PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 April 2012

[Tutorial] Lajukan Loading Page Blog Anda

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Isnin~

Dalam entry kali nie, Cik Yeanna dengan senang hatinya nak buat tutorial. Yea lah, dah lama dah Cik Yeanna tak buat tutorial..mesti ramai readers kecewa bila tengok page tutorial yang tak berapa sangat lah nak tuto pasal blogger/blogspot. . Hehe! Sorry..

Ok, kebanyakan korang nie mesti rajin blogwalking kan? Time blogwalking tu bermacam lah blog korang bukak. Ye lah, nak tambah ramai follower..Hehe. 

But, tengah korang asyik buka tab yang banyak tu, tentu lah line internet terasa sedikit kelembapannya. Means, ada segelintir blog berjalan tahap kura-kura. Jadi, anda dengan berat hatinya terpaksa jugalah close blog yang lambat loading tu. Tak jadi nak bw kat sana. 


So, bagaimana kalau blog yang ditutup itu blog anda? Blog yang berjalan tahap kura-kura. Mesti tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak blog anda di close bukan? if yes, anda kena lajukan loading page blog anda.

Bagaimana caranya? Yaa! That's the point! Kebanyakan blog lambat loading disebabkan oleh widget yang banyak sangat. So, first korang kena buang or delete widget-widget yang korang rasa tak penting pun. 

Ok, dah buang dah? And still, korang rasa blog anda masih lambat? No problem, semudah sifir 2x2 korang hanya perlu :

1. Sign In >> Design >> Edit HTML >> Klik Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl + F pada keyboard, ( tekan serentak tau ) then taip </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.


<script charset="utf-8" type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js">// <![CDATA[
<script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});
// ]]></script>


contoh :



3. Seterusnya, klik Save Template.

Finish! Dah siap.. Korang boleh View Blog dan lihat perbezaanya. Sebelum itu, kalau korang nak tengok kelajuan blog berapa boleh ke Website Speed Test atau ke 10 Website Memeriksa Kelajuan Blog .

p/s : Credit to AzizulAzami dotCom.

20 April 2012

[Download] Jom Belajar Bahasa Korea!



Assalamualaikum and helloo readers!

Seiring dengan K-Pop fever yang telah melanda dunia dewasa ini, pasti ramai yang terkinja-kinja bersemangat nak belajar bahasa Korea kan. Golongan Kpoperz dah semakin ramai dah kat Malaysia nie. Tak kurang juga yang nak melawat ke Korea sama ada ingin bercuti ataupun melanjutkan pelajaran kat sana. Tak salah kan belajar bahasa? Ilmu tau nie..Pepatah Cina ada menyebut "Learning is a treasure that will follow its owner everywhere".

So, kali ni Cik Yeanna nak share software learning language bahasa Korea. Haa! Malas nak buka kamus? Declan Software Learn Korean ada jawapannya..

Declan Software ni adalah Language Learning Software. Boleh belajar bahasa Korean, Japanese, French, Arabic dll. Untuk maklumat lanjut tentang Declan Software boleh klik SINI .

Kat Declan Software Learn Korean ada lima program shareware. Lima software tersebut ialah :

Korean FlashCards
Korean HakGyo
ReadWrite Korean
Korean Dictionary
WordFile Creator Pro


snapshot Korean HakGyo

snapshot Korean Dictionary


Korang boleh belajar tulisan Hangul, grammar, tense, vocabulary, pronounciation dan banyak lagi laa..So, straight to the point boleh klik link-link tersebut. *Klik satu link je ye, cik Yeanna bagi pilihan banyak2 kot-kot nanti ada link yang mati.


Link 1 : Declan Software Learn Korean  (yang nie link site yang official punya, trial 15 days)
Link 2 : Declan Sofware  (nie link 4shared, cik Yeanna upload. ada keygen, means boleh register tapi kadang2 komputer akan detect virus kat keygen tu so tak tanggung risiko ye.. virus tu tak bahaya juga, jangan risau. Lagi satu, yang nie hanya ada 4 program je, takde WordFile Creator Pro)
Link 3 : Declan Software Korean (yang nie, hampir sama je dengan link 2, cuma bezanya cik Yeanna dah transferkan serial number nya, dalam bentuk notepad (.txt). means, tak detect virus la..selamat sikit )


One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way.
‒ Frank Smith-


p/s : kalau nak tukar languange keyboard jadi hangul/korea sila tengok tuto ini ---> Cara Ubah Language Keyboard Windows 7

-entry ini telah diupdate semula pada 10 Mei 2013..

16 April 2012

10 Ayat-Ayat Cinta Part 1

Assalamualaikum dan salam Isnin semua! Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman..^^



Okay, entry kali ini bertajuk Ayat-Ayat Cinta Part 1. Maaflah, terpaksa buat part by part sebab masa agak jeles. So, antara reader-reader nie mesti ada yang tengah bercinta, dilamun cinta dan putus cinta. Ehem, cinta bukan hanya pada bf atau suami sahaja ok. Kepada Tuhan, Rasul, Nabi, Ibu Bapa, Keluarga and so on..Cinta ini universal. <-- *Tu dya, nak jadi Dr.Love lah tu..wueeek!

Maka, di sini Cik Yeanna kongsi sajalah madah-madah cinta dari sebuah buku kepunyaan Cik Yeanna sendiri. Bukan Cik Yeanna yang cipta tau, editor buku tu yang buat. Macam orang Sabah, cakap " Bah, kau tinguklah sendiri, ada di bawah ani"..

Cinta itu tidak pernah meminta tetapi cinta sentiasa memberi.

Jangan sesekali menyatakan cinta kamu kepada seseorang kemudian kamu berubah fikiran. Cinta bukanlah seperti memilih filem mana yang hendak ditonton.

Janganlah kamu mencari perhatian seperti seekor ular hijau yang mendengus-dengus. Mungkin kamu akan mendapat perhatian tetapi perhatian itu akan berbeza daripada perhatian cinta yang kamu inginkan.

Cinta itu kuat dan mempersonakan tetapi cinta juga kuat untuk mematahkan jiwa.

Cinta itu sangat obsesi, semua orang inginkannya, semua orang mencarinya, tetapi hanya sedikit orang yang mampu memperolehnya, iaitu orang-orang yang berjaya mengharagainya kemudian terleka dengannya, dan banyak juga yang tidak pernah melupakannya.

Cinta yang sejati umpama api abadi. Selalu terbakar, tidak pernah sakit, dan tidak pernah tua serta tidak pernah mati. Tidak pernah juga berpaling.

Apabila kita perlukan teman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kita akan menjauhinya. Dan jangan pula kerana kebaikannya, kerana satu keburukan, kita akan membencinya.

Lelaki yang soleh ialah lelaki yang menyintai wanita kerana ingin menjadi tempat untuk wanita itu mendapat pahala ke syurga.. Lelaki yang baik ialah lelaki yang melafazkan cinta dengan akad pernikahan dan mahar ke syurga.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

15 April 2012

Fakta Tentang Fast Food Part 1

Assalamualaikum dan salam ceria uuools!



Bertemu buat pertama kali dalam segmen kesihatan bersama Dr.Yeanna pada petang Ahad kali ini. *Hehe~Perasannya nak jadik doktor. Belajar takat SPM je pun..

Okay-okay, stop dengan angan-angan tu, kali nie Cik Yeanna nak post tentang FAST FOOD atau makanan segera. Yup! Sememangnya dalam era modensasi lagi canggih ini, manusia semakin sibuk dan malas nak balik rumah masak. Lagi senang dail nombor pesan je fast food. Takpun pergi la kat francais berdekatan KFC ker, McD ker, BurgerKing ker senang je dapat. Sedap lak tu! Hehe..Macam promote je..

Baiklah, tahukah anda? Bahawa makanan segera itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai makanan. What? Habis nak panggil apa kalau bukan makanan? Ok, rilek dulu jangan mengelabah. Ini kerana mostly fast food pakai bahan pewarna tiruan dan merupakan bahan kimia yang berbahaya. Means, kalau dah terlalu banyak sangat bahan kimia masuk dalam badan kita, organ-organ dalam badan kita akan rosak. 

Selain itu, fast food juga ada bahan perasa seperti gula. Ingat! Bukan gula pasir yang macam kat dapur tu, tapi gula tiruan seperti sucralose, saccharine, cyclamate, acesulfame-k, dan gula paling glamor gula aspartame.  Gula tiruan aspartame ini adalah hasil gabungan 50% phenylalanine (amino acid), 40% aspartic acid (an amino acid) dan 10% methanol (alkhohol @ bahan nyah cat). Antara produk makanan yang mengandungi gula tiruan ini termasuklah pepsi dan coca-cola. Dalam pada itu, tahukah anda bahawa gula tersebut adalah dua puluh kali ganda manis daripada gula pasir kat rumah tu.. What? Kalau korang nak tahu macam mana, try la buat minuman dan letak 20 sudu gula kat minuman tu. Dah jadi air gula dah tu.. Ish! Tak sanggup Cik Yeanna nak minum? Korang? Sanggup?

Ok, antara keburukan pengambilan gula secara berlebihan ini ialah :

1. Menyebabkan kegemukan yakni obesity. Ini kerana gula fruktosa dari minuman berkarbonat tersebut contohnya coke akan bertukar menjadi LEMAK.

2. Otak akan menjadi lembab. Haa! Asyik blur dan lembab lah otak tu. Bukan gara-gara makan makan semut je boleh lembabkan malahan minum minuman berkarbonat pun boleh menyebabkan otak tu  lambat sikit.Ini disebabkan oleh gula tersebut akan mencuri oksigen dalam otak tu. Also, membuatkan kita cepat mengantuk. Habis mengantuk buat apa? Tido lah kan? Dah makan tidur makan tidur memang gemuk dan lembab la jadinya. Migrain dan sakit kepala pula boleh datang tau..

3. Menyebabkan tulang cepat reput iaitu Osteoporosis (kerapuhan tulang). Untuk makluman, kerapuhan tulang bukan hanya untuk orang golongan warga emas ok.. Umur 20-an boleh kena juga. So, jaga tulang anda! * Minum Anleen ok ke?

4. Kerosakan dan kakisan pada gigi

5. Menyumbang kepada penyakit jantung. 

6. Tekanan emosi dan mudah meradang. 

7. Boleh membuatkan buah pinggang anda rosak. Haa, kalau dah rosak macam mana lah nak tapis bahan-bahan yang perlu dibuang tu kan? Terpaksa pakai saluran atau ho.. Sanggupkah anda?

Baiklah, itu sahaja untuk entry kali nie, kalau ada yang salah tolong perbetulkan. so, bertemu kita akan datang pada segmen yang sama, insya-Allah hari yang sama, dengan tajuk Fakta Tentang Fast Food Part 2.

p/s : penulisan ialah hasil daripada taklimat pemakanan kesihatan, dan sedikit research di internet.

5 April 2012

Khidmat Negara??



  Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! ~.^ Whoa! Dah lama tak buat entry..Entahlah, otak rasa beku kebelakangan ini..Tak tahu nak post apa daa~So, bulan April dah datang da..Cepatnya masa berlalu, aigoo~Sedar tak sedar, semakan untuk panggilan kumpulan Kumpulan 2 Siri 9/2012 ke plkn telah pun dibuka..PLKN? Rasa seram je nak masuk tapi dalam masa yang sama rasa best la pula..Ye lah, nak timba pengalaman baru, cari kawan-kawan baru dan pakwe baru..Eh, salah! Just pengalaman n sahabat baru..No cintan cintun..

    So, straight to the topic semalam Cik Yeanna check online la kat web khidmat negara . Berdebarnya hati, nak check tu. Takut-takut dapat kumpulan 3..Tapi, alhamdulillah doa dimakbulkan. Cik Yeanna dapat masuk PLKN Kumpulan 2..Hehe~Syukur.. Penempatan pun kira ok jugalah, ramai sahabat dapat kat sana juga..^^

     Pada yang dapat plkn kumpulan 2 tu, siapkan lah diri okay..Pada yang dapat kumpulan 3, jangan bersedih tentu ada hikmah disebaliknya. Pada yang bekas pelatih plkn tu, kalau ada yang perkongsian pengalaman atau nasihat silakan jangan segan-segan komen entry nie. Akan dibalas dengan rasa senang hati oleh Cik Yeanna..Hehe~ =)

    Itu sahaja untuk entry kali nie..Maaf, penulisan tak bagus sangat..Macam boring je.ㅋㅋㅋ!

p/s : Nampaknya, berhabuk lagilah blog ne..3 bulan tak dah bersihkan..Isk..isk..

*update

Download .pdf--> Special Guide book to survive during PLKN
credit to : facebook 2011 SPM Tips/Ramalan/Soalan Bocor
DESIGNED BY CIK YEANNA