Assalamualaikum w.b.t, dan salam ceria uollsszz~! Nie Yeanna mai nak habak satu cite tentang keldai.. Yup! Keldai..What? Apasal takde cite lain? Haha! Lantak kamek la, nak post apa.. Yang pasti, cite tentang keldai nie jugalah yang buat kamek tersentap..tertembak gitu..hehe~ :)
Al-kisah nya begini..
Pada suatu hari,
Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin berisitirahat di kampung itu sebelum meneruskan pengembaraanya.
Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu segera pun menyambutnya.
"Assalamualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.
"Selamat datang tuan,"sapa seorang yang lain pula.
Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.
"Tolong ajarkan kami...."pinta mereka.
"Jadilah guru kepada kami semua."
"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."
Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"
Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajar kami."
Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya..
"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."
Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmah itu dengan cara yang bergitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.
Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahirnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah tidak tepat sama sekali. Pakaian hanyalah umpama 'topeng' yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai!
Hehe..macam tu je lah kisah pendek yang Yeanna kopi pasta dari sebuah buku terbitan Telaga Biru yang berajuk Angguk Geleng.. Best betol buku nie, banyak kisah-kisah yang memberikan ibrahnya yang tersendiri.. So, my suggestion is try to buy and read this book! Really daebak!Keke!
p/s : kamek = saya
mengenderai = menunggang, menaiki
1 comments:
Post a Comment