22 January 2012
..::6 Tips Penjagaan Laptop::..
assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Kali ni Cik Yeanna akan kongsi post tentang penjagaan laptop. Kenapa kebanyakan laptop cepat rosak, ek? Bateri tak tahan lama? Lembab? Serangan virus? Haa~mungkin ramai yang tak tahu, kadang-kadang apa yang kita buat tu, menyebabkan laptop kita menghadapi masalah seperti di atas. Okie dokie, jom kita baca tips-tips penjagaan laptop. .
1. Jangan Gunakan Laptop Anda Di Katil/Tilam
Elakkan mengguna laptop di katil atau sofa.. Ini kerana jika anda meletakkan laptop di permukaan yang lembut, anda menghalang lubang-lubang udara di bahagian bawah dan laptop tidak boleh menyedut udara untuk disejukkan.
nota: Tempatkan laptop pada permukaan yang keras seperti meja atau cooler.
2.Gunakan Cooling Pad/Cooler/Kipas Laptop
Elakkan laptop anda panas setiap masa. Semakin rendah suhu laptop anda, semakin lama ia akan hidup. Harga cooler nie tak de la mahal sangat, setakat dalam belasan ringgit sahaja. Tak salah beli untuk kepentingan masa hadapan.
3.Dapatkan perisian/software Anti-Virus
Dah banyak da perisian anti-virus nie, tak kira lah yang freeware atau pun yang berbayar. Kalau nak lindungi komputer korang dari kena serangan virus, cepat-cepatlah pasang anti-virus. Bukan pa, silap-silap nanti komputer korang dah tak ley buka, hang semacam. Tak tanggung! hehe~
Contoh Anti-Virus yang tebaik~ (taip kat google lau nak, cik yeanna malas nak sediakan link ) ^^
Antivirus Berbayar Terbaik:
1. BitDefender Antivirus Pro 2011
2. Kaspersky Lab Anti-Virus 2011
3. Trend Micro Titanium Antivirus Plus 2011
4. Avast Pro Antivirus 5
5. Avira Antivir Premium 10
6. Eset Nod32 Antivirus 4
Antivirus Percuma Terbaik:
1. Avast! Home Edition
2. AVG Antivir 2011 Free Edition
3. Bitdefender 2011 Free Edition
4. AVIRA Antivir Home Edition 2011
5. PC Tools Anti-virus 2011
dan sebenarnya banyak lagi anti-virus yang bagus, tapi malas nak list. Hehe.
nota: Jangan lupa update anti-virus tu.
4.Bersihkan skrin laptop dengan betul
Ambil dua tisu, satu dengan air dan satu lagi dibiarkan kering. Lap skrin anda, ok~Kalau mahu lagi senang, beli LCD Cleaners untuk memastikan skrin anda sentiasa berkilat, nampak baru dan tak tercalar. Tak mahal sangat gak pun. Lagipun memudahkan kerja tau, spray2x, lap2x..habis! Cleaner tu pun bukan hanya boleh bersihkan skrin komputer malahan skrin handphone, skrin tv pun ley juga. Tapi lau nak bersihkan badan tak ley la..hehe
5.Guna Windows Optimizer
Windows Optimizer adalah di mana terdapat perisian yang mengoptimumkan sistem Windows anda ke tahap yang terbaik. Means melakukan kerja-kerja pembersihan supaya komputer berjalan dengan lebih lancar dan senang. Cik Yeanna saran pakaiCCleaner la sebab ringan, mudah dan popular.Hehe~ Tapi kalau tak nak pakai CCleaner pun tak pe, ada perisian yang berfungsi hampir sama dengan dia. Contohnya, TweakNow PowerPack, IObit Toolbox, Comodo System Cleaner dan JetClean.
6.Jaga bateri laptop anda
Jangan biarkan laptop dicas sepanjang masa. Nanti meletup tau! hehe.. kalau kurangkan cas latop maka hayat bateri tu boleh bertahan lama. Macam manusia la juga, jangan asyik tension je, nanti stress, bunuh diri .. Kalau nak gunakan dalam masa yang lama, tak ya pakai bateri pun tak pe. Buka je bateri lapop tu, then sambung dengan elektrik. Pemakaian bateri nie untuk masa-masa yang penting je, ok~~kalau setakat dok umah 24 jam, tak yah la, melainkan tak de elektrik kat rumah. .*___*
p/s: Banyak blog buat 10+ tips, tapi Cik Yeanna buat 6 tips je. Kedekut ke apa? Hehe.Bagus la, dari tak de kan? Sharing is caring! ( I'm a caring person ) ^^
credit to My Hackers Are Here for the list of Best Antivirus 2011. .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment