PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam pilihan raya! hehe..undian dah tutup dah.. anda sokong parti mana? biru? hijau? masing-masing jawab dalam hati ok..Cik Yeanna? tak kisah warna apa, che pilih yang perjuangkan Islam! Orait, stop mukadimah. Nanti kena banned pula.Hehe~!^^v

gambar diambil dari fb salah seorang lecturer KML..:)


Kat entry KML Part 2 yang lepas, Cik Yeanna cite tentang barang yang nak dibawa ke matrik, tapi untuk entry kali nie pula Cik Yeanna nak cite tentang peraturan, outing, dan cara belajar. Cik Yeanna buat cam tu, sebab ada yang tanya kat comment, so malas nak balas panjang-panjang, Cik Yeanna buat entry la ye.. lagi senang nak membebelllllll~~

Okie dokie, lets talk about RULE in KML! cik Yeanna, takde lah nak cite detail sangat, sebab kat laman web KML dah briefing panjang lebar benda nie. peraturan kat matrik ketat atau tak? well, kalau batch cik Yeanna time first sem, ramai yang ikut peratuan. 'skema' la katakan. Kad matrik sentiasa dipakai, outing pakai kasut. ye lah, macam time form 1 dulu juga, semua peraturan ikut. skema sangat, semua buku nak bawa. hehe! Tapi, dah dekat nak habis sem satu, taring dah keluar dah. Kad matrik dah tak tau kemana. Sem 2 apalagi, masalah ponteng menjadi jadi. so, nasihat sebagai cik Yeanna, ikutlah peraturan ye.. nak langgar sikit tu takpe, jangan selalu..hehe.. TAPI! JANGAN PONTENG! ( haa! dah caps lock tu siap dengan bold lagi tu ).. ye lah, berkat para pensyarah tu, kang tak pasal-pasal sebab korang asyik ponteng dah kena sumpah. Haa! Berkat ilmu tu susah nak cari..

Next, cite pasal OUTING! atau kata lain nya, korang nak keluar p bandar ke, pantai, joli-joli.. Ok, korang boleh outing hari Sabtu n Ahad. Hari Jumaat pun boleh outing juga, tapi lepas habis kelas la, dalam tengah hari gitu. Tapi, kena isi MIS (Matrix Information System ) dulu. Hari-hari biasa pula kena ada surat atau alasan yang munasabah like korang ke hospital. Untuk keluar, kena imbas kad matrik di pondok pengawal. Juga, kalau nak bermalam atau balik kampung kena isi MIS juga. Ok, tentang pakaian ketika outing pula, untuk perempuan, pakaian hendaklah sopan. Bagi yang tak pakai tudung, hendaklah memakai baju berkolar. Seluar atau skirt labuh sahaja. Jeans tidak dibenarkan. Kena pakai kasut atau sandal. Selipar jepun or selipar tandas tak dibenarkan sama sekali.. Bagi kaum adam pula, sama je, pakai yang sopan. seluar pendek tak dibenarkan and better pakai kasut. Tentang jeans tu, cik Yeanna adalah juga dengar yang kononnya jeans akan dirampas kat sana, but setakat nie tak pernah pula cik Yeanna kena or kawan yang lain kena. Mungkin la tu kot, kena rampas. Cik Yeanna tak tahu sangat. Mianhae!>.<

Then, tentang STUDY pula. Haa! semua nie bergantung kat orang tu juga, dia jenis yang rajin, so-so ataupun last minute cam Cik Yeanna nie. Hehe..I admit! Cik Yeanna memang study last minute. So, jangan tiru tau! Tapi, petua nak success kat sana kena pandai manage time la juga. Rajin jumpa lecturer. Buat tutorial. Buat extra exercise and so on.. Kalau tak tahu macam mana, boleh jumpa kaunselor kat matrik ok. Ada yang tanya, Cik Yeanna ambil modul berapa. Well for your information, Cik Yeanna ambil modul 3. BC student. Ramai orang kata subjek sains komputer senang nak skor. Dan pada pendapat cik Yeanna, memang senanglah juga skit berbanding subjek Biology..Hehe.. But, for sem 2, sc computer is really hard! Will learn about programming. Some may say easy, but for me it is NOT! Bergantung pada orang la juga kan. Need extra exercise la..

Ok, lagi Cik Yeanna nak tambah skit. Kat Matrik budak laki sangat lah gemar bermain GAME. Bukan Angry Bird juga bukan zombie tapi yang paling popular sekali ialah  DotA  ataupun nama panjangnya Defense of the Ancients. Budak laki selalu je main game nie, sampai ada yang sanggup tak tido. Pakat main ramai-ramai pula tu. Budak pompuan pun ada juga, tapi tak ramai. Selain itu, Running Man pun popular juga. Yeah! Angkat keyboad kalau peminat Running Man! Hehe..

Nah ya lah, setakat ini sahaja entry kali ini. Masa agak jeles dan bagi mengelakkan cik Yeanna merepek lebih-lebih kita stop kat cni dahulu. Nantikan PART 4 pula..Kalau ada nak bagi cadangan tentang next entry silakan.. Sangat dialu-alukan. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.


Tepuk dada, tanyalah IMAN.
Jangan tanya selera..kerana selera manusia tersangatlah besarnya. Hanya IMAN yang mampu mengatasi segala keburukan dan kejahatan~^^v

p/s: Maaf, entry boring, syok sendiri, manglish, grammatical error and so on..

Part 1
Part 2

70 comments:

Lieza Nordin said...

detaill :) bguna utk adik2 utk pilih mana satu diaorg nak smbg bljr.. matrikss ohsemm!! :)

Cik Yeanna said...

@AiSyA LiEzA hehe~terima kasih daun keladi.. yup!agree! matrik ohseemmmm~ ^^v

Lyna Ismail said...

Salam kak. Nti sya akan smbung study di KML 2 minggu lagi mau daftar sudah. HEHEHE. Entry part 1-3 ne sngat membantu. X sabar pula mau masuk matrik.

Btw ada soalan tambahan..hehehe

1. KOKO tu apa?
2. Kat matrik wajib pakai tudung ka?
3. Kalau yg islam tapi x pakai tudung, boleh ka pakai blouse & seluar pergi kuliah. Means, pakai baju formal lah tpi bukan baju kurung?
4. Jeans langsung x boleh pakai kalau keluar? Huhh. X best la kalau macam ne.

Itu ja. Thanks for the entry. Sngat2 berguna. :)

Cik Yeanna said...

@Mimiey Lyna waalaikumsalam..ok, gud luck ye..

1. KOKO tu kokurikulum.. subjek tambahan yang wajib diambil. tapi, satu sem je lah ambil KOKO.

2. tak wajib

3. pakai blouse yang ada kolar boleh, pakai seluar tak boleh. kena pairing dengan skirt labuh.

4. kalau first sem tak boleh, tapi 2nd sem boleh kot. Tengok peraturan la time tu, sebab time akak sem 2 peraturan pelajar dah mula langgar. hehe~

Anonymous said...

erm , thanks kak . entry sngat membantu . sorry sbb bnyk tnya . haha xD

Anonymous said...

Salam kak , blog akak sgt mmbntu saya . saya bkall pelajar KML , nak tanya pasal pakaian ne . bingung sikit

1. time daftar tu pempuan xbtudung kena pakai mcm mana ya?

2. kalau kak tau , pelajar yg pergi greja pakaian drg kena tapis ka ,means mesti skirt labuh ?

3. kasut kuliah boleh ka pakai warna lain selain hitam . dan adakah wajib bertumit ?

4. rambut boleh lepas ka , means nda payah ikat ?

5. cara pembahagian bilik cmna? betulkah klu baris sama2 kwn bole dpt satu bilik yg sma ?

sgt memerlukan jwppan. heheh. harap kakak jawab . :)

Anonymous said...

woah,, thumbs up la kay yeanna..
1. btw ,, sy nk tnya psal modul 1,2,3 kta mmg pilih sndri or pngurusan sna yg ttntukan??..

2. yg sains hayat , n sains fizikal tu mmg sdah sedia trmasuk dlm smua modul tu kn?

3. memandangkan yg kputusan upu blum kuar bleh x kalau yuran mtrik tu dtangguhkan?

Cik Yeanna said...

@Anonymous waalaikumsalam..

1. pakai macam biasa je..baju kurung

2. tak lah, pakai seluar pun boleh. untuk skirt, just untuk p kuliah. ye lah, mana tahu bosan, hari-hari pakai baju kurung.

3. kalau dark brown tak sure la boleh atau tak. tak pasti la juga, sebab kebanyakan pelajar pakai kasut warna hitam..better, pakai hitam.

4. rambut tu depends korang je, nak ikat or lepas. takde masalah. tapi, kalau time amali ( makmal ), kena ikat rambut.

5. ya, ada probability kalau baris sama boleh dapat bilik yang sama atau dekat.

Cik Yeanna said...

@Anonymous Hehe~Terima kasih..

1. pengurusan yang tentukan, tapi pertukaran modul boleh juga dilakukan time orientasi nanti. contohnya, dapat modul 2, tapi nak tukar ke modul 3. boleh je, ambil borang time orientasi.

2. sains fizikal n sains hayat dah takde dah. dah ikut modul. boleh rujuk part 1.

3. maksudnya, tak sure lagi nak masuk matrik? ditangguhkan sampai bila ye? sebelum masuk matrik or semasa matrik?

Anonymous said...

Assalammualaikum :) So, seperti yang lain, saya pun akan masuk KML minggu depan. Haha, satu ja sy mo tanya. Is it ok to wear makeup there ? During classes, or whatever. Thanks :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, akak. Nak tanya. Urrmm. Mna lagi pljr wktu batch akak yg struggle. Bdk bio atw fizik? Laptop tu wjib eh kak? Kalaw x bwa bleh? Urrmmm, akak rasa apa cbrn palink besar d Matriks ny?

Cik Yeanna said...

@Anonymous1 waalaikumsalam..its ok..bergantung kat korang je nak pakai make up or tak..takde yang larang..
orait, all the best kat matrik! ^^

@Anonymous2 waalaikumsalam.. rasanya yang paling struggle budak modul satu, yang ambil both bio and phy.. kalau perbandingan antara modul 2 dan 3, ikut orang tu juga lah. Dia suka subjek yang mana, bio or phy..
laptop tak wajib bawa..boleh je kalau tak nak bawa.
cabaran paling besar? hmm..bagi akak lah ye, -homesick, study, dll..tak ingat dah..hehe :)

Lyna Ismail said...

Thanks akak sbb jwb soalan sya. Ada tambahan lgi ne. Baru teringat mau tnya. HEHEHE. Harap dpt jawab :)

1. Bawa printer boleh kah? Parents suruh bwa printer spya nti bt assignment snang skit mau print.

2. Skirt tu mesti warna hitam ja kah? Warna lain boleh?

3. Kat sana ada Wifi kah? Kalau ada, ada limit kah? Means, kat bhgian dorm wifi available kah? and social network like fb, twitter, youtube tu dpt buka ka?

Setakat ne itu ja yg sya ingat mau tnya. Hehehe. kalau ada soalan sya akan tnya lagi. Thanks akak! :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
APAC said...

Hi,Kak Yeanna!
Saya merupakan bakal pelajar KML yang berasal dari Sarawak...info-info yang akak beri tu sangat membantu saya...

Akak,saya nak tumpang tanya jap:

1.Makanan kat kafe di matrix tu mahal ke tak?Satu hari untuk makan je,lebih kurang berapa wang yang diperlukan?

2.Kalau saya nak terlibat dalam bidang perubatan pada masa depan,modul yang mana lebih sesuai untuk saya?Modu1 1 ke modul 3?

3.Sekiranya saya telah tamat program matrikulasi dan masuk IPTA dalam negara,adakan saya berpeluang mendapat biasiswa kerajaan?

Cik Yeanna said...

@Mimiey Lyna ye, akak sedia menjawab..hehe

1. boleh je..

2. yup, warna lain pun boleh.

3. ya, ada Wi-Fi. Wi-Fi ada kat library, bilik tutorial, area Menara Pentadbiran pun ada kot, dan bilik bacaan kat setiap blok. Kalau bilik dekat dengan bilik bacaan, wi-fi available la juga. social network kena block kat sana, tapi boleh bypass.. :)

Huhu..silakan, tanya je..^^v

Cik Yeanna said...

@APAC Hi APAC! hehe, terima kasih..

1. Biasanya nasi dan satu lauk, contoh ayam seketul dan nasi RM 2.50. Kalau ada nasi+ayam+sayur, RM 3.00/3.50 kot. Kat sana ikan mahal sikit. Dan kebiasaanya, hari-hari akan ada ayam. Ikan jarang sangat. Tapi, kalau kat kafe C which is terletak kat blok asrama lelaki, murah sikit. Wang? Bergantung jugalah, makan berapa kali sehari. Dulu akak dalam RM5-6 sehari. Tengok bajet jugalah.. :)

2. Dua-dua modul pun boleh kalau nak ambil medic, coz dua2 ada subjek Bio. Bergantung pada kita nak ambil Sc Comp or Physics.

3. Ya, anda masih berpeluang untuk mendapat biasiswa kerajaan. Tengok pointer jugalah. Kebiasaan dia nak yang 4 flat.

Lyna Ismail said...

Maksudnya dkat dorm mmg xda wifi la? Bingung ne rsa mcm mau beli broadband. Kalau kat dorm ada wifi snang skit mau surf internet. Hehehe. Apa maksud bypass? Xfaham la.

Cik Yeanna said...

@Mimiey Lyna takde. yup, better pakai broadband. lagipun wi-fi kat sana tak de lah laju sangat. tapi, tak tau lah kalau batch 2013/2014 nie, dorang dah renovate kan.. bypasss? err..macam mana nak explain ek? maksudnya, walaupun laman web tu kena block oleh matrik, tapi kita still boleh masuk laman web tu dengan melakukan beberapa cara like http tukar je https..

Anonymous said...

Wahh sgt brguna la blog ni sis . :) just nak tanya bbrpa solan ni hehe

1. bju pergi kuliah boleh pakai kmeja / blouse dgn sluar ka ? (selain dr skirt lbuh )

2. kemeja msti pnjg tgn ka bg pmpuan?

3. kalau cbwa prnter tak mnyusahkan ka ? ada jg printer d sna ?

4. tlg trgkn bju time d library..hhehe

5. sis cmna nk bg masa sna,, advse skit sbb sa ni jnis yg xpndi bg masa -.-

6. lagi satu,, bju tme bsukan cmna ?bju lgn pndk boleh?

Cik Yeanna said...

@Anonymous

1. tak boleh, kena pakai skirt. baru nampak formal.

2. lengan pendek pun boleh.

3. boleh je nak bawa atau tak. Ya, boleh je beli kat sana.. Kat sana ada shopping mall, Ujana Kewangan.

4. Baju time di library adalah kemas dan sopan. Means apa2 pun boleh, nak pakai t-shirt, baju kurung, seluar, skirt, dll. Janji sopan. Kena pakai kad Matrik. Tak boleh pakai selipar jepun.

5. bahagi masa ek? Hehe~sis pun tak pandai sangat nak urus masa. boleh tanya kaunselor atau para pensyarah ye..hehe..takpun buat jadual sendiri.

6. kalau time KOKO/kokurikulum/aktiviti sukan Kolej, kena pakai baju t-shirt lengan panjang yang dibekalkan kolej. Tapi, kalau just aktiviti riadah biasa, contohnya korang nak jogging2 kat trek di KML, pakaian apa pun boleh. lengan pendek atau lengan panjang terserah korang. :)

Anonymous said...

kak yeanna. thanks untuk entry ney. byk mmbantu :D btw , sy ada bbrp soalan.

1: klau rmbut dye , kna mrh ka ? means highlight ja.

2: iron mcm mna ?

3: law yg tggu result upu , bole ka byran yuran tuw d tangguhkan ? tp mndftar ja dlu.

4: brp hrga tiket ferry klau dri kk ? and brp tmpoh masa ?

thanks :D

Unknown said...

assalamualaikum kak..erhh..nak tanya ni.klau laptob bleh bwa,handphone plak?? bulh tak??

Anonymous said...

Assalamualaikum akak. Thanks 4 the info kak. Sgt sgt sgt mmnbntu. Like 100 percent. Kak, yuran matriks bleh refund? Saya nak minta pndpt akak ny. Sya sgt minat fizik. Tapi bio sya lagi cmrlng drpd fizik. Mcm mna ny kak? Ptut pilih bio or fizik? Tapi x nak both lah yee. Thanks a lot kak.

Cik Yeanna said...

@likin smurf boleh je bawa. time kuliah pun boleh je.

@Anonymous waalaikumsalam.. sama-sama dik. tentang yuran tu, maaf ye dik. Akak tak tahu. Hehe~

Pilih yang adik minat dan rasa boleh skor. Mungkin bio adik cemerlang time SPM, tapi time matrik nanti macam mana? Kalau nak faham sesuatu kena ada minat dan suka subjek tu. Kalau nak pilih bio boleh je, tanamkan minat tu..hehe~

Lagi satu, tengok cita-cita adik nak jadi apa. Contoh, nak jadi engineer ambil phy, medic ambil bio.. Orait, sesama..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam kak,
kemeja lelaki lengan pendek boleh ka?
x pkai jeans ka klu outing?
mesti pkai necktie tiap ada klas?

Cik Yeanna said...

@Anonymous waalaikumsalam..

kemeja :boleh je.
jeans : tak boleh rasanya..tak tau jugalah..hehe
necktie : yup..kena pakai

Anonymous said...

@Cik Yeanna
thanx..
-buku rujukan beli kat mana?
-buku nota perlu beli ka?

Cik Yeanna said...

@Anonymous kat mana2 kedai pun boleh. tapi, kat Matrik nanti pun ada jual gak..buku nota tu, ikut lecturer juga. nanti kat sana lah baru beli..

Anonymous said...

@ cik yeanna sya nk tnya rice cooker x bleh bwa ka?

Anonymous said...

rice cooker x blh bawa.

Anonymous said...

emm kak.Saya baru je buka laman KML dan mereka minta sya muat naik gambar pasport sebelum 13 Mei dan hari nie dah 14 Mei so cam mana?

Cik Yeanna said...

@Anonymous yup..tak boleh bawa

@Anonymous hehe..yang tu akak x tahu lah dik. Time batch akak, upload2 gambar ni takde.. tapi rasanya adik boleh tanya pihak pengurusan.. Dipetik dari Laman Web KML --> Jika ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan anda boleh melayari pautan SOALAN LAZIM atau terus hubungi pihak Kolej Matrikulasi Labuan di talian 087-465316 atau email ke adminkml@kml.matrik.edu.my.

Anonymous said...

Tq akak..smgt betul sy mo msuk kml nnti...:D...anyways..sy pun xnk terlepas juga nk tnya soalan kat akak memandangkan akak batch kat sna.....:)...hrp akak boleh tlong ye....hehe

1) Akak msih study kat kml ke?Klau
ya, kira akak senior kitorang
la ye...?hehehe..
2) Akak.....bila kita akn
diberitahu psl elaun dah msuk
ea?Klau dah msuk...masa outing
nnti,kita sndiri yg ptut
keluarkan duit ke?Jauh x bank
rkyt kat situ...ada x bas
sangkut2?...klu naik teksi mhl
x?
3) Xde ke iron disediakn di situ?
4) Akak dlu tinggal kt dorm blok
mne ye?Dlm dorm tu ada
disediakan plug ke?Biasanya
brapa plug yg disediakan?
5) Dgr kata tie n selendang
diberikan sbgai cenderahati kt
kml?Betul ke?Boleh ke pkai
selendang time p kuliah?
6) Boleh x akak post gmbr2 kat
kml?Contohnya gmbr dorm
ke....gmbr bilik kuliah n
sbgainya?Sebab kita nk tengok
mcm mna keadaan tmpt penginapan
n tmpat bljr kat situ...teruja
la pula...:D
7) Akak...modul 2 dlm jurusan
Sains...ada pompuan x yg ambil
x?sebab yg
sy dgr modul 2 kebanyakkan
lelaki je yg amik.....sy
sbnrnya nk amik course
kejuruteraan awan nnti kalau
smbung blja kat U..sebab tu sy
lebih meminati modul 2..

Hrp akak boleh tlong sy jwb soalan sy...maklumla sy bru nk kenal negeri org kat sna wlaupun sy pernah pergi ke situ...tpi time ni lebih pnjg msanya...setahun tu....:P

Cik Yeanna said...

@Anonymous hehe..boleh..

1. Taklah, akak ex-student kat sana. Batch 2012/2013..

2. Elaun akan masuk setiap bulan. Nanti PPHEP, Encik Abu Talib yang akan bagitau. Mesin ATM ada kat KML.

3. Tak de. Pelajar kena beli sendiri iron.

4. Akak dulu tinggal kat Blok D. (D.T3.14)..yup, ada kat meja belajar..4 plug boleh digunakan. Ada juga yang dekat katil, tapi tak leh guna.

5. Yup. Ya, boleh je pakai apa jenis fesyen pun. Bawal ke, shawl ke, ariani ke, apa2 je.

6. Boleh tengok Part 5..Ataupun boleh tengok kat Laman Web KML.

7. Of course ada.. Yup, memang kebanyakan pelajar lelaki yang ramai kat Modul 2. Tapi, perempuan tetap ada..

Hehe~Ok, all the best kat sana ye! Pengalaman kat Matrik nie memang best.. :)

Unknown said...

Apakah itu skirt labuh?

Cik Yeanna said...

Skirt paras buku lali..

Anonymous said...

Langsir bilik disediakan oleh pihak kolej kah?

Ivy Lissa said...

rambut berdye boleh tak?

Anonymous said...

Salam sys , pasal asrama . Bangunan mana satu paling strategik . Means dekat lha klau nak pi surau , library and else .

Anonymous said...

hye salam kak! saya nak tanya lah. saya ni (alhamdulillah) bakal masuk matriks. so nak tanya lah kat matriks mana satu subjek yg lagi baik antara biology atau sc computer? sebab saya dapat modul 1. tp saya takde basic biology. So takut tak dpt nak angkat . :( confuse lah juga. can u help me to sort this out? thanks ! ;D happy blogging !

Anonymous said...

Akak, kat matriks Labuan tu mse orientasi tough Sgt ke? Extra letih ke mse oerintasi tu and after orientation week tu klau x silap ada holiday in..tq

Anonymous said...

*holiday in - holiday kan

Anonymous said...

Kak tumpang tanya...asrama lelakj tandas kongsi untuk semua student ataupun khas untuk 1 bilik??

Anonymous said...

Hye cik yeanna.. thank you for all the info.. really helping. Just nak tanya, kalau nak pergi ke kk, kan kena guna feri, brapa tambangnya dan brapa lama nak sampai kk??

Cik Yeanna said...

@Anonymous tandas kongsi dengan beberapa bilik.

dari labuan ke KK ke maksudnya? tambang tu tak tahulah juga, sebab dah lupa kan. >.<

LABUAN -> KK : Feri (3 jam)
LABUAN -> MENUMBOK -> KK:Feri (2) + Bas (1++) = 3 jam ++
: Speedboat (20min-assumption) + Bas (1++) = 1-2jam

so, kalau nak cepat dan tak leceh naik feri yang 3 jam punya. kalau nak cepat, naik speedboat. kalau nak murah, naik feri besar yang ambil masa 2 jam tu

Unknown said...

Outing lelaki pmpuan sma ka? Atau asing2?

Anonymous said...

hai akak. tolong balas smua soalan sya ya hihi
1. kalau x upload gmbar time daftar online tu xpa ka? ada x kwn abg mengalami kes seperti itu?
2. dlam setiap block asrama kat situ, setiap timgkat ada bilik air kah ataupun 1 block 1 bilik air?
3. lantai bilik asrama tu bertikar or x bertikar?
4. ada berapa plug disediakan dlm 1 bilik?
5. pelajar perempuan wajib berstoking ka?
6, felo yg jaga asrama tu terdiri drpda pensyarah or student?
7. err kehabisan idea hihih
harap akak sudi membalas semua soalan sya walaupun agak mengarut. thanks!

Anonymous said...

Hi kak . Jubah ppuan boleh pkai kah?

Cik Yeanna said...

@Anonymous Fuh~! banyak nya soalan dik.. in shaa Allah akak akan jawab semampu yg boleh.. :)

1. x tahu la dik. sebab time akak dulu, pakai manual. takdenye yg pakai online. maaflah, akak batch 2012/2013. hee~

2. yeap. setiap floor akan ada bilik air. don't worry. tak berebut sangat juga.

3. depends pada penghuni sebelumnya. ada yg bertikar, ada yang x.

4. kalau tak silap, kat meja belajar satu, dekat katil satu.

5. tak

6. lecturer

7. errr.. akak pun dah kehabisan idea juga~ lol

Cik Yeanna said...

@Anime's (OtaKu) boleh dik. tapi, kena ingat. jubah tak dianggap formal. so, mungkin hari Jumaat boleh pakai kot.

Cik Yeanna said...

@Nizar Tia sama je..

Unknown said...

sis, saya dah terbeli kasut hitam tapi bukan pvc. dia baldu. boleh pakai ka?

Unknown said...

sis, saya dah terbeli kasut hitam tapi bukan pvc. dia baldu. boleh pakai ka?

Anonymous said...

Kat matrikulasi boleh drive x?

Myza said...

Akak saya nak tnya skit.. Kalau nk beli brg2 keperluan mesti kat koperasi matrik juga ka? tidak boleh beli kat luar?

Myza said...

Dan 1 lgi kak, mkanan mcm maggi ke boleh x bwa dlm bilik asrama? ^^

Cik Yeanna said...

@Myza 1. yeap. boleh je beli kat mana-mana dik.
2. ya,boleh je bawa apa-apa makanan, janji bukan minuman/makanan terlarang like arak n so on.

Anonymous said...

sis yeanna..mcm mna pembahagian bilik... ya utk satu bilik dengan kwn...means dekat ..just dy kat blkng @kat depan kita kah...atau nk jump a few org...??
tq sis

Cik Yeanna said...

@Anonymous pembahagian bilik adalah random. Biasanya 2 muslim 2 non muslim atau 2 sabahan 2 sarawakian. Ini time akak kat Matrik Labuan batch 2012/2013 dulu lah.

Unknown said...

kak,koko kat matriks labuan ni mcm mana ya?mcm koko sklh menengah or sklh rendah kh? i mean koko itu wajib ikut and wajib ada sukan sendiri kah?

Cik Yeanna said...

@Nur Amira Yup, koko ialah subjek wajib. Well, macam kokum biasa. Jangan risau, happening je.

Unknown said...

orite.thank u kak.satu lagi,is it okay kalau saya pakai cincin? takut ada peraturan KML yg melarang pakai cincin.hehe

Cik Yeanna said...

@Nur Amira Rasanya tiada peraturan yang larang student pakai cincin. I guess la.. Hehe

Unknown said...

hehe..ok kak..thank u...saja ja tanya. :)

ultimogibson said...

assalamualaikum akak . saya nak tanya saya dah seminggu belajar kat
matrik tapi saya keluar sbb dapat tawaran belajar lain . saya nak tanya duit boleh claim ke. macam mana ek ?

Unknown said...

Assalamualaikum kak, cerita la pulak ttg orientasi 😂

Anonymous said...

Assalam kak, kalau yang rambut ada dye mmg tak boleh ke kak?

Cik Yeanna said...

@Anonymous waalaikumsalam dik. Yes, mewarnakan rambut adalah dilarang. untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Garis Panduan Penampilan Diri Pelajar di laman web KML.:)

DESIGNED BY CIK YEANNA