Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 2

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam 1 ummah! Orait, bertemu lagi kita dalam entry Kolej Matrikulasi, tapi kali nie PART 2 pula..Cik Yeanna ada dapat request, yang cadangkan agar buat tentang senarai barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi. So, terima kasih daun keladi  pada adik Vivi Farhana yang cadangkan..



Truthfully, cik Yeanna pun tak tau nak list apa, sebab dulu cik Yeanna main hentam kromo juga bawa barang ke sana. But, for all of u adik adik yang cute, cik Yeanna cuba listkan. Kalau tak lengkap, sila tanya pak cik google ye..^^v

Pakaian
❤ Baju kurung/jubah/blouse - yang nie boleh bawa dalam 5 pasang gitu. Kena pakai time kuliah
❤ T-shirt berkolar - kalau yang tak pakai tudung, bila korang outing/keluar ke bandar kena pakai baju berkolar
❤ T-shirt biasa/muslimah - yang nie tak kira la nak pakai time bila, nak gi ke kafe ke, surau, kelas malam or whatever.
❤ Skirt/seluar slack/track/jeans - yang nie, suka hati korang la nak pakai bila.
❤ Baju tidur - haa! lantak korang lah nak pakai apa time tidur.
❤ Sweater - mana tahu korang tetiba rasa sejuk kan. Time hujan2x, memang ramai yang pakai.
❤ Dress - kat Matrik, setiap satu sem akan diadakan 'dinner' bagi mereka yang ambil subjek  Kemahiran Dinamika, so korang akan ber'dinner' kat hotel. Nak pergi dinner nie tak wajib.


Kasut
❤ Kasut sukan
❤ Selipar tandas
❤ Sandal/flip flop 
Kasut kuliah - warna hitam, bertutup, dan tak tinggi sangat. 

contoh kasut kuliah





Tudung
❤ Tudung bawal/syria/ariani/etc - tak kisah la fesyen tudung apa, bawa je yang korang nak. tapi at least, kena ada warna hitam.
❤ Kerongsang/pin/brooch


Kerohanian
❤ Telekung
❤ Sejadah
❤ Al-Quran atau tafsir   


Lain-lain
❤ bedsheet/cadar tilam/sarung bantal - katil adalah saiz single ye. bantal yang dibekalkan hanya satu
❤ selimut
❤ bantal busuk? teddy bear? - yang nie, ikut korang la nak bawa ke tak
Minyak angin, ubat-ubatan
❤ Kunci Mangga - yang nie beli yang kecil je, cukup untuk kunci loker korang. tak payah la bawa yang gedabak yer..^^
❤ pengetip kuku - time nak mendaftar kena pastikan kuku pendek. biasalah, kena lah kemas kan
❤ Tuala
❤ Kain batik/pelikat - untuk mandi la yer..
❤ Dokumen yang Matrik suruh bawa like IC, surat beranak, dll


Barang yang korang boleh beli kat sana :
- Haa! barang barang macam nie tak payah nak bawa dari rumah. Kat Labuan boleh beli. And ada certain-certain barang jual kat matrik time MPPB/orientasi pelajar. Tapi, kalau nak bawa dari rumah pun, boleh juga. ikut korang la yerr..

Laundry
❤ Baldi, gayung.
Hanger, penyepit baju
Sabun basuh pakaian, softener, berus
Bakul kecil untuk letak sabun, shampoo,etc..


Makan!
❤ Mangkuk
❤ Pinggan
❤ Sudu, garfu  
❤ Mug, gelas
❤ Sabun cuci pinggan  

Alat tulis
❤ Test pad, kalkulator, A4 Paper, gunting, etc...
  
Barangan elektrik seperti laptop, seterika, cerek elektrik boleh je bawa. Tak de masalah pun. Tapi kalau bawa rice cooker tu tak jamin la. Memang dilarang bawa, but ada juga lah pelajar yang tetap berkeras nak bawa. Kena tanggung risiko lah.Tentang spot check, kat asrama perempuan jarang je buat, tapi kat asrama lelaki rajin la pula felo buat. 

Kat Matrik juga, barangan seperti kot makmal dan baju koko ( 2 pasang ) akan diberikan. So, tak payah risau korang nak pakai apa time kokurikulum. Then, Matrik Labuan juga ada memberikan gift kepada pelajar-pelajarnya, untuk perempuan diberikan shawl/selendang. For guys pula, kena bagi necktie.

Oh ya, kat Labuan nie ada masalah air lah juga. Tapi jarang dah la. Dulu Cik Yeanna tinggal kat Madani D, adalah dalam seminggu tu blok kami takde air. Parah tak parah, kena hadapi juga. Jangan sampai tak mandi pula tau! Masalah takde elektrik tu, kadang kadang je, jarang sangat. Sekali dua je, tu pun kat Karisma A. Hehe..

Orait, tu saja buat entry kali nie, maaf lah sekiranya banyak kekurangan, tak detail, cik Yeanna mengarut, mianhae! Nantikan PART 3 pula..

update : Part 1 
             Part 3

53 comments:

Vivi Farhana said...

Yeahh, thanks a lot kak! sangat-sangat membantu. I will be your pembaca setia, Hihi saya menanti yang part 3 punya, terima kasih :)

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana ok, sama-sama dik. Maaflah, kalau entry tak sebagus yang diharapkan. Orait, jangan lupa nantikan. All the best 4 matric!

Vivi Farhana said...

okey bah,kak. sangat membantu..ewahh, kak ada nak tanya ni, sebelum pi matrix perlu buat medical check up lagi? hewhew :)

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana tak perlu buat..

Vivi Farhana said...

Okay, thanks kak :)

Maruko chan said...

salam...kak peraturan kat KML tu ketat sgt ka?? n kalu pakai skirt ..baju kena kemeja berkolar?? tak leh baju lain...or blouse biasa...peplum ke...hehehe...

Anonymous said...

cemana cara akak belajar kat sana ? akak ambik modul brapa ? kasut ble tak yang jenis kain tp flat shoes la , mcm jenama toms tu ? hehe . thanks kak

Anonymous said...

bole tak pakai jeans kat sana ? means kalw nak pegi outing ?

Cik Yeanna said...

@Maruko chan tak adalah nak ketat sangat, but time first-first sem, better ikut peraturan.. time dah habis mid sem, baru ramai yang mula nak langgar.. kalau pakai tudung, tak apa lah kot, sebab tak nampak kolar kan.. tapi kalau tak pakai tudung, tak pernah pula akak tengok takde kolar..

Anonymous said...

soalan saya ?

NAJ said...

sis. boleh x gna balik buku tahun lalu untuk tahun ni? mksudnya gna buku batch 2011/12 for batch 2013/14?

Cik Yeanna said...

@Anonymous yang mana satu ek? maaf..hehe

Cik Yeanna said...

@NAJ boleh je.. tapi, tengok syllabus la juga, sebab ada certain subjek yang dah tukar syllabus. tapi, tak banyak sangat lah tukar..

Anonymous said...

yg soalan dr anon la . hikhok ;)

Maruko chan said...

hehehe...trima kasih kasih kak...hurm..nak tanya kak ..apa pantang larangyg x leh buat kat asrama??? kalu x nak d ganggu benda halus???? hehehe.. ^_^

Cik Yeanna said...

@Anonymous hehe~maaf..boleh rujuk part 3 :)

@Maruko chan sama-sama.. pantang larang? ek? takde la kot.. KML bukan tempat 'keras'.. tapi, adalah juga pernah sem satu dulu kes-kes diganggu makhlus halus.. bergantung pada diri kita juga sebenarnya..

Vivi Farhana said...

Kak yeanna, biasanya masa orientasi tu pakai baju apa erk>? hihi

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana pakai buku kurung bagi perempuan..hehe

Anonymous said...

Kak yeanna, jeans bole pakai? :)

Cik Yeanna said...

@Anonymous tak boleh..tapi, time sem 2, ada je yang pakai..

Anonymous said...

Salamm. Akak. Orientasi nnty ny lasak kahh? Mcm always rushing gitu. Brapa hri orientasi?

Enyra Azyra said...

salam, sy ingin bertanya, kalau keluar outing pelajar bertudung still kene pakai baju berkolar ke? atau hanya yg free hair shj? tq :)

Katheza Kyaseza said...

Hello,saya nak tanya.Kalau perempuan Islam boleh tak pakai blouse dengan skirt panjang ke kuliah selain baju kurung?Ada tak yg pakai macam nie?

Anonymous said...

Kak,free hair bole kew??

Cik Yeanna said...

@Anonymous1 waalaikumsalam..rush la juga. lasak x lasak bergantung pada fasilitator yang urus kamu. Orientasi satu minggu je..

@Enyra Azyra waalaikumsalam.. kalau bertudung, tak payah lah berkolar. tak nampak juga kan.

@Katheza Kyaseza Hai..Boleh je..

@Anonymous2 Boleh je..

Anonymous said...

Kak Yeanna,this entry really helps a lot....still nk tnya,tyme bila jew bole pkai jeans??lain soaln,klw plajar islam free hair,ade x kna tegur dgn lecturer or senior2 kt sna??

Cik Yeanna said...

@Anonymous Sebenarnya, mengikut peraturan jeans tak dibenarkan bila2 pun.. Tapi, ada juga student yang still pakai time outing. So, bergantung pada kita juga. Kalau nak pakai, pakailah time sem 2 nanti ke, kan dah 'otai' sket..hehe

x da.. kalau subjek agama Islam ajelah yang kena pakai tudung..

Emelda Azia said...

Salam,, hehe kakak...nak tnya sikit..kalau iron baju tu, kita kena bwa dri rmah?? or disediakan ka?? tempat iron plak disediakan ka?? terima kassih :)

Cik Yeanna said...

@Emelda Azia waalaikumsalam.. terpulang dari adik je, nak bawa dari rumah or beli kat Labuan je..iron dan tempat iron tak disediakan. sama2..:)

Aimi Athifah said...

salam :) kak nak tanya, kalau kita dapat tawaran MARA b4 dftar but suda bayar yuran, kita bole tuntut ka yuran di bsn tuh?? and kalau boleh, caranya cammna?? :)

Cik Yeanna said...

@Aimi Athifah waalaikumsalam.. hehe..tak taulah dik.. cuba tanya pengurusan..

Pwyncesz_ Qylla~ said...

Salam kak yaenna ^.^ kat sana peraturan pakaian dye ketat ke?cth mcm nk pkai tdung kne ttp dada ke,x boleh pkai seluar or bju ketat sikit ke..hehe n boleh freehair ke utk pelajar islam.n klu yg pkai tdung kne pkai tshirt berkolar jgk ke?nk outing pkai bju apa? Tq sis,this entry really helps me :D

Lavender Liew said...

boleh dye hair kah?

Cik Yeanna said...

X boleh.. klau nak juga, take ur own risk..

Anonymous said...

Akak , sluar slack tu perlu bwak ka ? ada aktiviti yg mmerlukan kitorg perempuan pkai sluar slack ke ? hrp bls . thanks .. hehe ..

Anonymous said...

Assalam . Utk yg ambil peakaunan , pembelajarannya menggunakan bhsa apa ? , bahasa melayu tw english ? . tq :)

Jasniah Jamil said...

akak , kasut sukan wajib tak ? kasut hitam polos x bole ?

Jasniah Jamil said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wajib ka guna baju T berkolar tym outing ?? kalau tiada ?? dkenakn tidakn ka ?

Anonymous said...

wajib ka guna baju T berkolar tym outing ?? kalau tiada ?? dkenakn tidakn ka ?

Anonymous said...

hmm tshirt berkolar lengan panjang tu bila digunakan ?

Anonymous said...

kalau pakai skirt dan bertudung tp baju tidak berkolar bolehkah ?

Ji said...

Assalam kak , bole tak kalau ppuan x pkai kasut yg mcm akak post tu. pakai kasut can coverse ka, bole tak ?

Cik Yeanna said...

@Jierr.. not sure la dik. tapi rasanya ok je. lecturer tak nampak sangat kot. kalau ada majlis formal je lah biasanya baru pakai.

Chia Jdt said...

Ermm.. hai kak.. kalau pakai flat shoes yang bertutup boleh x ?

Cik Yeanna said...

@Chia Jdt hai~! boleh2..

Maidzatul Amanina said...

Assalam.. Hai kak yeanna. Klau pmpn pkai wedges brtutup 3 inch boleh x?

Cik Yeanna said...

@Maidzatul Amanina waalaikumsalam. wow~! tingginya. emm. entahlah dik, x sure juga. tapi rasanya tak boleh lebih 1 inch.

Maidzatul Amanina said...

XD hehehe. Oke thanks kak. Mmg stiap thun lpas orentasi ada cti smnggu?

agnescilla said...

Hye,akak...kalau pakai cover shoes yg jenis nya kain bole tak?

Cik Yeanna said...

@agnescilla boleh rasanya.

Myza said...

Akak,

1.msa 'koko' tu wat apa ja ? dia mcm skolah jga ka ada kelab persatuan smua tu atau mcm mna?

2.And maths dia mcm mna? Senang ke susah?Ada mcm addmath tak?

3.setiap hri klas mmg tak boleh pkai dress ke cane? mksud sya msti pkai bju formal? Klau dress2 pula bila boleh pkai? mcm jeans gitu..

4. ada waktu prep tak? hehe^^

5. Akak ada ckp klay social web tak boleh buka kecuali bypass.. laptop atau phone,..atau kedua-duany skali??

Cik Yeanna said...

@Myza

1. yup. bergantung pada kokum adik la ambil apa. Kokurikulum dah ditentukan oleh pentadbiran, means satu kelas akan dapat subjek kokum yang sama. Contoh, badminton.

2. Yup. yang pastinya lagi advance dari high school. But, don't worry. Your lecturer will always be there help you and plus you got tutorial class too.

3. Hmm.. susah sikit nak cakap ni. sebab peraturan matrik dah banyak berubah. Tapi, mengikut pemerhatian akak, peraturan kat matrik makin ketat. So, better stay formal. :)

4. No. Dari adik la nak study ke x.

5. Never tried one before. Cuma pernah try kat komputer library je. Akak x sure sekarang macam mana.

DESIGNED BY CIK YEANNA