PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 February 2012

..::Wordless Wednesday #1::..

  

p/s : Bestnye, kalau dapat macam nie..>.<

25 February 2012

..::Sebulan Aku Berblogging::..

Assalamualaikum n salam sejahtera uolls~yeah! Akhirnya Cik Yeanna dapat juga update blog nie setelah penantian yang panjang.. Chewah~Maklumlah, brokband dah dibawa pergi. . Terpaksalah Cik Yeanna update blog kat hotel je. .Ambil kesempatan sket! Hehe~Dah lama tak on9 maa. .Rindu gileee…leee… lee ( Sah, gila! )

Ok, dah sebulan lebih Cik Yeanna blogging. .Dapat juga 76 follower dalam sebulan nie. .kkk! Walaupun tak sampai 100+. .Tapi, kira okay la tu. .Al-maklumlah, Cik Yeanna bukan retis, bukan popular pun. . Hanya dak pompuan yang tunggu keputusan SPM, duduk kat kampung, sambil buat hobi baru -> blogging. . Ngee~^^
Oh ya, sepanjang sebulan lebih Cik Yeanna blogging nie dapat jugalah pengalaman, kawan dan pengetahuan. Yup! Blogwalking sana sini of course la dapat ilmu n rakan.. Antara yang pernah tercatat dalam blog nie adalah:
Segmen/GA/Contest
 Cik Yeanna pernah join dua tiga segmen je pun. Hehe~ Latest Cik Yeanna join segmen pun Segmen : Ben Ashaari Tanya Berani Kau Krtitik Aku . . Memang gempak gile. .Beratus kot yang join. .Dapat gak la komen2x yang memberangsangkan dan mebina n tak kurang juga yang memuji. Aiseh~Terima kasih pada yang puji! Kembang sebotol hidung aku. . Benefits join segmen2x atau yang sewaktu dengannya nie, korang boleh tambah follower tau. Tambah popular lar blog korang. Sebab apa? Kalau korang join kadangkala korang akan letak link kat ruang komen or ada orang promote kan blog korang. Tak heran la kalau tetiba je stats blog meningkat. So, rajin2x la join okay?
Entry Silap Mata
Magik? Hehe~Cik Yeanna tak adalah pandai sangat pon dalam silap mata nie.. Cuma dak baru belajar je, still beginner. Cik Yeanna pernah buat entry Silap Mata Duit Syiling n Matematik. Yup! Silap mata yang senang je pun. Ada masa Cik Yeanna buat lagi entry tentang magik, ok? Silap mata ok, bukan benda-benda tahyul nak diajarkan. Nie mata yang silap, bukan pertolongan jin atau yang sewaktu dengannya tu. Tak sanggup nak nanggung, mak oii. .
Tutorial
Tuto..tuto..Sebenarnya tak terer sangat pun dalam tutor2x orang nie. Tapi teringin je nak buat sebab nak kongsi la katakan.  Sharing is caring, betul tak? Orait, tuto Cik Yeanna tentang blogging nie tak adalah banyak sangat pun sebab Cik Yeanna orang baru, nak coding-coding pun tak pandai la sangat. Sebab tu kebanyakan tuto tentang computer je banyak. Yelah, tuto yang simple2x je pun. Tak adalah yang tahap pro sampai  nak hack kot. Tak pandai la. Kalau ada yang pandai tolong ajarkan, boleh? Tak pun bagi link je..Hehe~
Okie dokie, sampai di sini sahaja kisah sebulan aku berblogging. Sebenarnya banyak lagi kot, tapi memandangkan penulisan Cik Yeanna nie macam budak-budak darjah so tak jadik lew. Tak pandai la kame kan cite kat kitak. .^^
p/s : Agak jarang kan sebenarnya Cik Yeanna buat entry tentang Cik Yeanna sendiri, maklumlah diriku agak malu2x kitten gitu. .Cuma ntah apa mood nak buat entry nie. Sebab jarang kot, sebab tu lah kena banyakkan. .
*Penulisan ini ditulis pada 21 Feb 2012 dan dipost pada 25 Feb 2012 tengah malam memandangkan puan penulis ketiadaan line internet. Harap maklum..^^

16 February 2012

..::Segmen: Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kritik Blog Aku Tak::..



Assalamualaikum n salam sejahtera semua~Untuk entry kali nie,Cik Yeanna nak join segmen dari abang Ben Ashaari tentang kritik-mengkritik blog.. Kalau nak join segmen nie, pergi kat sini : Ben Ashaari


Sebab Cik Yeanna nak blog nie dikritik adalah:


Saya seorang blogger baru, jadi nak tahu la apa kekurangan yang perlu dibaiki dalam dunia blogging nie. Ye lah, mungkin saya dah rasa blog saya nie ok, tapi orang lain tak. So, depends to other people to criticize me and make my blog better. Kritik jangan tak kritik. Cik Yeanna siap menerima kritikan membina anda. Ok? High Five! ^^

p/s : Segmen tutup pukul 10 p.m hari ini. Cepat-cepat! ^^

..::Cute Cursor Blogger::..

Assalamualaikum n selamat pagi to readers~Untuk post yang sebelumnya Cik Yeanna ada buat tuto tentang cara ubah imej/bentuk mouse pointer windows 7 , dan kali nie Cik Yeanna nak buat tuto tentang bagaimana nak ubah cursor kat blog. Yup! Once again, tuto yang rasanya semua dah tau da. Tapi bagus untuk newbie2x macam Cik Yeanna gak. . Ada dua cara yang Cik Yeanna tau iaitu :-

Cara 1


1. Pergi laman nie cursors-4u n cari cursor yang korang suka.
* Yang 'animated' hanya untuk IE ( Internet Explorer ) sahaja. Kalau pakai brower len, tak jadi animated la.

2.  Dah pilih tu, sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

3. Copy code html tu ( Ctrl+C ) n paste ( Ctrl+ V ) kat Html/JavaScript tu.

4. Save n view blog~

Cara 2

1.  sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Then, copy code di bawah n paste kat Html/JavaScript tu. 

<style>body {cursor:url(linkcursor), url(linkcursor), auto;} </style>
<a href="URL BLOG KORANG" target=_blank><div style='height:
50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>
3. Save n view blog~

4. * linkcursor tu gantikan dengan link cursor yang korang pilih.
    * URL BLOG KORANG tu tukar erk.

klik SINI lau nak tengok lagi banyak cursor..

______________________________________________________________

Korang boleh amek nie juga, lau nak :
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1263/1263910yehb7s9vel.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/566/566841kngrgml43z.gif
 http://dl10.glitter-graphics.net/pub/2764/2764610ky00z5jf86.gif
 http://dl.glitter-graphics.net/pub/2675/2675831tdh16z0wtx.png
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1299/1299252s41rowhq4d.gif

Credit to : Cik Nurfarah

15 February 2012

..::Cara Ubah Imej/Bentuk Mouse Pointer Windows 7 ::..

Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh n salam sejahtera semua! Yeew~Nie hari Cik Yeanna nak buat tutorial tentang cara ubah penunjuk tetikus dalam Windows 7. . Walaupun pekara nie dah ramai yang tau n basic, tapi Cik Yeanna tetap nak wat. Haha! Ada aku kesah? Okie dokie, mouse pointer ini juga dikenali sebagai cursor. Haa! Bukan blog je ada tau. So, lets begin the tutorial! ^^


Kalau nak cari mouse pointer sila klik nie [Windows mouse cursor] ..


1 ) Klik Start > Control Panel

2 ) Pastu, taip kata kunci 'mouse' kat search tab tu. ( Bagi memudahkan , takyah nak susah2x nak cari )

3 ) Dah tu, klik ' Change how the mouse pointer looks

klik untuk tumbesaran


4 ) Then, bila keluar satu Mouse Properties windows, klik Pointers tab.

klik untuk tumbesaran
5 ) Klik browse and cari file yang korang save tu.

6 ) Click Apply! Done!

Orait~! Settle. .enjoy! =,=




12 February 2012

..::Teka Teki Teka Tekok::..



assalamualaikum n salam sejahtera u ollz~dah lama tak wat enty..haha! Cik Yeanna tak de idea la nak buat pa, n agak busy kebelakangan ini. Chewah! Btw, jom kita refresh minda kita n cuba jawab teka teki sengal nie. .

Q : Banyak-banyak bangsa dalam alam ini…Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie?
A : Bangsa Melayu daa~pasal boleh makan UBI KAYU, JAMBU BATU, PUCUK PAKU, BELIMBING BESI, IKAN SELAR PAPAN, BUAH KERAS, CILI API dan lain lain lagi~ Hebak2x naa~

Q : Banyak banyak surat ……. surat ape yg tak perlu di jawab??
A : Suratan takdir illahi lahh…(siapa yg nak surat seperti ini?)

Q : Apasal baju Superman Ketat??
A : Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh..

Q : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
A : Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Q : Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
A : Kotak penalti lah.. ngee~

Q : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
A : Lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Q : Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
A : Kerani

Q : Aper dia ….naik cepat….turun lambat….?? ????
A : Hingus larr..

Q : Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
A : Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje.

Q : Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
A : Seluar dalam ler.. haha…

Okie dokie, setakat nie sahaja segmen teka teki teka tekok.. lau nak soal Cik Yeanna pun boleh juga~Hehe. . enjoy!

8 February 2012

..::Segmen 20 Random Question::..

assalamualaikum dan selamat pagi semuanya! ^^ Untuk entry kali nie, memandangkan Cik Yeanna tak tau nak buat post pasal apa so, Cik Yeanna sesaja je la join segmen oleh akak Yana Yani nie.. Boring menghantui fikiran ku n lagipun buat satu bulan nie rasanya Cik Yeanna tak dapat nak online la~Hmffh..=,=


So, lets begin the segmen!

1. Apakah nama kawan baik anda?
= Ramai la~kalau tak terlist ada yang marah pula nanti..Hehe, pakai nama glamor ajelah, -> Pkah, Mamah, Lyn,  Atul, Timah, Alma, Mira, Lina, Fai, Mel, Aini, Nija, Roz, Eya, Mila, Khuz, Aszrena, Sha. -> Aimi, Dorilyn, Zainab, Fatin, Ellisa,n so on~Aiseh. Cik Yeanna ramai kawan ma..

2. Di mana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat?
= Emm, x da kowt.. Semua common je, Haha! Tak nak bagi tau la tu. .

3. Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu?
= Cikgu BM n Maths time menengah rendah~Guru! Takkan ku lupa jasamu..aiseh!

4. Pernahkah anda menyanyi secara LIVE?
= Hehe~suara emas nie..Acap kali mebuat persembahan. Amboi! Macam sedap sangat. Tak banyak sangat la, time nasyid n koir tu selalu la..Hekhek!

5. Apakah bahagian badan yang anda suka?
= Well, saya suka semua! Semua itu ciptaan-Nya n semua nya indah-indah. Ngee~^^

6. Adakah anda suka lebih tandas awam or rumah?
= Asal boleh buang hajat dah cukup la tu kot. Tapi, lebih selesa la kat rumah sendiri, senang sket eden~Tak yah nak control..Hmmfh! =,=

7. Apakah bakat pelik yang anda ada?
= Setakat nie, saya belum lagi menemui bakat pelik yang saya ada, tapi rasanya saya boleh terbang dan halimunan. Haha! Imaginasi melampau~

8. Adakah anda mempunyai lesung pipit?
= Chewah~agak-agak ada tak? kawan Cik Yeanna cakap kalau ada, means itu sebenarnya sel mati? Ye ke? Alamak! Nasib sebelah kanan je~LOLOL. .


9. Apakah perisa kegemaran anda?
= COKLAT! haha~takkan pernah berubah nie.Dari dulu asyik coklat aje. Aiseh~Nasib bukan 'Vanila Coklat'.. :p

10. Pernahkah anda diikat gara-gara anda degil?
= Ish~Mana ada. Cik Yeanna budak baik tau. ( Perasannya haku! ).. Kkk! So far takde.


11. Apakah perkara terakhir yang pernah anda tunaikan?
= Tunaikan apa ek? Tunaikan apa yang perut Cik Yeanna nak? Asyik makan je.. Tunaikan janji? Emm~Agak blur di situ. Huh! Next~!

12. Adakah anda mempunyai lesen?
= Kalau lesen kereta tu takde lagi la~Kalau lesen yang lain ada la. Hehe~Lesen apa tu?

13. Pernahkah anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk?
= Emm, fikir sat na~Pernah ke? Rasanya pernah kot, tu pun sebab tengok iklan yang duk tiga sekawan makan pa ntah duk kat atas awan. Tapi, rasanya Cik Yeanna lebih banyak fikir yang awan tu macam gula-gula kapas. Yumm! Macam nak makan je awan tu.. Haha~Gila apa..


14. Adakah anda keras kepala?
= Jap na! Ketuk kepala nie jap.. Tok! Tok! Emm~rasanya keras gak la.. Cukup untuk memecahkan papan itu. ^________________^

15. Jenis kasut yang anda suka?
= Kasut sekolah boleh? Takpun kasut yang ada lampu n roda tu? Hehe~Kasut yang ringan n stylooo~~

16. -----
= Apa soalan 16 nie? Harap maaf, memang takde dalam senarai..Keke!

17. Adakah anda pernah ke muzium?
= Yup! Cik Yeanna sememangnya pecinta sejarah. Chewah~Dalam sekali je kowt..

18. Binatang paling benci?
= Cik Yeanna sayang semua haiwan! Aiseh~Perasannye Cik Yeanna.. Bukan benci, cuma geli-geli man je..Dan haiwan yang dapat award sebab berjaya menggelikan Cik Yeanna adalah..jeng jeng jeng! Encik Lipas! Tahniah!

19. Adakah terdapat satu tempat anda ingin nak pergi?
= Satu je ke? Banyak tak leh? Hehe~banyak nie tempat nak pergi, but rasanya yang paling nak gi Mekah la..

20. Suka belog nier?
= Belog sape? ntah laa~noob..=,= ( akhirnya, habis juga soalan-soalan cepumas nie. Aiseh! )

Tag : Fai Smf 
        Aqilah Khairri
        Zareliqa Afiqa


Oh ya, kalau korang nak join segmen nie pun boleh juga~Tarak hal! Apa yang perlu dibuat hanyalah :

1. Buat entry
2. Jawab soalan
3. Tag 3 orang




4 February 2012

..::Freebies Header Chibi Rabbit Girl::..

assalamualaikum w.b.t n selamat malam semuanya! ( macam skema pula ayat aku doh =,= ).. Okie dokie, entry kali nie Cik Yeanna nak bagi korang FREEBIES. Freebies? Menatang pa tu? Ok, freebies tu benda atau barang yang diberi secara percuma.Haa! Tak nak benda percuma ke?

Hehe~ Cik Yeanna tak de la pandai sangat nak design-design nie, cuma ye lah just cuba-cuba..Tak salah kan? Sesapa nak rembat header nie, rembat aje lah..Memang untuk korang pun..^^ Tapi sorry la, tak cantik sangat pun, biasa-biasa je..my first time..T_T . Header nie berukuran 800x400 n background transparent..

chibi tu Cik Yeanna dapat dari google image je pun n Cik Yeanna design guna pixlr..

2 February 2012

..::Segmen Jom Blogwalking 100 Follower Ke Bawah::..



assalamualaikum dan selamat malam semuanya! Hehe~Tengah-tengah Cik Yeanna berjogging kat blog-blog tadi, ternampak pula satu segmen nie. Haa! Memandangkan hari nie, mud Cik Yeanna bagus, nak join segmen Jom Blogwalking 100 Follower Ke Bawah. Nie first time, Cik Yeanna join contest2x nie so harap dapat feedback yang baik la..Ngee~>.<

Trimas kepada pembuat contest akak Yana , sebab sanggup buat segmen nie. Hehe~ Kalau korang nak join pun leh juga. Dialu-alukan~


Okie dokie, Cik Yeanna nak tag sapa ek? Em... Nak tag : Vedya , Nahayu

p/s : Hehe~tak tau nak tag sapa lagi daa~=,=

* Update - Segmen dibatalkan.. :'(

1 February 2012

..::Silap Mata Duit Syiling::..

assalamualaikum dan selamat petang semuanya! Haha~lama dah x post entry. Lama ke? X da la lama sangat pun, Cik Yeanna je perasan sorang2x. >.<

Untuk entry kali ni, Cik Yeanna akan bongkar lagi silap mata atau magic yang senang dibuat. Means, bahan untuk buat magik nie senang dicari dan taklah menyusahkan korang. Hehe. .Cuma memerlukan kertas dan duit syiling sahaja untuk membuatkan magik ini berjaya. Dalam entry lepas Silap Mata Matematik , Cik Yeanna ajar mengira dan menolak kan? Hehe~Kali nie, cuma lipat-lipat kertas dan koyak je.. Haa! Tak ke, senang tu?

Okie dokie, lets check it out! ^^

Effect : A coin wrapped in paper. You then tear up the paper - the coin has disappeared!

Secret : Place the coin on the paper, just above the center. Fold the top portion of paper down over the coin. Fold the right side of the paper around to the back. Do the same with the left side. Lastly, fold the bottom portion back. The procedure leaves the bottom edge of the packet open. Hold the paper in your hand and allow the coin to slip into your hand. Tear up the paper and the coin seems to vanished.


kalau nak lebih faham, kat tengok video nie..




p/s : sorry, entry ni dalam English sebab Cik Yeanna malas nak translate ke Melayu. Hehe~lagipun mesti ramai gak yang faham kan, maklumlah bahasa omputih nie dah semakin penting dan banyak diajar gak. Don't forger to try it! ^^
DESIGNED BY CIK YEANNA