PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 April 2012

10 Ayat-Ayat Cinta Part 1

Assalamualaikum dan salam Isnin semua! Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman..^^



Okay, entry kali ini bertajuk Ayat-Ayat Cinta Part 1. Maaflah, terpaksa buat part by part sebab masa agak jeles. So, antara reader-reader nie mesti ada yang tengah bercinta, dilamun cinta dan putus cinta. Ehem, cinta bukan hanya pada bf atau suami sahaja ok. Kepada Tuhan, Rasul, Nabi, Ibu Bapa, Keluarga and so on..Cinta ini universal. <-- *Tu dya, nak jadi Dr.Love lah tu..wueeek!

Maka, di sini Cik Yeanna kongsi sajalah madah-madah cinta dari sebuah buku kepunyaan Cik Yeanna sendiri. Bukan Cik Yeanna yang cipta tau, editor buku tu yang buat. Macam orang Sabah, cakap " Bah, kau tinguklah sendiri, ada di bawah ani"..

Cinta itu tidak pernah meminta tetapi cinta sentiasa memberi.

Jangan sesekali menyatakan cinta kamu kepada seseorang kemudian kamu berubah fikiran. Cinta bukanlah seperti memilih filem mana yang hendak ditonton.

Janganlah kamu mencari perhatian seperti seekor ular hijau yang mendengus-dengus. Mungkin kamu akan mendapat perhatian tetapi perhatian itu akan berbeza daripada perhatian cinta yang kamu inginkan.

Cinta itu kuat dan mempersonakan tetapi cinta juga kuat untuk mematahkan jiwa.

Cinta itu sangat obsesi, semua orang inginkannya, semua orang mencarinya, tetapi hanya sedikit orang yang mampu memperolehnya, iaitu orang-orang yang berjaya mengharagainya kemudian terleka dengannya, dan banyak juga yang tidak pernah melupakannya.

Cinta yang sejati umpama api abadi. Selalu terbakar, tidak pernah sakit, dan tidak pernah tua serta tidak pernah mati. Tidak pernah juga berpaling.

Apabila kita perlukan teman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kita akan menjauhinya. Dan jangan pula kerana kebaikannya, kerana satu keburukan, kita akan membencinya.

Lelaki yang soleh ialah lelaki yang menyintai wanita kerana ingin menjadi tempat untuk wanita itu mendapat pahala ke syurga.. Lelaki yang baik ialah lelaki yang melafazkan cinta dengan akad pernikahan dan mahar ke syurga.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

3 comments:

Anonymous said...

aku cinta sama kamoo.. ^-^

::cintakan bunga, bunga akan layu
::cintakan manusia, manusia akan mati
::cintakan Allah, pasti kekal abadi

mirmashi said...

cintakan Allah lebih dari segalanya . cinta memang indah kalau ikut cara yang betul . hehe .

Cik Yeanna said...

@KakLangMia,@mirmashi Ada cinta tapi tiada kejujuran.
Ada kasih tapi tiada kesetiaan. Itulah lumrah percintaan. Cinta yang paling kekal adalah cinta kepada Allah S.W.T.

DESIGNED BY CIK YEANNA