionary


Korang boleh belajar tulisan Hangul, grammar, tense, vocabulary, pronounciation dan banyak lagi laa..So, straight to the point boleh klik link-link tersebut. *Klik satu link je ye, cik Yeanna bagi pilihan banyak2 kot-kot nanti ada link yang mati.


Link 1 : Declan Software Learn Korean  (yang nie link site yang official punya, trial 15 days)
Link 2 : Declan Sofware  (nie link 4shared, cik Yeanna upload. ada keygen, means boleh register tapi kadang2 komputer akan detect virus kat keygen tu so tak tanggung risiko ye.. virus tu tak bahaya juga, jangan risau. Lagi satu, yang nie hanya ada 4 program je, takde WordFile Creator Pro)
Link 3 : Declan Software Korean (yang nie, hampir sama je dengan link 2, cuma bezanya cik Yeanna dah transferkan serial number nya, dalam bentuk notepad (.txt). means, tak detect virus la..selamat sikit )


One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way.
‒ Frank Smith-


p/s : kalau nak tukar languange keyboard jadi hangul/korea sila tengok tuto ini ---> Cara Ubah Language Keyboard Windows 7

-entry ini telah diupdate semula pada 10 Mei 2013..

16 April 2012

10 Ayat-Ayat Cinta Part 1

Assalamualaikum dan salam Isnin semua! Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman..^^



Okay, entry kali ini bertajuk Ayat-Ayat Cinta Part 1. Maaflah, terpaksa buat part by part sebab masa agak jeles. So, antara reader-reader nie mesti ada yang tengah bercinta, dilamun cinta dan putus cinta. Ehem, cinta bukan hanya pada bf atau suami sahaja ok. Kepada Tuhan, Rasul, Nabi, Ibu Bapa, Keluarga and so on..Cinta ini universal. <-- *Tu dya, nak jadi Dr.Love lah tu..wueeek!

Maka, di sini Cik Yeanna kongsi sajalah madah-madah cinta dari sebuah buku kepunyaan Cik Yeanna sendiri. Bukan Cik Yeanna yang cipta tau, editor buku tu yang buat. Macam orang Sabah, cakap " Bah, kau tinguklah sendiri, ada di bawah ani"..

Cinta itu tidak pernah meminta tetapi cinta sentiasa memberi.

Jangan sesekali menyatakan cinta kamu kepada seseorang kemudian kamu berubah fikiran. Cinta bukanlah seperti memilih filem mana yang hendak ditonton.

Janganlah kamu mencari perhatian seperti seekor ular hijau yang mendengus-dengus. Mungkin kamu akan mendapat perhatian tetapi perhatian itu akan berbeza daripada perhatian cinta yang kamu inginkan.

Cinta itu kuat dan mempersonakan tetapi cinta juga kuat untuk mematahkan jiwa.

Cinta itu sangat obsesi, semua orang inginkannya, semua orang mencarinya, tetapi hanya sedikit orang yang mampu memperolehnya, iaitu orang-orang yang berjaya mengharagainya kemudian terleka dengannya, dan banyak juga yang tidak pernah melupakannya.

Cinta yang sejati umpama api abadi. Selalu terbakar, tidak pernah sakit, dan tidak pernah tua serta tidak pernah mati. Tidak pernah juga berpaling.

Apabila kita perlukan teman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kita akan menjauhinya. Dan jangan pula kerana kebaikannya, kerana satu keburukan, kita akan membencinya.

Lelaki yang soleh ialah lelaki yang menyintai wanita kerana ingin menjadi tempat untuk wanita itu mendapat pahala ke syurga.. Lelaki yang baik ialah lelaki yang melafazkan cinta dengan akad pernikahan dan mahar ke syurga.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

15 April 2012

Fakta Tentang Fast Food Part 1

Assalamualaikum dan salam ceria uuools!



Bertemu buat pertama kali dalam segmen kesihatan bersama Dr.Yeanna pada petang Ahad kali ini. *Hehe~Perasannya nak jadik doktor. Belajar takat SPM je pun..

Okay-okay, stop dengan angan-angan tu, kali nie Cik Yeanna nak post tentang FAST FOOD atau makanan segera. Yup! Sememangnya dalam era modensasi lagi canggih ini, manusia semakin sibuk dan malas nak balik rumah masak. Lagi senang dail nombor pesan je fast food. Takpun pergi la kat francais berdekatan KFC ker, McD ker, BurgerKing ker senang je dapat. Sedap lak tu! Hehe..Macam promote je..

Baiklah, tahukah anda? Bahawa makanan segera itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai makanan. What? Habis nak panggil apa kalau bukan makanan? Ok, rilek dulu jangan mengelabah. Ini kerana mostly fast food pakai bahan pewarna tiruan dan merupakan bahan kimia yang berbahaya. Means, kalau dah terlalu banyak sangat bahan kimia masuk dalam badan kita, organ-organ dalam badan kita akan rosak. 

Selain itu, fast food juga ada bahan perasa seperti gula. Ingat! Bukan gula pasir yang macam kat dapur tu, tapi gula tiruan seperti sucralose, saccharine, cyclamate, acesulfame-k, dan gula paling glamor gula aspartame.  Gula tiruan aspartame ini adalah hasil gabungan 50% phenylalanine (amino acid), 40% aspartic acid (an amino acid) dan 10% methanol (alkhohol @ bahan nyah cat). Antara produk makanan yang mengandungi gula tiruan ini termasuklah pepsi dan coca-cola. Dalam pada itu, tahukah anda bahawa gula tersebut adalah dua puluh kali ganda manis daripada gula pasir kat rumah tu.. What? Kalau korang nak tahu macam mana, try la buat minuman dan letak 20 sudu gula kat minuman tu. Dah jadi air gula dah tu.. Ish! Tak sanggup Cik Yeanna nak minum? Korang? Sanggup?

Ok, antara keburukan pengambilan gula secara berlebihan ini ialah :

1. Menyebabkan kegemukan yakni obesity. Ini kerana gula fruktosa dari minuman berkarbonat tersebut contohnya coke akan bertukar menjadi LEMAK.

2. Otak akan menjadi lembab. Haa! Asyik blur dan lembab lah otak tu. Bukan gara-gara makan makan semut je boleh lembabkan malahan minum minuman berkarbonat pun boleh menyebabkan otak tu  lambat sikit.Ini disebabkan oleh gula tersebut akan mencuri oksigen dalam otak tu. Also, membuatkan kita cepat mengantuk. Habis mengantuk buat apa? Tido lah kan? Dah makan tidur makan tidur memang gemuk dan lembab la jadinya. Migrain dan sakit kepala pula boleh datang tau..

3. Menyebabkan tulang cepat reput iaitu Osteoporosis (kerapuhan tulang). Untuk makluman, kerapuhan tulang bukan hanya untuk orang golongan warga emas ok.. Umur 20-an boleh kena juga. So, jaga tulang anda! * Minum Anleen ok ke?

4. Kerosakan dan kakisan pada gigi

5. Menyumbang kepada penyakit jantung. 

6. Tekanan emosi dan mudah meradang. 

7. Boleh membuatkan buah pinggang anda rosak. Haa, kalau dah rosak macam mana lah nak tapis bahan-bahan yang perlu dibuang tu kan? Terpaksa pakai saluran atau ho.. Sanggupkah anda?

Baiklah, itu sahaja untuk entry kali nie, kalau ada yang salah tolong perbetulkan. so, bertemu kita akan datang pada segmen yang sama, insya-Allah hari yang sama, dengan tajuk Fakta Tentang Fast Food Part 2.

p/s : penulisan ialah hasil daripada taklimat pemakanan kesihatan, dan sedikit research di internet.

5 April 2012

Khidmat Negara??



  Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! ~.^ Whoa! Dah lama tak buat entry..Entahlah, otak rasa beku kebelakangan ini..Tak tahu nak post apa daa~So, bulan April dah datang da..Cepatnya masa berlalu, aigoo~Sedar tak sedar, semakan untuk panggilan kumpulan Kumpulan 2 Siri 9/2012 ke plkn telah pun dibuka..PLKN? Rasa seram je nak masuk tapi dalam masa yang sama rasa best la pula..Ye lah, nak timba pengalaman baru, cari kawan-kawan baru dan pakwe baru..Eh, salah! Just pengalaman n sahabat baru..No cintan cintun..

    So, straight to the topic semalam Cik Yeanna check online la kat web khidmat negara . Berdebarnya hati, nak check tu. Takut-takut dapat kumpulan 3..Tapi, alhamdulillah doa dimakbulkan. Cik Yeanna dapat masuk PLKN Kumpulan 2..Hehe~Syukur.. Penempatan pun kira ok jugalah, ramai sahabat dapat kat sana juga..^^

     Pada yang dapat plkn kumpulan 2 tu, siapkan lah diri okay..Pada yang dapat kumpulan 3, jangan bersedih tentu ada hikmah disebaliknya. Pada yang bekas pelatih plkn tu, kalau ada yang perkongsian pengalaman atau nasihat silakan jangan segan-segan komen entry nie. Akan dibalas dengan rasa senang hati oleh Cik Yeanna..Hehe~ =)

    Itu sahaja untuk entry kali nie..Maaf, penulisan tak bagus sangat..Macam boring je.ㅋㅋㅋ!

p/s : Nampaknya, berhabuk lagilah blog ne..3 bulan tak dah bersihkan..Isk..isk..

*update

Download .pdf--> Special Guide book to survive during PLKN
credit to : facebook 2011 SPM Tips/Ramalan/Soalan Bocor

27 March 2012

[Download] CN BLUE – EAR FUN [3rd Mini Album]



Assalamualaikum dan salam ceria semua! Entry kali nie, khas untuk peminat k-pop atau band CNBLUE..ok, kalau takda yang minat pun takpe, Cik Yeanna just kongsi je walaupun abum nie dah dikeluarkan sehari yang lalu..haha! ketinggalan Cik Yeanna..

Hehe~Sememangnya Cik Yeanna telah lama menunggu kemunculan semula cnblue ni..haha! I'm a BOICE lol~ Bagi peminat kpop/indie/band boleh cuba dengar lagu-lagu nie ok..Memang fun n cool la! Semua lagu dalam nie memang best n gempak laa..Its really 'ear fun'..

Dalam album Ear Fun kali nie, sebanyak enam lagu yang dimuatkan iaitu :

Track List:
01 Hey You
02 아직 사랑한다 ( Still in Love )
03 Dream Boy
04 Rock n’ Roll
05 Run
06 In My Head 

Download : 
CNBLUE - EAR FUN  ( 46.2 MB )



Hey You



Still In Love


26 March 2012

..::[Download] Angry Birds Space::..



Assalamualaikum n salam sejahtera to readers n followers~Okie dokie, untuk entry kali ni Cik Yeanna nak kongsikan sebuah game yang glamor la gitu..Burung marah pun boleh jadi popular meh? Ye lah, marah kat pig menatang hijau tu..Okay, lets straight the point, kang korang malas nak baca entry yang makin merepek nie..

So, pada 22 March 2012 yang lalu, Rovio telah melancarkan permainan francais yang ke-5 iaitu ANGRY BIRD SPACE..Ok, yang kita sedia maklum, series-series yang ada sebelum ini ialah :

Angry Birds
Angry Birds Seasons
Angry Birds Rio
Angry Birds Facebook

Untuk Angry Birds Space ini, special sikit. Kerana Rovio bekerjasama dengan pihak NASA dan National Geographic. Dan yang baiknya ABSpace kali ini dapat digunakan di iOs ( Apple ), Android, PC, Mac.. So, takde gaduh-gaduh, semua boleh pakai..

Selain itu, Angry Birds Space juga mempunyai watak baru serta terdapat lebih 60 tahap permainan berbeza. Apa yang menariknya ialah termasuk beberapa kuasa permainan baru, seperti permainan berasaskan graviti yang amat menarik sekali..




Nak download bagi Windows? Takde problem, this is FREE! 

Download : 
Angry Birds Space - ( 32.32 MB ) 

Cara guna --> Selepas download > Install > copy & paste Patch ke folder Angry Birds yang baru install tadi > run patch dan klik patch > masuk game > masukkan key..


credit to xlawsknowledges.blogspot.com untuk link download, gambar dan cara penggunaan..Hehe~^^

..::Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat::..



Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria semua! Haha. .Untuk entry kali nie, Cik Yeanna nak join segmen dari blogger Jebat . .Senang je segmen kali nie cuma perlu tempek header, buat entry dan tinggalkan link. Semudah 3 in 1..

So, kalau nak join atau keterangan lebih lanjut [Klik Sini] ..

tarikh tutup segmen :
(31/03/2012) jam 11.59 malam




23 March 2012

..::Haram?Halal?:..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Baiklah di petang Jumaat yang indah ini, Cik Yeanna just nak kongsikan satu gambar yang pada pendapat Cik Yeanna ramai orang buat tapi tak sedar.. Erk? Mengigau ke? Berjalan dalam tidur? *Garu sket kepala 2..

So, apa benda tu? Benda nie ada orang kata kecik je, tapi bagi saya BESAR~hehe, oklah, stop the bumble mumble..Kita terus pecut laju dan lihat gambar nie.. -->

[ klik kalau nak lagik besar ]




Pernah terjadi tak? Tak pun pernah lihat? Mungkin ada, mungkin tak. Tapi, bagi Cik Yeanna nie realiti n tak mustahil..So, kalau ada member2x or family yang wat, sila-silalah bagi nasihat..Ingat! Cegah kemungkaran ada tiga cara..^^

Oh ya, Cik Yeanna dapat pic nie dari page Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak ..Petikan selanjutnya dari pages tersebut -->

selalunya kita tau nak membezakan yang halal dan yang haram dalam bab makanan, pakaian dan sebagainya..tetapi kadang2 bila bab pergaulan..bersentuhan dengan bukan mahram dan keluar dating selalunya manusia memandang remeh sedangkan perbuatan itu sememangnya HARAM

'Bergomolan dengan babi ( khinzir ) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan ( secara sengaja ) dengan wanita yang bukan mahram."Riwayat Ibnu Majah

credit to : page Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak

p/s : sekian tazkirah pendek hari ini..^^

22 March 2012

..::SPM..SPM..SPM::..



assalamualaikum w.b.t n elow semua nya! Cik Yeanna is back! Dah lama tak on9 ne, rindu la pula. Rindu ke? Hmm~Ye lah tu. .btw, kelmarin pada tanggal 21 March 2012, keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan.. Ada yang berjaya, ada yang x dan ada yang so-so je ( macam Cik Yeanna lateww ). .Tahniah kepada semua yang mengambil spm n wish u all luck in the future. .

So, result spm Cik Yeanna pun dah amek. dapat 4A3B4C je..alhamdulillah walaupun tak lah cemerlang sangat tapi boleh la, at least semua kredit. .hehe~

Syukur alhamdulillah kepada Maha Esa, my beloved parents n family..Tak lupa juga terima kasih pada cikgu-cikgu yang banyak membantu, rakan-rakan seperjuangan, adik-adik, mak cik-mak cik, jiran sebelah, dan sesiapa sahajalah sama ada langsung atau tak langsung.. Thanks a lot! =)

Okie dokie, memandangkan dah amek keputusan, tinggallah Cik Yeanna terkontang-kanting dalam kebuntuan memilih nak masuk apa bagi menyambung pengajian nanti. Nak masuk mana ek? IPTA? IPTS? Politeknik? Matrikulasi? Form 6? Lepas tu nak amek course apa? Sains? Kejuruteraan? ICT? aduyai~banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja, otak kata jangan hati pula kata ya..( tetiba lak )


Huh! Bingung-bingung~So, kalau ada sesiapa yang boleh bantu Cik Yeanna yang dah tak menentu nie, bolehlah kongsi/bagi nasihat atau pengalaman atau apa-apa sahaja yang dirasakan membantu. Bagi link pun boleh juga..hehe~Komen jew..^^

Update!

p/s : kalau nak apply biasiswa boleh lihat kat cni --> [Senarai Pinjaman Biasiswa]
       lihat syarat kelayakan ke UiTM --> [e-Syarat]
       apply maktab perguruan/KPLSPM 2012 --> [KPLSPM 2012]

“I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.”
― " Bill Gates "

29 February 2012

..::Wordless Wednesday #1::..

  

p/s : Bestnye, kalau dapat macam nie..>.<

25 February 2012

..::Sebulan Aku Berblogging::..

Assalamualaikum n salam sejahtera uolls~yeah! Akhirnya Cik Yeanna dapat juga update blog nie setelah penantian yang panjang.. Chewah~Maklumlah, brokband dah dibawa pergi. . Terpaksalah Cik Yeanna update blog kat hotel je. .Ambil kesempatan sket! Hehe~Dah lama tak on9 maa. .Rindu gileee…leee… lee ( Sah, gila! )

Ok, dah sebulan lebih Cik Yeanna blogging. .Dapat juga 76 follower dalam sebulan nie. .kkk! Walaupun tak sampai 100+. .Tapi, kira okay la tu. .Al-maklumlah, Cik Yeanna bukan retis, bukan popular pun. . Hanya dak pompuan yang tunggu keputusan SPM, duduk kat kampung, sambil buat hobi baru -> blogging. . Ngee~^^
Oh ya, sepanjang sebulan lebih Cik Yeanna blogging nie dapat jugalah pengalaman, kawan dan pengetahuan. Yup! Blogwalking sana sini of course la dapat ilmu n rakan.. Antara yang pernah tercatat dalam blog nie adalah:
Segmen/GA/Contest
 Cik Yeanna pernah join dua tiga segmen je pun. Hehe~ Latest Cik Yeanna join segmen pun Segmen : Ben Ashaari Tanya Berani Kau Krtitik Aku . . Memang gempak gile. .Beratus kot yang join. .Dapat gak la komen2x yang memberangsangkan dan mebina n tak kurang juga yang memuji. Aiseh~Terima kasih pada yang puji! Kembang sebotol hidung aku. . Benefits join segmen2x atau yang sewaktu dengannya nie, korang boleh tambah follower tau. Tambah popular lar blog korang. Sebab apa? Kalau korang join kadangkala korang akan letak link kat ruang komen or ada orang promote kan blog korang. Tak heran la kalau tetiba je stats blog meningkat. So, rajin2x la join okay?
Entry Silap Mata
Magik? Hehe~Cik Yeanna tak adalah pandai sangat pon dalam silap mata nie.. Cuma dak baru belajar je, still beginner. Cik Yeanna pernah buat entry Silap Mata Duit Syiling n Matematik. Yup! Silap mata yang senang je pun. Ada masa Cik Yeanna buat lagi entry tentang magik, ok? Silap mata ok, bukan benda-benda tahyul nak diajarkan. Nie mata yang silap, bukan pertolongan jin atau yang sewaktu dengannya tu. Tak sanggup nak nanggung, mak oii. .
Tutorial
Tuto..tuto..Sebenarnya tak terer sangat pun dalam tutor2x orang nie. Tapi teringin je nak buat sebab nak kongsi la katakan.  Sharing is caring, betul tak? Orait, tuto Cik Yeanna tentang blogging nie tak adalah banyak sangat pun sebab Cik Yeanna orang baru, nak coding-coding pun tak pandai la sangat. Sebab tu kebanyakan tuto tentang computer je banyak. Yelah, tuto yang simple2x je pun. Tak adalah yang tahap pro sampai  nak hack kot. Tak pandai la. Kalau ada yang pandai tolong ajarkan, boleh? Tak pun bagi link je..Hehe~
Okie dokie, sampai di sini sahaja kisah sebulan aku berblogging. Sebenarnya banyak lagi kot, tapi memandangkan penulisan Cik Yeanna nie macam budak-budak darjah so tak jadik lew. Tak pandai la kame kan cite kat kitak. .^^
p/s : Agak jarang kan sebenarnya Cik Yeanna buat entry tentang Cik Yeanna sendiri, maklumlah diriku agak malu2x kitten gitu. .Cuma ntah apa mood nak buat entry nie. Sebab jarang kot, sebab tu lah kena banyakkan. .
*Penulisan ini ditulis pada 21 Feb 2012 dan dipost pada 25 Feb 2012 tengah malam memandangkan puan penulis ketiadaan line internet. Harap maklum..^^

16 February 2012

..::Segmen: Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kritik Blog Aku Tak::..



Assalamualaikum n salam sejahtera semua~Untuk entry kali nie,Cik Yeanna nak join segmen dari abang Ben Ashaari tentang kritik-mengkritik blog.. Kalau nak join segmen nie, pergi kat sini : Ben Ashaari


Sebab Cik Yeanna nak blog nie dikritik adalah:


Saya seorang blogger baru, jadi nak tahu la apa kekurangan yang perlu dibaiki dalam dunia blogging nie. Ye lah, mungkin saya dah rasa blog saya nie ok, tapi orang lain tak. So, depends to other people to criticize me and make my blog better. Kritik jangan tak kritik. Cik Yeanna siap menerima kritikan membina anda. Ok? High Five! ^^

p/s : Segmen tutup pukul 10 p.m hari ini. Cepat-cepat! ^^

..::Cute Cursor Blogger::..

Assalamualaikum n selamat pagi to readers~Untuk post yang sebelumnya Cik Yeanna ada buat tuto tentang cara ubah imej/bentuk mouse pointer windows 7 , dan kali nie Cik Yeanna nak buat tuto tentang bagaimana nak ubah cursor kat blog. Yup! Once again, tuto yang rasanya semua dah tau da. Tapi bagus untuk newbie2x macam Cik Yeanna gak. . Ada dua cara yang Cik Yeanna tau iaitu :-

Cara 1


1. Pergi laman nie cursors-4u n cari cursor yang korang suka.
* Yang 'animated' hanya untuk IE ( Internet Explorer ) sahaja. Kalau pakai brower len, tak jadi animated la.

2.  Dah pilih tu, sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

3. Copy code html tu ( Ctrl+C ) n paste ( Ctrl+ V ) kat Html/JavaScript tu.

4. Save n view blog~

Cara 2

1.  sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Then, copy code di bawah n paste kat Html/JavaScript tu. 

<style>body {cursor:url(linkcursor), url(linkcursor), auto;} </style>
<a href="URL BLOG KORANG" target=_blank><div style='height:
50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>
3. Save n view blog~

4. * linkcursor tu gantikan dengan link cursor yang korang pilih.
    * URL BLOG KORANG tu tukar erk.

klik SINI lau nak tengok lagi banyak cursor..

______________________________________________________________

Korang boleh amek nie juga, lau nak :
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1263/1263910yehb7s9vel.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/566/566841kngrgml43z.gif
 http://dl10.glitter-graphics.net/pub/2764/2764610ky00z5jf86.gif
 http://dl.glitter-graphics.net/pub/2675/2675831tdh16z0wtx.png
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1299/1299252s41rowhq4d.gif

Credit to : Cik Nurfarah

15 February 2012

..::Cara Ubah Imej/Bentuk Mouse Pointer Windows 7 ::..

Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh n salam sejahtera semua! Yeew~Nie hari Cik Yeanna nak buat tutorial tentang cara ubah penunjuk tetikus dalam Windows 7. . Walaupun pekara nie dah ramai yang tau n basic, tapi Cik Yeanna tetap nak wat. Haha! Ada aku kesah? Okie dokie, mouse pointer ini juga dikenali sebagai cursor. Haa! Bukan blog je ada tau. So, lets begin the tutorial! ^^


Kalau nak cari mouse pointer sila klik nie [Windows mouse cursor] ..


1 ) Klik Start > Control Panel

2 ) Pastu, taip kata kunci 'mouse' kat search tab tu. ( Bagi memudahkan , takyah nak susah2x nak cari )

3 ) Dah tu, klik ' Change how the mouse pointer looks

klik untuk tumbesaran


4 ) Then, bila keluar satu Mouse Properties windows, klik Pointers tab.

klik untuk tumbesaran
5 ) Klik browse and cari file yang korang save tu.

6 ) Click Apply! Done!

Orait~! Settle. .enjoy! =,=




12 February 2012

..::Teka Teki Teka Tekok::..



assalamualaikum n salam sejahtera u ollz~dah lama tak wat enty..haha! Cik Yeanna tak de idea la nak buat pa, n agak busy kebelakangan ini. Chewah! Btw, jom kita refresh minda kita n cuba jawab teka teki sengal nie. .

Q : Banyak-banyak bangsa dalam alam ini…Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie?
A : Bangsa Melayu daa~pasal boleh makan UBI KAYU, JAMBU BATU, PUCUK PAKU, BELIMBING BESI, IKAN SELAR PAPAN, BUAH KERAS, CILI API dan lain lain lagi~ Hebak2x naa~

Q : Banyak banyak surat ……. surat ape yg tak perlu di jawab??
A : Suratan takdir illahi lahh…(siapa yg nak surat seperti ini?)

Q : Apasal baju Superman Ketat??
A : Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh..

Q : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
A : Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Q : Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
A : Kotak penalti lah.. ngee~

Q : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
A : Lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Q : Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
A : Kerani

Q : Aper dia ….naik cepat….turun lambat….?? ????
A : Hingus larr..

Q : Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
A : Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje.

Q : Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
A : Seluar dalam ler.. haha…

Okie dokie, setakat nie sahaja segmen teka teki teka tekok.. lau nak soal Cik Yeanna pun boleh juga~Hehe. . enjoy!

8 February 2012

..::Segmen 20 Random Question::..

assalamualaikum dan selamat pagi semuanya! ^^ Untuk entry kali nie, memandangkan Cik Yeanna tak tau nak buat post pasal apa so, Cik Yeanna sesaja je la join segmen oleh akak Yana Yani nie.. Boring menghantui fikiran ku n lagipun buat satu bulan nie rasanya Cik Yeanna tak dapat nak online la~Hmffh..=,=


So, lets begin the segmen!

1. Apakah nama kawan baik anda?
= Ramai la~kalau tak terlist ada yang marah pula nanti..Hehe, pakai nama glamor ajelah, -> Pkah, Mamah, Lyn,  Atul, Timah, Alma, Mira, Lina, Fai, Mel, Aini, Nija, Roz, Eya, Mila, Khuz, Aszrena, Sha. -> Aimi, Dorilyn, Zainab, Fatin, Ellisa,n so on~Aiseh. Cik Yeanna ramai kawan ma..

2. Di mana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat?
= Emm, x da kowt.. Semua common je, Haha! Tak nak bagi tau la tu. .

3. Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu?
= Cikgu BM n Maths time menengah rendah~Guru! Takkan ku lupa jasamu..aiseh!

4. Pernahkah anda menyanyi secara LIVE?
= Hehe~suara emas nie..Acap kali mebuat persembahan. Amboi! Macam sedap sangat. Tak banyak sangat la, time nasyid n koir tu selalu la..Hekhek!

5. Apakah bahagian badan yang anda suka?
= Well, saya suka semua! Semua itu ciptaan-Nya n semua nya indah-indah. Ngee~^^

6. Adakah anda suka lebih tandas awam or rumah?
= Asal boleh buang hajat dah cukup la tu kot. Tapi, lebih selesa la kat rumah sendiri, senang sket eden~Tak yah nak control..Hmmfh! =,=

7. Apakah bakat pelik yang anda ada?
= Setakat nie, saya belum lagi menemui bakat pelik yang saya ada, tapi rasanya saya boleh terbang dan halimunan. Haha! Imaginasi melampau~

8. Adakah anda mempunyai lesung pipit?
= Chewah~agak-agak ada tak? kawan Cik Yeanna cakap kalau ada, means itu sebenarnya sel mati? Ye ke? Alamak! Nasib sebelah kanan je~LOLOL. .


9. Apakah perisa kegemaran anda?
= COKLAT! haha~takkan pernah berubah nie.Dari dulu asyik coklat aje. Aiseh~Nasib bukan 'Vanila Coklat'.. :p

10. Pernahkah anda diikat gara-gara anda degil?
= Ish~Mana ada. Cik Yeanna budak baik tau. ( Perasannya haku! ).. Kkk! So far takde.


11. Apakah perkara terakhir yang pernah anda tunaikan?
= Tunaikan apa ek? Tunaikan apa yang perut Cik Yeanna nak? Asyik makan je.. Tunaikan janji? Emm~Agak blur di situ. Huh! Next~!

12. Adakah anda mempunyai lesen?
= Kalau lesen kereta tu takde lagi la~Kalau lesen yang lain ada la. Hehe~Lesen apa tu?

13. Pernahkah anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk?
= Emm, fikir sat na~Pernah ke? Rasanya pernah kot, tu pun sebab tengok iklan yang duk tiga sekawan makan pa ntah duk kat atas awan. Tapi, rasanya Cik Yeanna lebih banyak fikir yang awan tu macam gula-gula kapas. Yumm! Macam nak makan je awan tu.. Haha~Gila apa..


14. Adakah anda keras kepala?
= Jap na! Ketuk kepala nie jap.. Tok! Tok! Emm~rasanya keras gak la.. Cukup untuk memecahkan papan itu. ^________________^

15. Jenis kasut yang anda suka?
= Kasut sekolah boleh? Takpun kasut yang ada lampu n roda tu? Hehe~Kasut yang ringan n stylooo~~

16. -----
= Apa soalan 16 nie? Harap maaf, memang takde dalam senarai..Keke!

17. Adakah anda pernah ke muzium?
= Yup! Cik Yeanna sememangnya pecinta sejarah. Chewah~Dalam sekali je kowt..

18. Binatang paling benci?
= Cik Yeanna sayang semua haiwan! Aiseh~Perasannye Cik Yeanna.. Bukan benci, cuma geli-geli man je..Dan haiwan yang dapat award sebab berjaya menggelikan Cik Yeanna adalah..jeng jeng jeng! Encik Lipas! Tahniah!

19. Adakah terdapat satu tempat anda ingin nak pergi?
= Satu je ke? Banyak tak leh? Hehe~banyak nie tempat nak pergi, but rasanya yang paling nak gi Mekah la..

20. Suka belog nier?
= Belog sape? ntah laa~noob..=,= ( akhirnya, habis juga soalan-soalan cepumas nie. Aiseh! )

Tag : Fai Smf 
        Aqilah Khairri
        Zareliqa Afiqa


Oh ya, kalau korang nak join segmen nie pun boleh juga~Tarak hal! Apa yang perlu dibuat hanyalah :

1. Buat entry
2. Jawab soalan
3. Tag 3 orang




4 February 2012

..::Freebies Header Chibi Rabbit Girl::..

assalamualaikum w.b.t n selamat malam semuanya! ( macam skema pula ayat aku doh =,= ).. Okie dokie, entry kali nie Cik Yeanna nak bagi korang FREEBIES. Freebies? Menatang pa tu? Ok, freebies tu benda atau barang yang diberi secara percuma.Haa! Tak nak benda percuma ke?

Hehe~ Cik Yeanna tak de la pandai sangat nak design-design nie, cuma ye lah just cuba-cuba..Tak salah kan? Sesapa nak rembat header nie, rembat aje lah..Memang untuk korang pun..^^ Tapi sorry la, tak cantik sangat pun, biasa-biasa je..my first time..T_T . Header nie berukuran 800x400 n background transparent..

chibi tu Cik Yeanna dapat dari google image je pun n Cik Yeanna design guna pixlr..

2 February 2012

..::Segmen Jom Blogwalking 100 Follower Ke Bawah::..



assalamualaikum dan selamat malam semuanya! Hehe~Tengah-tengah Cik Yeanna berjogging kat blog-blog tadi, ternampak pula satu segmen nie. Haa! Memandangkan hari nie, mud Cik Yeanna bagus, nak join segmen Jom Blogwalking 100 Follower Ke Bawah. Nie first time, Cik Yeanna join contest2x nie so harap dapat feedback yang baik la..Ngee~>.<

Trimas kepada pembuat contest akak Yana , sebab sanggup buat segmen nie. Hehe~ Kalau korang nak join pun leh juga. Dialu-alukan~


Okie dokie, Cik Yeanna nak tag sapa ek? Em... Nak tag : Vedya , Nahayu

p/s : Hehe~tak tau nak tag sapa lagi daa~=,=

* Update - Segmen dibatalkan.. :'(

1 February 2012

..::Silap Mata Duit Syiling::..

assalamualaikum dan selamat petang semuanya! Haha~lama dah x post entry. Lama ke? X da la lama sangat pun, Cik Yeanna je perasan sorang2x. >.<

Untuk entry kali ni, Cik Yeanna akan bongkar lagi silap mata atau magic yang senang dibuat. Means, bahan untuk buat magik nie senang dicari dan taklah menyusahkan korang. Hehe. .Cuma memerlukan kertas dan duit syiling sahaja untuk membuatkan magik ini berjaya. Dalam entry lepas Silap Mata Matematik , Cik Yeanna ajar mengira dan menolak kan? Hehe~Kali nie, cuma lipat-lipat kertas dan koyak je.. Haa! Tak ke, senang tu?

Okie dokie, lets check it out! ^^

Effect : A coin wrapped in paper. You then tear up the paper - the coin has disappeared!

Secret : Place the coin on the paper, just above the center. Fold the top portion of paper down over the coin. Fold the right side of the paper around to the back. Do the same with the left side. Lastly, fold the bottom portion back. The procedure leaves the bottom edge of the packet open. Hold the paper in your hand and allow the coin to slip into your hand. Tear up the paper and the coin seems to vanished.


kalau nak lebih faham, kat tengok video nie..




p/s : sorry, entry ni dalam English sebab Cik Yeanna malas nak translate ke Melayu. Hehe~lagipun mesti ramai gak yang faham kan, maklumlah bahasa omputih nie dah semakin penting dan banyak diajar gak. Don't forger to try it! ^^

28 January 2012

..::Silap Mata Matematik::..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua! Haha! Semakin rajin Cik Yeanna nak post entry. Biasa blogger baru..Semangat berkobar-kobar. Haha! Opps~blogger? Masih terlalu awal dan mentah..=,=

Btw, hari ni Cik Yeanna nak ajar korang semua tentang silap mata..Haaa~Bukan silap mata macam post Magik Paling Senang tu pula. Kali ini, serius Cik Yeanna nak bagi tahu. Rasanya budak darjah pun boleh buat trik nie, asal pandai matematik la, just tambah dan tolak je pun.

Okie dokie, lets begin our magic trick today! ^^

Peralatan : Kertas, Pen/Pensil

Kesan : Anda menjangkakan jumlah yang dibuat oleh rakan anda.

Rahsia : Tulis nombor 1089 dalam sekeping/secebis kertas, lipat dan letakkan dalam meja anda. Kemudian, tanya rakan/keluarga/orang untuk memilih  apa sahaja tiga digit nombor. Ketiga-tiga digit tersebut mesti berbeza dan nombor pertama mesti lebih tinggi dari yang terakhir. Lepas tu terbalikkan semua nombor dan tulis dibawahnya. Contohnya, dia memilih 983, sekarang dia tulis 389. Nombor yang lebih kecil ditolak oleh nombor yang lebih besar. Ok, tolak nombor tu. ( 983 - 389 = 594 ). Ok, dah dapat jawapannya, kan? Lepas tu, terbalikkan lagi jawapan tadi tu, menjadi 495. Dah tu, kedua-dua nombor itu ditambah. ( 594 + 495 = 1089 ). Buka kertas yang anda tulis pada awal tadi, dan tunjukkan pada orang yang anda tanya tadi. Sama kan, jawapannya..Realitinya, jika pengiraan itu dilakukkan dengan betul, jawapannya akan tetap 1089!


maaf kalau korang tak faham cara Cik Yeanna explain kat korang. kalau tak faham boleh komen. Hehe~trick ne asalnya dalam English, Cik Yeanna translate ke B.Melayu.. Tu pasalah, agak kureng sket. Tapi, rasanya lau tengok gambar dah faham da kot..

Okie dokie, enjoy! Praktikkan~~^^

..::Magik Paling Senang::..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.. ^^

Bagi entry kali nie, Cik Yeanna nak share satu video tentang silap mata ataupun lebih dikenali sebagai Magic bahasa omputihnya. Yaah! Korang mesti penah terfikir kan macam mana la ahli magician tu buat semua tu.. Kadang-kadang macam feel dorang tu ada power je.. Mampu hilangkan diri la. Potong orang la..Eee~ngeri..Hehe! Buat yang berfikiran magician ada power, hentikan. Tahyul-tahyul. Hehe~

So, korang pernah terfikir tak macam mana nak belajar magic? Biasa, nak tunjukkan kat kawan-kawan atau family. Tapi, ye lah, ,mungkin ada yang fikir magic nie susah perlu latihan banyak kali. Tapi, dengan video ni, andaian korang silap. Semua orang boleh buat silap mata..Tak percaya? Lihat video kat bawah nie..



 credit :  http://cerita-menarik-blog.blogspot.com/2011/05/belajar-magic.html

26 January 2012

..::8 Things You Should Know::..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.. Bagaimana dengan hari anda? Good? Bad? So-so? Enough with that. Hope all of you have a good day. ^^

Entry kali ini pendek sahaja namun bermanfaat, coz it about FACTS. 8 fakta yang seharusnya anda tahu. Okie, tak juga semua orang tahu but mungkin kita tahu tapi tak sedar. Lets start!

  • "Rhythm" is the longest English word without a vowel.
  • You heart beats over 100, 000 times a day.
  • The elephant is the only mammal that can't jump.
  • Fingernails grow nearly four times faster than toenails.
  • Coca-cola would be green if coloring weren't added to it.
  • Camels have three eyelids to protect themselves from blowing sands.
  • You're born with 300 bones, but by the time you become an adult, you only have 206.
  • It is impossible to sneeze with your eyes open.

..::Cara Membuatkan Imej Gambar Jadi Transparent::..

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Today entry is about how to making an image transparent. Means kat belakang/background gambar tu transparent jadi senang nak edit gambar. ( Hehe, tak tau la nak describe macam mana )

Kali ini Cik Yeanna akan gunakan Pixlr. Sebuah photo editor online. Percuma dan hanya perlu surf je pun. Tak memberatkan komputer anda pun. .

1. Pergi ke laman web Pixlr
2. Klik Open Photo Editor

3. Pilih Open Image from Computer

4. Ok, dah tu pilih la file yang korang nak transparent kan. Contoh, Cik Yeanna pilih pic nie.

5. Lepas tu klik Magic Wand tool. Lihat kat sebelah kiri toolbar.

6. Then, klik kat bahagian yang korang nak. Imej gambar tu akan jadi macam kat bawah nie, akan ada garis putus-putus.

7. Pastu, kat Pixlr top toolbar ( bahagian atas ), klik Edit, pilih Invert Selection.
8. Pergi ke Edit, pilih Copy
9. Dah tu, pergi kat top toolbar sekali lagi n klik File, pilih New. 
10. Tickkan ( Check ) dua kotak tersebut. Create New Image from Clipboard dan Transparent.

11. Lastly, klik OK. Anda akan lihat bakcground berwarna kelabu dan putih di belakang imej imej yang anda pilih. Means, imej itu sudah pun transparent.


p/s : Sorry, if u can't understand my language or tak faham apa yang Cik Yeanna sampaikan. Well, I'm still new. Forgive me! @_@ dan kalau anda rasa saya merosakkan bahasa ke apa, maaf sekali lagi! ^^

DESIGNED BY CIK YEANNA