PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 January 2012

..::Silap Mata Matematik::..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua! Haha! Semakin rajin Cik Yeanna nak post entry. Biasa blogger baru..Semangat berkobar-kobar. Haha! Opps~blogger? Masih terlalu awal dan mentah..=,=

Btw, hari ni Cik Yeanna nak ajar korang semua tentang silap mata..Haaa~Bukan silap mata macam post Magik Paling Senang tu pula. Kali ini, serius Cik Yeanna nak bagi tahu. Rasanya budak darjah pun boleh buat trik nie, asal pandai matematik la, just tambah dan tolak je pun.

Okie dokie, lets begin our magic trick today! ^^

Peralatan : Kertas, Pen/Pensil

Kesan : Anda menjangkakan jumlah yang dibuat oleh rakan anda.

Rahsia : Tulis nombor 1089 dalam sekeping/secebis kertas, lipat dan letakkan dalam meja anda. Kemudian, tanya rakan/keluarga/orang untuk memilih  apa sahaja tiga digit nombor. Ketiga-tiga digit tersebut mesti berbeza dan nombor pertama mesti lebih tinggi dari yang terakhir. Lepas tu terbalikkan semua nombor dan tulis dibawahnya. Contohnya, dia memilih 983, sekarang dia tulis 389. Nombor yang lebih kecil ditolak oleh nombor yang lebih besar. Ok, tolak nombor tu. ( 983 - 389 = 594 ). Ok, dah dapat jawapannya, kan? Lepas tu, terbalikkan lagi jawapan tadi tu, menjadi 495. Dah tu, kedua-dua nombor itu ditambah. ( 594 + 495 = 1089 ). Buka kertas yang anda tulis pada awal tadi, dan tunjukkan pada orang yang anda tanya tadi. Sama kan, jawapannya..Realitinya, jika pengiraan itu dilakukkan dengan betul, jawapannya akan tetap 1089!


maaf kalau korang tak faham cara Cik Yeanna explain kat korang. kalau tak faham boleh komen. Hehe~trick ne asalnya dalam English, Cik Yeanna translate ke B.Melayu.. Tu pasalah, agak kureng sket. Tapi, rasanya lau tengok gambar dah faham da kot..

Okie dokie, enjoy! Praktikkan~~^^

6 comments:

sabarina shzri said...

wahhhh haha teruja..hehe like like.

Cik Yeanna said...

dah try buat ke? hehe~thanks..^^

Anonymous said...

WAHH BEST..

Unknown said...

best laa trick nie

MAT LAYAN said...

Pilihan nombor yg pasti jd adalah dr 1-9..haruslah 3 angka yg berbeza..jangan ada no 0 dlm pemilihan angka..

MAT LAYAN said...

Pilihan nombor yg pasti jd adalah dr 1-9..haruslah 3 angka yg berbeza..jangan ada no 0 dlm pemilihan angka..

DESIGNED BY CIK YEANNA