Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 August 2013

Tutorial : Cara Mudah Printscreen

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria n salam syawal buat semua! Entry kali ni singkat je tapi berguna. Ringkas dan padat!

Ok, cara mudah nak printscreen menggunakan laptop, komputer or whatsoever. Janji ada keyboard semua boleh.

1) Korang p mana-mana web, gambar atau apa2 lah yang korang nak printscreen tu. Contoh dekstop computer korang.

2) Then, tekan button Prt Sc SysRq kat keyboard korang. Tak tau kat mana? Tengok gambo nie.

zoom in sket
Haa! Dah jumpa? Button tu kat atas skali belah kanan. Button ketiga dari kanan.

3) Lepas tu, buka program Paint korang. Tekan CTRL + V.

4) Dah siap. Pastu, klik Save.

Kalau nak senang leh tengok tuto bergambar nie ..



Orait, that's all! Semudah 12345.. Selamat Mencuba!

Menjawab Soalan ShoutBox : Matrik & Blog

Assalamualaikum w.b.t dan salam aidilfitri semua! Haha! Apa kes la yeanna nie, raya ke-9 baru nak wish. Nampak sangat dah lama x update blog. Pemalasnya aku.. Alahai~Maaflah semua, yang dok coret 'Tapak Kaki' kat belog aku tu. Tak perasan pula den, ada juga yang sudi bertanyakan soalan, mengajak GA dan blogwalking blog nie.

So, sesuai dengan tajuk entry kali nie, Yeanna nak menjawab la pula persoalan2 yang dikemukakan oleh visitors sekalian. Soalan nie dah lama dah oooiii, dah sebulan dah bertempek kat shoutbox tu. Yeanna baru prasan hari nie. Haha! Disebabkan rasa kemanusiaan, kasih sayang ( aiseehh~)  Yeanna buat la juga entry ye, bagi menjawab persoalan tu. Maaflah ye, sekian lama baru ada entry.






Orait, soalan berkenaan Matrik..   

To Siti, kalau nak masuk matrik kena beli no pin. Then, isi form on9. Dah tu siap! Permohonan akan diumumkan beberapa bulan selepas dapat result SPM. Biasanya bulan April.  Cara nak masuk dengan mudah ialah kena SKOR DALAM SPM. Kalau x dapat straight As pun x pa, yang penting result mencapai  minimum kelayakan macam kat bawah nie. Sumber : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/min_o.cfm


So, konklusinya x da jalan mudah. Semua peluang diberi sama rata. Kalau nak lebih tahu lebih mendalam pasal permohonan Matrik boleh ke cni --> http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm

To Ila, buku rujukan dulu Yeanna lebih suka guna Oxford Fajar. Buku terbitan lain x suka sangat. Sebab ramai lecturer cakap, cap ayam. Tapi, depends on Ila la nak pakai mana. Lebih banyak rujukan lebih baik. Kalau Biology akak recommendkan buku Campbell , nie buku International. Sampai masuk U pun boleh guna. Tapi, harga dia mahal sikit la. RM100 gitu. Lagi satu, banyakkan menjawab past year question ataupun soalan-soalan kat buku Q&A.

buku rujukan keluaran Oxford Fajar

Ok, soalan seterusnya berkenaan Blog.

To dyg&syg, maaflah x reply pertanyaan tu. Hehe. Dah sebulan baru Yeanna nampak. Maaf sesangat. First of all, thank u sudi kata blog ni cantik n cute walaupun biasa2 je.. Kembang semangkuk I kejap.

Tapi, nak tanyalah cantik n cute part mana? Header? Tabs? Background? Yeanna dulu design blog nie pun hasil daripada tutorial yang Yeanna dapat dari Google. Untuk maklumat lanjut, boleh klik tabs Tutorial. Kat situ ada link blogger2 yang memang hebat dalam mendesign blog nie semua. Boleh godek tuto mereka.


Tapi, in sha Allah, jika berkesempatan Yeanna akan buat tuto sendiri. Kalau ada, jangan lupa baca tau! Hehe..

Keeps visit and read!

#PrayForEgypt


DESIGNED BY CIK YEANNA