PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 February 2012

..::Sebulan Aku Berblogging::..

Assalamualaikum n salam sejahtera uolls~yeah! Akhirnya Cik Yeanna dapat juga update blog nie setelah penantian yang panjang.. Chewah~Maklumlah, brokband dah dibawa pergi. . Terpaksalah Cik Yeanna update blog kat hotel je. .Ambil kesempatan sket! Hehe~Dah lama tak on9 maa. .Rindu gileee…leee… lee ( Sah, gila! )

Ok, dah sebulan lebih Cik Yeanna blogging. .Dapat juga 76 follower dalam sebulan nie. .kkk! Walaupun tak sampai 100+. .Tapi, kira okay la tu. .Al-maklumlah, Cik Yeanna bukan retis, bukan popular pun. . Hanya dak pompuan yang tunggu keputusan SPM, duduk kat kampung, sambil buat hobi baru -> blogging. . Ngee~^^
Oh ya, sepanjang sebulan lebih Cik Yeanna blogging nie dapat jugalah pengalaman, kawan dan pengetahuan. Yup! Blogwalking sana sini of course la dapat ilmu n rakan.. Antara yang pernah tercatat dalam blog nie adalah:
Segmen/GA/Contest
 Cik Yeanna pernah join dua tiga segmen je pun. Hehe~ Latest Cik Yeanna join segmen pun Segmen : Ben Ashaari Tanya Berani Kau Krtitik Aku . . Memang gempak gile. .Beratus kot yang join. .Dapat gak la komen2x yang memberangsangkan dan mebina n tak kurang juga yang memuji. Aiseh~Terima kasih pada yang puji! Kembang sebotol hidung aku. . Benefits join segmen2x atau yang sewaktu dengannya nie, korang boleh tambah follower tau. Tambah popular lar blog korang. Sebab apa? Kalau korang join kadangkala korang akan letak link kat ruang komen or ada orang promote kan blog korang. Tak heran la kalau tetiba je stats blog meningkat. So, rajin2x la join okay?
Entry Silap Mata
Magik? Hehe~Cik Yeanna tak adalah pandai sangat pon dalam silap mata nie.. Cuma dak baru belajar je, still beginner. Cik Yeanna pernah buat entry Silap Mata Duit Syiling n Matematik. Yup! Silap mata yang senang je pun. Ada masa Cik Yeanna buat lagi entry tentang magik, ok? Silap mata ok, bukan benda-benda tahyul nak diajarkan. Nie mata yang silap, bukan pertolongan jin atau yang sewaktu dengannya tu. Tak sanggup nak nanggung, mak oii. .
Tutorial
Tuto..tuto..Sebenarnya tak terer sangat pun dalam tutor2x orang nie. Tapi teringin je nak buat sebab nak kongsi la katakan.  Sharing is caring, betul tak? Orait, tuto Cik Yeanna tentang blogging nie tak adalah banyak sangat pun sebab Cik Yeanna orang baru, nak coding-coding pun tak pandai la sangat. Sebab tu kebanyakan tuto tentang computer je banyak. Yelah, tuto yang simple2x je pun. Tak adalah yang tahap pro sampai  nak hack kot. Tak pandai la. Kalau ada yang pandai tolong ajarkan, boleh? Tak pun bagi link je..Hehe~
Okie dokie, sampai di sini sahaja kisah sebulan aku berblogging. Sebenarnya banyak lagi kot, tapi memandangkan penulisan Cik Yeanna nie macam budak-budak darjah so tak jadik lew. Tak pandai la kame kan cite kat kitak. .^^
p/s : Agak jarang kan sebenarnya Cik Yeanna buat entry tentang Cik Yeanna sendiri, maklumlah diriku agak malu2x kitten gitu. .Cuma ntah apa mood nak buat entry nie. Sebab jarang kot, sebab tu lah kena banyakkan. .
*Penulisan ini ditulis pada 21 Feb 2012 dan dipost pada 25 Feb 2012 tengah malam memandangkan puan penulis ketiadaan line internet. Harap maklum..^^

0 comments:

DESIGNED BY CIK YEANNA