PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 1

Bismillahirahmanhirahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam ceria dan salam pilihan raya! Hehe..I'm back! Setelah setahun mencurahkan bakti di Kolej Matrikulasi Labuan or nama glamornya KML, cik Yeanna dah balik! Yeah! Truthfully, baru je semalam sampai kat rumah. Sampai je, terus buka laptop. Cari blog. Waa! lama dah jari jemari yang kononya runcing ini bermain main di keyboard, menaip naip permainan kata. Ok lah, sekadar mukadimmah je..>.<

gambar adalah atas ihsan pak cik google


Baiklah, entry kali nie tentang Matrikulasi Labuan. Yelah, keputusan matrik dah keluar kan. So, siapa yang dapat tu cik Yeanna ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Bersyukur tau! Tak senang nak masuk matrik nie. Tapi, kalau tak dapat tu jangan bersedih. La tahzan. Tak dapat matrik, form 6 pun ok apa. Allah give what we need, not what we want.

Orait, first of all kat KML nie memang best sangat! setahun bersama sehayat terasa.. Tanya lah batch batch KML lepas, memang best sangat.. Kat sana kita dapat kawan-kawan baru, mostly in KML ramai Sabahan n Sarawakian. So, bagi Sabahan, ambil peluang belajar bahasa Sarawak ok. Memang best, walaupun kamek sik pandai sangat kelakar sarawak. ^^v

Kat KML, ada 6 blok asrama. Karisma A, Karisma B, Madani C, Madani D, Luhur E n Luhur F.. Dalam setiap bilik ada 4 orang, mostly akan terdiri daripada 2 Sabahan n 2 Sarawakian. Setiap sorang akan dapat meja belajar ok, korang jangan risau. Kat setiap asrama ada felo yang terdiri daripada kalangan pensyarah. Setiap tingkat ada felo yang tersendiri. Felo nie macam kira warden la juga. Mereka lah ibu bapa kalian di sana nanti. Hehe..

Matrikulasi Labuan ada dua jurusan, Sains dan Perakaunan. Kat jurusan sains terbahagi kepada 3 Modul iaitu:
        Modul 1 (BP) - Biology, Physics, Chemistry, Maths
        Modul 2 (CP) - Physics, Sc Computer, Chemistry, Maths
        Modul 3 (BC) - Biology, Sc Computer, Chemistry, Maths

Bagi yang ambil akaun pula ambil subjek -> Maths, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, dan Perakaunan. Subjek tambahan bagi kedua-dua jurusan pula ialah Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/Moral dan Koko. Lagi satu, untuk pelajar PST korang DIWAJIBKAN mengambil MUET pada sem 1 nanti.

Tentang waktu belajar pula, ianya terbahagi kepada tiga iaitu kuliah ( lecture ), tutorial dan amali ( lab ). Kelas bermula pada pukul 7 pagi hingga 4 petang. Tapi, tak semua sama lah, ada yang mula jam 8, ada yang balik jam 3. Ikut jadual korang. Rehat pula jam 9am atau 10am dan 12pm atau 1pm. Semuanya bergantung pada jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut kelas tutorial anda masing-masing.

Ok, adik adik yang nak ke matrik nie mesti ramai yang bingung kan nak bawa baju apa? Nak berapa helai? Kat KML ada dress code ke? Kasut macam mana? Ok, untuk hari kuliah korang DIWAJIBKAN memakai baju formal like baju kurung, jubah, or kemeja berkolar pairing with skirt. Kena pakai skirt ye, melainkan hari koko je boleh pakai seluar. For men pula, kena pakai kemeja with tie n seluar slack. Ye lah, macam nak pergi kerja tu.. Hari Jumaat penghulu segala hari pula, boleh pakai baju selangor. Ye lah, boleh nampak macho sikit. Hehe. Untuk kasut pula, kena pakai yang bertutup n bermaterialkan kulit. Warna hitam. Dark brown pun boleh rasanya. For co-curriculum activities ataupun KOKO boleh pakai t-shirt KML n seluar. Kasut sukan. Biasanya awal sem satu memang banyak lah aktiviti bersukan, lari-lari nie, so make sure bawa kasut sukan ye.

Haha! macam penjenayah la pula Cik Yeanna buat macam nie. Sorry friend! ^^


Bah rasanya itu sahaja setakat nie, malas nak cerita panjang-panjang..Hehe.. For more information, boleh comment kat bawah ok. Insya-Allah, setiap dibalas akan dijawab secepatnya Hehe! Ok, chow dulu! Nantikan PART 2 pula! ^^v

update : PART 2

p/s: maaf sekiranya entry agak membosankan, maklumlah penulis dah lama 'berehat' dari berblogging..

35 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kak,jujur entry yang sebegini sangat berguna dan diguna,hihi Sya nak mohon belas kasihan dari akak, boleh x buat entry,benda-benda yang kita wajib bawa dan ada di sana dan yang sewaktu dengannya lah,boleh??bolehlah,hahaha trima kasi :)

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana Waalaikumsalam adik, Farhana..ok, nanti cik Yeanna buat ye. thanks for suggestion..

zhi l said...

halo:)thanks for sharing ur experience :)
i have some questions here..
there's three modules in aliran sains,and is it we are asked to choose one module among the three modules?or we have to study all three modules?

as i chose aliran sains when online registration last year,is it possible for me to change to aliran perakaunan?

i hope to get reply from you..sorry for disturbing..
have a good day:)

Cik Yeanna said...

@zhi l hello! ^^
just choose one module..
yes, it is possible to change to accountancy.. boleh isi borang pertukaran modul atau jurusan time orientation week..
orait, have a good day too! ^^v

n_syah said...

Kak kat KML air selalu mati ke?masalah air masih lagi ka kat sana?

Cik Yeanna said...

@n_syah takde la juga selalu.. jarang dah..lagipun rasanya batch tahun nie, dah ok dah kot.

zhi l said...

okay Cik Yeanna^^
tetapi di mana boleh saya dpt borang tu?

sains komputer susahkah?nid memorize? haha saya takut ku tdk dpt 'handle'..

outing perlulah kita pakai baju yg berlengan panjang hingga siku atau berlengan cukup sudah?

kalau saya tdk sama bilik dgn kawanku,boleh saya minta legi di pusat pentadbiran?

Buku Rujukan pentingkah?
di mana boleh saya mendapat buku rujukan yang ditinggalkan oleh 'senior senior'?


i've been so confused until i saw ur blog!thanks for giving so much information,senior ^^

Cik Yeanna said...

@zhi l

1. borang tukar modul ek? time minggu orientasi nanti akan di bagi tahu..

2. sains komputer takde lah susah sangat kot. Hehe..Ya, perlu hafal, ingat. Faham lagi baik. Ramai je dapat A untuk sc comp nie. Boleh tu, rajin jumpa lecturer kalau tak faham.

3. boleh je lengan panjang atau pendek. janji bukan sleeveless..

4. tak boleh.. tapi, kalau nak juga, kena senyap-senyap la.

5. bergantung pada orang. kalau pendapat akak, penting juga. Ye lah, nak buat rujukan. Tapi, jangan risau. Time lecture, lecture note akan diberi ataupun korang salin sendiri.

6. Buku rujukan boleh didapati di bilik bacaan blok masing2, ataupun kat surau. Akak dulu, selalu pinjam buku kat surau.. Semua warga KML boleh pinjam, muslim n non-muslim. Tapi, kena cepat lah ye. Nanti kena rembat pula..Hehe

p/s: nanti kat Matrik pun ada penjualan buku rujukan, Q&A, soalan klon PSPM, dll...Biasanya awal sem penjualan buku nie.

zhi l said...

okay Cik Yeanna:)
Thank you so much!!! C:
hope everything will be okay there :)

Unknown said...

Salam :) Thanks kak! Useful sangat :)

Cik Yeanna said...

@zhi l orait.. u r welcome.. haha! everything will be fine.. just endure the 1st week..hehe

@Aimi Athifah waalaikumsalam, aimi. haha! terima kasih..

p/s : kenal aku ka? kawan sekolah rendah ni..keke!

Maliya said...

Cik Yeanna,berguna betul blog ni ^^
boleh saya tanya satu soalan?
mestilah saya pakai baju kurung je?boleh saya pakai baju kebaya?

Anonymous said...

Kak,bilik asrama 2 d bhagikan kew??x bole plih roommate??

Cik Yeanna said...

@Maliya pakai apa je, yang penting formal. Ramai yang pakai baju kurung. Rasanya boleh je kot baju kebaya. Yang penting, skirt dia tak berbelah dan nampak sopan. hehe

@Anonymous yup..tak boleh pilih roomate. Pengurusan akan tetapkan..

one of ashley's favourite said...

excuse me, tme kuliah boleh tak pakai blouse and seluar slack? and bila diberi cuti lepas pendaftaran?

Cik Yeanna said...

@♥ Mademoiselle Tior ♥ tak boleh pakai seluar, kena pakai skirt.. diberi cuti selepas minggu orientasi.. cuti Kaamatan kalau tak silap

Anonymous said...

Kasut untuk kuliah msti ada tumit n wrna hitm ke?? Klau guna sneakers x leh ke? N etika pkaian stiap mtrik berbeza x?

Cik Yeanna said...

@Anonymous yup, kena warna hitam.. takde tumit pun takpe.. tak leh pakai sneakers. yup, rasanya berbeza..

Unknown said...

Assalamualaikum kak... saya budak lambat daftar sebab plkn.. nak tanya boleh ka kak? mau tanya,kalau kita minta cuti 2-3 hari boleh ka tu ah? takut nanti nda boleh.

Cik Yeanna said...

@Qimi Qim waalaikumsalam.. kalau tentang lambat daftar tu, akak tak tahu.. tapi kalau cuti tu boleh je.. just buat surat..

Anonymous said...

Adakah KML utk penduduk Sabah dan Sarawak sahaja?

Unknown said...

Good evening, May ask for your enquiry?

Before I ask, let me express my apology for my interference.

Here's the question, do boys have to cut their hair as the part of the rules and regulations? I know that you are a female student but I can't help asking about the haircut regulation for boys.

I would be glad if you response this question as that would help me in next year.

Unknown said...

assalamualaikum kak, nak tanya, bagi students perempuan Islam wajib pakai tudung ke?

Unknown said...

Kak, boleh mntak wechat or whatsapp tak yg lebeh senang contact. Sy nak bertanya pasal kml..

Cik Yeanna said...

@Si Bulat pm me at my facebook. :)

Unknown said...

Hi kak, if ambil modul 1 boleh ambil farmasi tak ?

Cik Yeanna said...

@Unknown Yes! You can..

Unknown said...

Hi kak. Klau dapat modul 2 boleh tukar ke modul 1?

Cik Yeanna said...

@jasperina rebie Kalau kamu memang pure science, maksudnya memang ambil biology, physic, chem boleh je rasanya. Tapi, kena tukar awal.

Unknown said...

hai kak mau tnya tntg subjek tamb tu. wajib ambil semua ka?

Unknown said...

boleh tak kalau pakai skirt yg sampai lepas lutut sikit?

n_007 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hai kak, saya ada masalah sebenarnya. Saya baru² ni berjaya dapat tawaran masuk ke KML. masa saya mau sahkan tu, dia ada cakap, system error. so saya fikir maybe system tengah down sebab banyak orang tengah cek. saya decide mau sahkan besok harinya, tapi bila saya buka balik, website tu cakap permohonan saya tidak berjaya. kakak ada apa² cara untuk saya selesaikan masalah ni? terima kasih banyak² kak :D

Cik Yeanna said...

@Unknown Hi dik. Akak suggest terus call pihak KML tanya mereka. sebab ni masalah sistem kan, so akak x boleh bantu. hehe.
Cari no telefon kat sini http://www.kml.matrik.edu.my/index.php/hubungi-kami

cikyaya said...
This comment has been removed by the author.
DESIGNED BY CIK YEANNA