PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 April 2012

Fakta Tentang Fast Food Part 1

Assalamualaikum dan salam ceria uuools!



Bertemu buat pertama kali dalam segmen kesihatan bersama Dr.Yeanna pada petang Ahad kali ini. *Hehe~Perasannya nak jadik doktor. Belajar takat SPM je pun..

Okay-okay, stop dengan angan-angan tu, kali nie Cik Yeanna nak post tentang FAST FOOD atau makanan segera. Yup! Sememangnya dalam era modensasi lagi canggih ini, manusia semakin sibuk dan malas nak balik rumah masak. Lagi senang dail nombor pesan je fast food. Takpun pergi la kat francais berdekatan KFC ker, McD ker, BurgerKing ker senang je dapat. Sedap lak tu! Hehe..Macam promote je..

Baiklah, tahukah anda? Bahawa makanan segera itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai makanan. What? Habis nak panggil apa kalau bukan makanan? Ok, rilek dulu jangan mengelabah. Ini kerana mostly fast food pakai bahan pewarna tiruan dan merupakan bahan kimia yang berbahaya. Means, kalau dah terlalu banyak sangat bahan kimia masuk dalam badan kita, organ-organ dalam badan kita akan rosak. 

Selain itu, fast food juga ada bahan perasa seperti gula. Ingat! Bukan gula pasir yang macam kat dapur tu, tapi gula tiruan seperti sucralose, saccharine, cyclamate, acesulfame-k, dan gula paling glamor gula aspartame.  Gula tiruan aspartame ini adalah hasil gabungan 50% phenylalanine (amino acid), 40% aspartic acid (an amino acid) dan 10% methanol (alkhohol @ bahan nyah cat). Antara produk makanan yang mengandungi gula tiruan ini termasuklah pepsi dan coca-cola. Dalam pada itu, tahukah anda bahawa gula tersebut adalah dua puluh kali ganda manis daripada gula pasir kat rumah tu.. What? Kalau korang nak tahu macam mana, try la buat minuman dan letak 20 sudu gula kat minuman tu. Dah jadi air gula dah tu.. Ish! Tak sanggup Cik Yeanna nak minum? Korang? Sanggup?

Ok, antara keburukan pengambilan gula secara berlebihan ini ialah :

1. Menyebabkan kegemukan yakni obesity. Ini kerana gula fruktosa dari minuman berkarbonat tersebut contohnya coke akan bertukar menjadi LEMAK.

2. Otak akan menjadi lembab. Haa! Asyik blur dan lembab lah otak tu. Bukan gara-gara makan makan semut je boleh lembabkan malahan minum minuman berkarbonat pun boleh menyebabkan otak tu  lambat sikit.Ini disebabkan oleh gula tersebut akan mencuri oksigen dalam otak tu. Also, membuatkan kita cepat mengantuk. Habis mengantuk buat apa? Tido lah kan? Dah makan tidur makan tidur memang gemuk dan lembab la jadinya. Migrain dan sakit kepala pula boleh datang tau..

3. Menyebabkan tulang cepat reput iaitu Osteoporosis (kerapuhan tulang). Untuk makluman, kerapuhan tulang bukan hanya untuk orang golongan warga emas ok.. Umur 20-an boleh kena juga. So, jaga tulang anda! * Minum Anleen ok ke?

4. Kerosakan dan kakisan pada gigi

5. Menyumbang kepada penyakit jantung. 

6. Tekanan emosi dan mudah meradang. 

7. Boleh membuatkan buah pinggang anda rosak. Haa, kalau dah rosak macam mana lah nak tapis bahan-bahan yang perlu dibuang tu kan? Terpaksa pakai saluran atau ho.. Sanggupkah anda?

Baiklah, itu sahaja untuk entry kali nie, kalau ada yang salah tolong perbetulkan. so, bertemu kita akan datang pada segmen yang sama, insya-Allah hari yang sama, dengan tajuk Fakta Tentang Fast Food Part 2.

p/s : penulisan ialah hasil daripada taklimat pemakanan kesihatan, dan sedikit research di internet.

2 comments:

Zaza said...

thanks 4 the info :0

Cik Yeanna said...

@ZazaYou are welcome! ^^

DESIGNED BY CIK YEANNA