PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 June 2013

Keldai yang Memakai Serban

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, dan salam ceria uollsszz~! Nie Yeanna mai nak habak satu cite tentang keldai.. Yup! Keldai..What? Apasal takde cite lain? Haha! Lantak kamek la, nak post apa.. Yang pasti, cite tentang keldai nie jugalah yang buat kamek tersentap..tertembak gitu..hehe~ :)



Al-kisah nya begini..

Pada suatu hari,

Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin berisitirahat di kampung itu sebelum meneruskan pengembaraanya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu segera pun menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan,"sapa seorang yang lain pula.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami...."pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu  semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajar kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya..

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmah itu dengan cara yang bergitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

    Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahirnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah tidak tepat sama sekali. Pakaian hanyalah umpama 'topeng' yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai!

Hehe..macam tu je lah kisah pendek yang Yeanna kopi pasta dari sebuah buku terbitan Telaga Biru yang berajuk Angguk Geleng.. Best betol buku nie, banyak kisah-kisah yang memberikan ibrahnya yang tersendiri.. So, my suggestion is try to buy and read this book! Really daebak!Keke!


p/s : kamek = saya
       mengenderai = menunggang, menaiki

4 June 2013

Kisah Tudung Labuh

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam hari Selasa dan salam petang2 semua~!



Dah lama Yeanna tak tulis entry, so kali nie nak share tentang TUDUNG LABUH.. a ah, tudung labuh..bukan tudung saji, bukan tudung botol dan apa2 tudung yang x berkenan..  Ilham datang nak buat entry nie, sebab tadi duk iron tudung. Duk iron tudung tu teringat la pula kawan2 kat Matrik nie.. Teringat bagaimana kisah penghijrahan hamba Allah nie pakai tudung labuh..So, alkisahnya begini..

[FLASH BACK]

Pada suatu hari, di petang yang damai..angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi yang x berapa nak montel, sambil kupu-kupu riang ria berterbangan..

Ketika itu, ada seorang hamba Allah nie duk tengah berehat di bilik sambil memikirkan masa depannya di Matrikulasi. Ya, hamba Allah ini baru sahaja mendaftar di matrik sehari yang lalu. Junior la katakan. Penat katanya. Mengeluh saja dirinya.. Rindu mak bermain di fikirannya..

Tengah dia duk berangan, tiba-tiba telefon nya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk. "Tahniah! Anda terpilih untuk menjadi ajk surau. Sila hadiri temuduga pukul 2 ini, di surau. Jazakallah." Begitulah lebih kurang mesej yang diterima nya. Kecut hatinya hamba Allah ini. Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Temuduga apa pula nie? Mindanya cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku semalam. Dicari-cari data dalam memorinya, akhirnya jumpa! Ya! Baru dia teringat. Memang dia ada isi borang nak jadi ajk surau. Tapi perlu ke temuduga? Temuduga? Aku mana pernah temuduga? Nak kata apa? Nak pergi ke tak nak? Panik seketika. Hamba Allah ini pun terus mengambil handphone dan ibu jarinya pantas menaip mesej untuk dihantarkan pada sahabat sekampung yang berada di Matrik juga. Bertanya jika mereka mendapat mesej yang sama.. Akhirnya, tak sampai seminit. Jawapan diterima. Fuh! Laju juga kawan dia nie taip mesej. Alhamdulillah! Ada kawan nak pergi temuduga nanti.

Masalah settle! Ya, harus cuba!. Walaupun dirinya tak sealim mana, pengetahuan tak banyak mana, tapi hatinya tetap dikuatkan pergi ke temuduga itu. Akan tetapi, satu persoalan terlintas di fikirannya.. Nak pakai tudung apa pula? Sebelum menjejak ke Matrik, hamba Allah ini lebih biasa memakai tudung bawal 40' atau 50' bidang. Hmm..Nak jadi ajk surau kena nampak alim ke? Kena nampak ala-ala ustazah ke? Keraguan dibisik-bisikkan padanya.

Astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim~~

Nak pakai tudung labuh tak semestinya ustazah. Sesiapa je boleh pakai. Lalu, hamba Allah ini menetapkan pendiriannya. Lantas tangannya mengambil satu tudung labuh hitam dari loker pakaiannya. Tudung labuh pertamanya. Tudung labuh yang dijahit sendiri oleh kawan baiknya. Tudung labuh yang tak pernah dipakainya. Tudung labuh hitam yang hanya berjahit ditengahnya kemudian dibakar di tepinya. Sungguh! Runtun hatinya.. Keinginan nak memakai tudung labuh itu tiba-tiba semakin kuat dalam dirinya. Dirinya ingin berubah! Ingin BERUBAH. Pantas tudung itu disterikanya (iron tudung), dan dipakaikan kemas pada kepalanya.

Subhanallah.. Rasa yang hadir ketika memakai tudung labuh itu memang aneh. Tak pernah dirasainya. Dirinya rasa selamat. Dirinya rasa bahagia. Dirinya rasa tenang. Dirinya memutuskan mulai hari itu, dirinya akan cuba istiqamah untuk memakai tudung labuh. Walaupun istiqamah itu sukar, tapi tak bermakna ianya tak boleh dilakukan. Allah kan ada! Insya-Allah, hamba Allah itu akan cuba untuk terus menerus memakai nya, menjaga auratnya, menjaga pandangannya, menjaga maruah dirinya, ibubapanya, dan TERPENTING menjaga maruah AGAMANYA..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai di situ sahaja al-kisah tudung labuh si hamba Allah tadi.

Tudung labuh bukan hanya untuk ustazah-ustazah sahaja. Bukan untuk budak sekolah agama sahaja. Tapi, boleh untuk semua! Perempuan la maksudnya ye.. Jangan pulak hang nie laki, baca entry aku terus pakai tudung labuh pula. Buat lelaki, pakai lah songkok/kopiah sket. Baru handsome gitu!

Pakai tudung panas? Panas tahap macam mana tu? Nak tanya, mana lagi panas? Panas api neraka atau panas pakai tudung. Haa! Budak-budak PASTI pun boleh jawab tau.. Orait, chill~ ^^ Pakai tudung labuh nie takde lah panas sangat pun. Kalau dah biasa pakai, mesti biasa punya lah. Alah bisa, tegal biasa. Somehow, kalau dah pakai tudung labuh, korang akan rasa selamat gitu.. Tak caye? Give a try!



Pakai tudung labuh payah, lambat nak iron? Asyik kusut sana sini? Aigoo~Ini takde hal lah. First, memang macam tu. Tak biasa kan. So, apalagi? Biasakan apa yang korang tak biasa. Once again, alah bisa tegal biasa. Practice makes perfect.. Lagipun sekarang kan dah banyak tudung-tudung labuh yang material nya tak cepat kusut, senang iron. Internet di hujung jari, boleh search.



Tudung labuh mahal? Yang cantik, kenalah mahal sikit. Harga diri tu kan mahal. Nie, bergantung pada material, jenama, dll juga. Lagipun, berbaloi lah. Bukan pakai sehari pun. Pakai lama kan. Kalau nak murah, boleh beli kain je. Jahit tengah dan tepi, siap! Tak pandai jahit? Suruh orang jahitkan..hehe.. Kalau bawal pula, boleh beli bidang 60'. Sekarang macam2 style, bunga2 ke, 2-3 tone ke.. Apatah lagi kalau shawl. Boleh je, kalau korang nak pakai shawl. Asal tutup dada. Bukan ngam2 tutup pula tau. Labuhkan sikit please, kalau nak buat macam Heliza Helmi ni pun cantik ok.

Pakai tudung labuh tak boleh nak bergaya? Siapa kata? Kolot semua tu.. Sekarang nie, banyak je tudung-tudung yang cantik tapi labuh. Banyak je tutorial kat youtube tu, cara-cara pakai tudung but still labuh yet bergaya. Tapi, INGAT! jangan nak tabaruj pula. Bergaya tu bergaya juga, tapi ada batasannya..

Menurut bahasa, tabarruj adalah wanita yang memamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki (Ibnu Manzhur di Lisanul Arab). Tabarrajatil mar'ah artinya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Menurut syari'ah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Termasuk orang yang mengenakan cadar, dimana seorang wanita membungkus wajahnya, apabila warna-warnanya mencolok dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj jahiliyah terdahulu.
 


Nak pakai tapi ada halangan keluarga? Kena ejek orang sekeliling? Orait, masalah nie memang selalu berlaku juga. For me, also. Tapi, takde lah nak kena tentang habis-habisan. Kena tease je, dipanggil ustazah, dipanggil alim..Yah, sort of that. Tapi, ok lah tu kan. Mereka mendoakan kita jadi yang baik-baik tu.. Amin.. Benda nie, kalau family tentang, kena slow talk dengan dorang. Mungkin mereka tak faham. Mungkin mereka takut anak mereka macam terrorist. Fahami mereka kenapa menentang, then fahamkan mereka. Lagi satu, doa kan senjata orang mukmin. Berdoa lah, semoga orang-orang sekeliling dapat menerima.

Nak pakai tudung labuh nie, tak semestinya 100% baik.. Tak boleh kata, hang nie cetek ilmu sangat. Hang nie banyak buat dosa. Well, mengikut pengalaman dan pemerhatian.. Kebanyakkan mereka yang bertudung labuh ini adalah kerana mereka ingin BERUBAH. Yes! CHANGE! Why not give yourself a chance so you can change? Kena ada determination yang kuat. Insya-Allah, boleh. Sekurang-kurangnya, tudung labuh nie boleh jadi 'pacemaker' untuk korang berubah. Untuk korang menjaga diri. Supaya korang ada rasa malu. Contohnya, takkan lah korang dah bertudung labuh nie korang nak buat maksiat pula kan? takkan lah korang nak gi duk tepuk tampar dengan bukan muhrim pula kan? My advice, give a try! Hehehe..

So, sampai sini je lah entry kali nie. Nak celoteh panjang lebar, kang ada yang tetido depan laptop. Basah pula nanti keyboard tu.. Lastly, ingatlah yang tertutup itu lagi indah! ^^v


 
video kat atas nie, selalu sorang sahabat bagi perkongsian..

The sun doesn't lose its beauty when covered by the clouds
The same way your beauty doesn't fade when being covered by Hijab

p/s : tengah-tengah cari gambar, terjumpa pula webpage nie..best! Top 11 excuses of Muslim Women who don't wear Islamic Hijaab!

yang tengah cari kisah bertudung labuh tu, boleh klik nie --> Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21
DESIGNED BY CIK YEANNA