Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam 1 ummah! Orait, bertemu lagi kita dalam entry Kolej Matrikulasi, tapi kali nie PART 2 pula..Cik Yeanna ada dapat request, yang cadangkan agar buat tentang senarai barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi. So, terima kasih daun keladi pada adik Vivi Farhana yang cadangkan..
Truthfully, cik Yeanna pun tak tau nak list apa, sebab dulu cik Yeanna main hentam kromo juga bawa barang ke sana. But, for all of u adik adik yang cute, cik Yeanna cuba listkan. Kalau tak lengkap, sila tanya pak cik google ye..^^v
Pakaian
❤ Baju kurung/jubah/blouse - yang nie boleh bawa dalam 5 pasang gitu. Kena pakai time kuliah❤ T-shirt berkolar - kalau yang tak pakai tudung, bila korang outing/keluar ke bandar kena pakai baju berkolar
❤ T-shirt biasa/muslimah - yang nie tak kira la nak pakai time bila, nak gi ke kafe ke, surau, kelas malam or whatever.
❤ Skirt/seluar slack/track/jeans - yang nie, suka hati korang la nak pakai bila.
❤ Baju tidur - haa! lantak korang lah nak pakai apa time tidur.
❤ Sweater - mana tahu korang tetiba rasa sejuk kan. Time hujan2x, memang ramai yang pakai.
❤ Dress - kat Matrik, setiap satu sem akan diadakan 'dinner' bagi mereka yang ambil subjek Kemahiran Dinamika, so korang akan ber'dinner' kat hotel. Nak pergi dinner nie tak wajib.
Kasut
❤ Kasut sukan ❤ Selipar tandas
❤ Sandal/flip flop
❤ Kasut kuliah - warna hitam, bertutup, dan tak tinggi sangat.
contoh kasut kuliah |
Tudung
❤ Tudung bawal/syria/ariani/etc - tak kisah la fesyen tudung apa, bawa je yang korang nak. tapi at least, kena ada warna hitam. ❤ Kerongsang/pin/brooch
Kerohanian
❤ Telekung❤ Sejadah
❤ Al-Quran atau tafsir
Lain-lain
❤ bedsheet/cadar tilam/sarung bantal - katil adalah saiz single ye. bantal yang dibekalkan hanya satu
❤ selimut
❤ bantal busuk? teddy bear? - yang nie, ikut korang la nak bawa ke tak
❤ Minyak angin, ubat-ubatan
❤ Kunci Mangga - yang nie beli yang kecil je, cukup untuk kunci loker korang. tak payah la bawa yang gedabak yer..^^
❤ pengetip kuku - time nak mendaftar kena pastikan kuku pendek. biasalah, kena lah kemas kan
❤ Tuala
❤ Kain batik/pelikat - untuk mandi la yer..
❤ Dokumen yang Matrik suruh bawa like IC, surat beranak, dll
Barang yang korang boleh beli kat sana :
- Haa! barang barang macam nie tak payah nak bawa dari rumah. Kat Labuan boleh beli. And ada certain-certain barang jual kat matrik time MPPB/orientasi pelajar. Tapi, kalau nak bawa dari rumah pun, boleh juga. ikut korang la yerr..Laundry
❤ Baldi, gayung.
❤ Hanger, penyepit baju
❤ Sabun basuh pakaian, softener, berus
❤ Bakul kecil untuk letak sabun, shampoo,etc..
Makan!
❤ Mangkuk❤ Pinggan
❤ Sudu, garfu
❤ Mug, gelas
❤ Sabun cuci pinggan
Alat tulis
❤ Test pad, kalkulator, A4 Paper, gunting, etc...Barangan elektrik seperti laptop, seterika, cerek elektrik boleh je bawa. Tak de masalah pun. Tapi kalau bawa rice cooker tu tak jamin la. Memang dilarang bawa, but ada juga lah pelajar yang tetap berkeras nak bawa. Kena tanggung risiko lah.Tentang spot check, kat asrama perempuan jarang je buat, tapi kat asrama lelaki rajin la pula felo buat.
Kat Matrik juga, barangan seperti kot makmal dan baju koko ( 2 pasang ) akan diberikan. So, tak payah risau korang nak pakai apa time kokurikulum. Then, Matrik Labuan juga ada memberikan gift kepada pelajar-pelajarnya, untuk perempuan diberikan shawl/selendang. For guys pula, kena bagi necktie.
Oh ya, kat Labuan nie ada masalah air lah juga. Tapi jarang dah la. Dulu Cik Yeanna tinggal kat Madani D, adalah dalam seminggu tu blok kami takde air. Parah tak parah, kena hadapi juga. Jangan sampai tak mandi pula tau! Masalah takde elektrik tu, kadang kadang je, jarang sangat. Sekali dua je, tu pun kat Karisma A. Hehe..
Orait, tu saja buat entry kali nie, maaf lah sekiranya banyak kekurangan, tak detail, cik Yeanna mengarut, mianhae! Nantikan PART 3 pula..
Part 1
Part 3
55 comments:
Yeahh, thanks a lot kak! sangat-sangat membantu. I will be your pembaca setia, Hihi saya menanti yang part 3 punya, terima kasih :)
@Vivi Farhana ok, sama-sama dik. Maaflah, kalau entry tak sebagus yang diharapkan. Orait, jangan lupa nantikan. All the best 4 matric!
okey bah,kak. sangat membantu..ewahh, kak ada nak tanya ni, sebelum pi matrix perlu buat medical check up lagi? hewhew :)
@Vivi Farhana tak perlu buat..
Okay, thanks kak :)
salam...kak peraturan kat KML tu ketat sgt ka?? n kalu pakai skirt ..baju kena kemeja berkolar?? tak leh baju lain...or blouse biasa...peplum ke...hehehe...
cemana cara akak belajar kat sana ? akak ambik modul brapa ? kasut ble tak yang jenis kain tp flat shoes la , mcm jenama toms tu ? hehe . thanks kak
bole tak pakai jeans kat sana ? means kalw nak pegi outing ?
@Maruko chan tak adalah nak ketat sangat, but time first-first sem, better ikut peraturan.. time dah habis mid sem, baru ramai yang mula nak langgar.. kalau pakai tudung, tak apa lah kot, sebab tak nampak kolar kan.. tapi kalau tak pakai tudung, tak pernah pula akak tengok takde kolar..
soalan saya ?
sis. boleh x gna balik buku tahun lalu untuk tahun ni? mksudnya gna buku batch 2011/12 for batch 2013/14?
@Anonymous yang mana satu ek? maaf..hehe
@NAJ boleh je.. tapi, tengok syllabus la juga, sebab ada certain subjek yang dah tukar syllabus. tapi, tak banyak sangat lah tukar..
yg soalan dr anon la . hikhok ;)
hehehe...trima kasih kasih kak...hurm..nak tanya kak ..apa pantang larangyg x leh buat kat asrama??? kalu x nak d ganggu benda halus???? hehehe.. ^_^
@Anonymous hehe~maaf..boleh rujuk part 3 :)
@Maruko chan sama-sama.. pantang larang? ek? takde la kot.. KML bukan tempat 'keras'.. tapi, adalah juga pernah sem satu dulu kes-kes diganggu makhlus halus.. bergantung pada diri kita juga sebenarnya..
Kak yeanna, biasanya masa orientasi tu pakai baju apa erk>? hihi
@Vivi Farhana pakai buku kurung bagi perempuan..hehe
Kak yeanna, jeans bole pakai? :)
@Anonymous tak boleh..tapi, time sem 2, ada je yang pakai..
Salamm. Akak. Orientasi nnty ny lasak kahh? Mcm always rushing gitu. Brapa hri orientasi?
salam, sy ingin bertanya, kalau keluar outing pelajar bertudung still kene pakai baju berkolar ke? atau hanya yg free hair shj? tq :)
Hello,saya nak tanya.Kalau perempuan Islam boleh tak pakai blouse dengan skirt panjang ke kuliah selain baju kurung?Ada tak yg pakai macam nie?
Kak,free hair bole kew??
@Anonymous1 waalaikumsalam..rush la juga. lasak x lasak bergantung pada fasilitator yang urus kamu. Orientasi satu minggu je..
@Enyra Azyra waalaikumsalam.. kalau bertudung, tak payah lah berkolar. tak nampak juga kan.
@Katheza Kyaseza Hai..Boleh je..
@Anonymous2 Boleh je..
Kak Yeanna,this entry really helps a lot....still nk tnya,tyme bila jew bole pkai jeans??lain soaln,klw plajar islam free hair,ade x kna tegur dgn lecturer or senior2 kt sna??
@Anonymous Sebenarnya, mengikut peraturan jeans tak dibenarkan bila2 pun.. Tapi, ada juga student yang still pakai time outing. So, bergantung pada kita juga. Kalau nak pakai, pakailah time sem 2 nanti ke, kan dah 'otai' sket..hehe
x da.. kalau subjek agama Islam ajelah yang kena pakai tudung..
Salam,, hehe kakak...nak tnya sikit..kalau iron baju tu, kita kena bwa dri rmah?? or disediakan ka?? tempat iron plak disediakan ka?? terima kassih :)
@Emelda Azia waalaikumsalam.. terpulang dari adik je, nak bawa dari rumah or beli kat Labuan je..iron dan tempat iron tak disediakan. sama2..:)
salam :) kak nak tanya, kalau kita dapat tawaran MARA b4 dftar but suda bayar yuran, kita bole tuntut ka yuran di bsn tuh?? and kalau boleh, caranya cammna?? :)
@Aimi Athifah waalaikumsalam.. hehe..tak taulah dik.. cuba tanya pengurusan..
Salam kak yaenna ^.^ kat sana peraturan pakaian dye ketat ke?cth mcm nk pkai tdung kne ttp dada ke,x boleh pkai seluar or bju ketat sikit ke..hehe n boleh freehair ke utk pelajar islam.n klu yg pkai tdung kne pkai tshirt berkolar jgk ke?nk outing pkai bju apa? Tq sis,this entry really helps me :D
boleh dye hair kah?
X boleh.. klau nak juga, take ur own risk..
Akak , sluar slack tu perlu bwak ka ? ada aktiviti yg mmerlukan kitorg perempuan pkai sluar slack ke ? hrp bls . thanks .. hehe ..
Assalam . Utk yg ambil peakaunan , pembelajarannya menggunakan bhsa apa ? , bahasa melayu tw english ? . tq :)
akak , kasut sukan wajib tak ? kasut hitam polos x bole ?
wajib ka guna baju T berkolar tym outing ?? kalau tiada ?? dkenakn tidakn ka ?
wajib ka guna baju T berkolar tym outing ?? kalau tiada ?? dkenakn tidakn ka ?
hmm tshirt berkolar lengan panjang tu bila digunakan ?
kalau pakai skirt dan bertudung tp baju tidak berkolar bolehkah ?
Assalam kak , bole tak kalau ppuan x pkai kasut yg mcm akak post tu. pakai kasut can coverse ka, bole tak ?
@Jierr.. not sure la dik. tapi rasanya ok je. lecturer tak nampak sangat kot. kalau ada majlis formal je lah biasanya baru pakai.
Ermm.. hai kak.. kalau pakai flat shoes yang bertutup boleh x ?
@Chia Jdt hai~! boleh2..
Assalam.. Hai kak yeanna. Klau pmpn pkai wedges brtutup 3 inch boleh x?
@Maidzatul Amanina waalaikumsalam. wow~! tingginya. emm. entahlah dik, x sure juga. tapi rasanya tak boleh lebih 1 inch.
XD hehehe. Oke thanks kak. Mmg stiap thun lpas orentasi ada cti smnggu?
Hye,akak...kalau pakai cover shoes yg jenis nya kain bole tak?
@agnescilla boleh rasanya.
Akak,
1.msa 'koko' tu wat apa ja ? dia mcm skolah jga ka ada kelab persatuan smua tu atau mcm mna?
2.And maths dia mcm mna? Senang ke susah?Ada mcm addmath tak?
3.setiap hri klas mmg tak boleh pkai dress ke cane? mksud sya msti pkai bju formal? Klau dress2 pula bila boleh pkai? mcm jeans gitu..
4. ada waktu prep tak? hehe^^
5. Akak ada ckp klay social web tak boleh buka kecuali bypass.. laptop atau phone,..atau kedua-duany skali??
@Myza
1. yup. bergantung pada kokum adik la ambil apa. Kokurikulum dah ditentukan oleh pentadbiran, means satu kelas akan dapat subjek kokum yang sama. Contoh, badminton.
2. Yup. yang pastinya lagi advance dari high school. But, don't worry. Your lecturer will always be there help you and plus you got tutorial class too.
3. Hmm.. susah sikit nak cakap ni. sebab peraturan matrik dah banyak berubah. Tapi, mengikut pemerhatian akak, peraturan kat matrik makin ketat. So, better stay formal. :)
4. No. Dari adik la nak study ke x.
5. Never tried one before. Cuma pernah try kat komputer library je. Akak x sure sekarang macam mana.
Hye akak , kalau pakai baju kurti dengan sluar slack hitam selain berbaju kurung boleh ke ?
Knp nak kene bawa pinggan mangkuk semua tu eh bukan x de dapur ke? I mean dlm bilik tu 🤔
Post a Comment