PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 April 2012

[Tutorial] Lajukan Loading Page Blog Anda

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Isnin~

Dalam entry kali nie, Cik Yeanna dengan senang hatinya nak buat tutorial. Yea lah, dah lama dah Cik Yeanna tak buat tutorial..mesti ramai readers kecewa bila tengok page tutorial yang tak berapa sangat lah nak tuto pasal blogger/blogspot. . Hehe! Sorry..

Ok, kebanyakan korang nie mesti rajin blogwalking kan? Time blogwalking tu bermacam lah blog korang bukak. Ye lah, nak tambah ramai follower..Hehe. 

But, tengah korang asyik buka tab yang banyak tu, tentu lah line internet terasa sedikit kelembapannya. Means, ada segelintir blog berjalan tahap kura-kura. Jadi, anda dengan berat hatinya terpaksa jugalah close blog yang lambat loading tu. Tak jadi nak bw kat sana. 


So, bagaimana kalau blog yang ditutup itu blog anda? Blog yang berjalan tahap kura-kura. Mesti tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak blog anda di close bukan? if yes, anda kena lajukan loading page blog anda.

Bagaimana caranya? Yaa! That's the point! Kebanyakan blog lambat loading disebabkan oleh widget yang banyak sangat. So, first korang kena buang or delete widget-widget yang korang rasa tak penting pun. 

Ok, dah buang dah? And still, korang rasa blog anda masih lambat? No problem, semudah sifir 2x2 korang hanya perlu :

1. Sign In >> Design >> Edit HTML >> Klik Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl + F pada keyboard, ( tekan serentak tau ) then taip </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.


<script charset="utf-8" type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js">// <![CDATA[
<script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});
// ]]></script>


contoh :



3. Seterusnya, klik Save Template.

Finish! Dah siap.. Korang boleh View Blog dan lihat perbezaanya. Sebelum itu, kalau korang nak tengok kelajuan blog berapa boleh ke Website Speed Test atau ke 10 Website Memeriksa Kelajuan Blog .

p/s : Credit to AzizulAzami dotCom.

3 comments:

alin said...

Singgah dari Lulu-Pages..
salam kenal :)

Cik Yeanna said...

@alin salam keal juga, kak Alin..^^

piza said...

Assalamualaikum .. tq admin .. =)
Lau free jemput la jguk blog sy .. heheh ..

DESIGNED BY CIK YEANNA