Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam hari Selasa semua! Waa! Lama dah tak buat entry nie..8 hari dah kot. Stats pun dah turun, internet pun dah lambat, hari pendaftaran Matrik pun makin dekat dan cik Yeanna pun makin malas.. Buat yang ternanti nanti di balas comment, maaf ye lambat reply.. Mohon maaf! Gomenasai! >.<
Orait, so kali nie cik Yeanna nak cite tentang
ASRAMA, KULIAH, TUTORIAL, PRAKTIKUM, dan
AKTIVITI KOKO, dan
BUKU RUJUKAN.. Haa! Amek tu, 6 in 1 che bagi hang pa semua..
1. ASRAMA
Baiklah, tentang asrama.. Semua dah maklum kan, ada 6 asrama kat KML nie, 4 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki. Kat setiap blok ada Bilik TV, Bilik Rekreasi dan Bilik Bacaan. Koperasi pun ada. Tapi, koperasi hanya ada kat blok D dan blok E sahaja. Kat koperasi nie macam2 ada jual ye like maggi, roti, minuman, kredit dll. Macam koperasi sekolah lah juga. Buat pengetahuan adik2 semua, kat sana cerek elektrik dan seterika tak disediakan. Beli sendiri ye.. Water cooler tak de, tapi mesin air RO (Reverse Osmosis) ada.. Setiap blok ada mesin air nie, so dun wori be hepi ok? About
rice cooker pula, rice cooker
TAK DIBENARKAN bawa..tapi, kalau berdegil juga nak bawa, kena lah sembunyi2 ye..
|
contoh mesin air RO |
Baiklah, tentang
keselamatan di asrama pula.. Tentang barang selalu hilang kat bilik tu, cik Yeanna tak pernah la pula alaminya. Semua roomate, jiran-jiran akak baik je. Tapi dari yang akak pernah dengar sebelum ini, pernah lah juga berlaku kes kecurian tu. Terutama laptop, handphone n kad ATM. Kalau nak selamat, kunci lah loker tu time nak ke kuliah. Pasal kad ATM tu pula, jangan senang2 nak bagitau password pula, walaupun kita percaya kat orang tu..
Then, tempat sidai pakaian pula. Tempat sidai pakaian ada kat luar. Setiap bilik dapat 3 or 2 tempat penyidai. Ada juga yang tak dapat langsung. Means kena kongsi dengan bilik sebelah. Hehe~
|
nie blok asrama lelaki rasanya. tak tahu tahun bila. ( gambar atas ihsan google ) |
2. KULIAH
Orait, dewan kuliah kat KML ada 6, DK1-DK6. Dewan Kuliah yang terbesar kat sana adalah DK1 dan DK2. DK1 dan DK2 nie, selalunya budak Akaun yang pakai. Dewan Kuliah ni menempatkan dalam 100 lebih pelajar. Pelajar Akaun hanya ada dua kumpulan kuliah sahaja, A1 dan A2. Bagi Modul 1 pula ada 6 kumpulan kuliah, (BP1-BP6), Modul 2 akak x pasti, rasanya sampai 5 kumpulan (CP1-CP5) dan last skali Modul 3 ada 5 kumpulan (BC1-BC5).. Nie semua bergantung pada jumlah pelajar time tu, ok.. For PDT, akak tak tahu..Boleh google tempat lain, ok? Hehe..Kalau tak faham juga, kena lah masuk Matrik baru faham...Haha!
|
DK2 |
|
nie geng kuliah cik Yeanna, "we are BC2".. |
|
Haa! Kalau x sure lagi nak pakai apa time kuliah, boleh tengok gambar kat atas tu ye.. Beratus model, ok..
Suasana pembelajaran kat Dewan Kuliah nie pula, lecturer akan terangkan kat depan..Pakai slide..(Power Point). Korang salin nota. Boleh tanya soalan kat lecturer kalau x faham. Biasanya lecturer akan bagi lecture note sebelum kuliah or selepas kuliah. Bergantung pada lecturer la juga. Kadang-kadang lecture note ada jual kat KCCI.(tempat fotocopy kat KML). Also, ada juga certain lecturer yang x bagi nota, so korang kenalah berdikari like salin nota or fotocopy nota lecturer lain. Kat Matrik nie, korang kenalah berdikari sikit. Jangan harapkan lecturer akan suap anda, tapi kena pandai CARI sendiri.. Belajar kena lebih sikit dari sebelum nie kalau nak berjaya.. Kat Matrik nie, pembelajarannya fast sikit. Apatah lagi student PST. Bayangkan korang kena habiskan 11bab contohnya dalam 1 sem (6 bulan kot)..itu baru satu subjek. belum tolak cuti lagi..tolak mid sem.. So, kebanyakan lecturer akan rush sangat kalau dah nak dekat exam..Nak habiskan silibus kan, kenalah cepat. Maka dengan itu, kelas malam akan selalu ada..Hehe~
TAPI!! Jangan pula korang patah semangat nak belajar kat Matrik nie.. Kalau korang usaha, insya-Allah BOLEH! Ramai je yang dapat 4 flat, dalam 300 lebih pelajar gitu. Kes kena tendang? Tak payah risau sangatlah, jarang sangat pelajar kena tendang kat sini..Kalau pointer bawah 2.00 pun, biasanya masuk PDT je..Bah, kalau gitu usahanya yang lebih dong..^^v
3.TUTORIAL
Kalau tadi, korang study kat Dewan Kuliah ikut kumpulan kuliah kan? So, kalau study kat Bilik Tutorial, korang ikut kelas tutorial.
. Bilik Tutorial ada 40 lebih kalau tak silap..Suasana pembelajarannya pula, korang study macam biasa. Macam kat kelas tu.. Ada papan putih, meja, kerusi.. Kat sini, lecturer akan terangkan lebih detail. Means, kalau ada yang korang tak faham, korang boleh tanya kat lecturer lebih mendalam. Macam dalam kelas. Kat Tutorial nie jugalah korang akan buat latihan like Tutorial Book, pop-quiz, and extra exercise! Buku Tutorial nie kena buat tau! Sebab time Tutorial korang akan bincang benda nie. Oh ya! Kebanyakan lecturer juga, rajin buat pop-quiz..Means, sebelum masuk kelas, kenalah prepare! Markah quiz nie masuk PB(Penilaian Beterusan kot..)..Maksudnya, akan carry mark untuk exam nanti.. Tapi, kebanyakan lecturer sana baik hati, so mereka akan bagi tau bila nak quiz. So, takde lah nak 'pop' sangat kan..
Tentang kelas tutorial pula, inilah yang dikatakan sebagai
classmate anda! Kalau kat sekolah dulu ada 5Science,5Cempaka n 5 so on.. Kat Matrik pula lain sikit. Misalnya, kalau dulu, kelas tutorial cik yeanna ialah
BC2T10.. BC2 untuk kumpulan kuliah. T10 untuk kelas tutorial.. Apa macam? Faham kerr? Kalau tak faham gak, meh sini che nak siku kepala hang..Haha!
|
contoh kat Bilik Tutorial. credit pic to: www.theultimatewinnerz.blogspot.com |
|
|
4.Praktikum
Ok, kalau korang ambil jurusan akaun, skip this ok..Bukan untuk korang.. Haha! ( Penjahat pulakkk).. Orait, tentang praktikum/amali ataupun lebih glamor dengan
LAB.. Masa kat Lab adalah 2 jam. Kat Lab nie korang akan masak ayam, minum2, main lari-lari, konda kondi dan sebagainya.. Keke! Tak de lah, hanyalah gurauan yang langsung tak lucu pun..
Biasalah, dah nama lab, kena lah buat eksperimen. Haa! Dah faham teori kenalah buat praktikal pula kan. Nak masuk Lab, kenalah pastikan pakai kot makmal, rambut diikat dengan kemas bagi yang berambut panjang, dan bawa lab manual. Kot makmal dan lab manual nie, jangan risau nanti akan dibagi kat sana..
Kat makmal nie juga, kebanyakan lecturer akan suruh korang siapkan
'Jotter Book' dahulu sebelum masuk makmal. Chemistry subject lah yang selalu kena siapkan Jotter Book nie.. Jotter book nie, biasanya pakai buku latihan yang kecik tu je.. Apa tu Jotter Book? Sila search sendiri ye.. cik Yeanna tak tahu macam mana nak explain..Haha! Ok ok, Jotter book adalah buku tulis yang digunakan untuk melukis prosedur
makmal berdasarkan kefahaman sendiri yang nantinya akan diperiksa dan
dibetulkan oleh pensyarah sebelum makmal dimulakan. Jotter book juga
digunakan untuk mencatat hasil eksperimen dan nantinya akan dipindahkan
ke laporan makmal yang lengkap.<--Dari http://catatanseorangdoktor.wordpress.com..
| |
contoh buku latihan yang boleh dibuat Jotter Book |
|
|
|
|
persekitaran luar makmal Kimia |
|
5. Aktiviti KOKO
Yeah! Coco-crunch! Erk? Sorry, salah timing..Ehem-ehem..Pasal aktiviti Koko/Kokurikulum nie pula, korang akan ambil satu sem sahaja. Macam cik Yeanna dulu, kitaorang modul 1 n 3 ambil subjek Koko time sem 1. Akaun n modul 2 ambil time sem 2. Aktiviti koko nie akan ditentukan oleh pengurusan kokurikulum. Ada kelas yang dapat olahraga, permainan luar, kawad, badminton, ping pong and so on.. Banyak lagi lah..Macam kelas cik Yeanna, kitaorang dapat permainan luar. Macam2 yang kami buat. Ikut lecturer korang jugak sebenarnya. Aktiviti Koko yang paling popular skali ialah main
BOWLING! Haha! Kat KML ada tempat main bowling meh? Grand gilak! Hehe, no lah.. main bowling kat Ujana Kewangan (UK) lah..Kompleks beli belah kat Labuan..
Ok, bagi para atlet yang hebat, jangan risau! Anda still boleh bersukan! Bagaimana? Dengan mewakili Matrikulasi Labuan dalam aktiviti KAKOM.. Olahraga ada, bola tampar ada, badminton ada dan macam2 'ada' lah lagi. Adabi je takde.. FYI, KML merupakan johan 3x berturut-turut kalau tak silap dalam kejohanan KAKOM nie.. Kiranya, KML is the
BEST lah in Malaysia! Waah! Bangga berabis tuu.. So, kalau nak ikut KAKOM rasanya time orientasi nanti akan diumumkan gak kot bila pemilihan. Kalau ikut KAKOM nie, markah koko korang full lah..10% dalam tangan.. Macam time sekolah dulu juga, kenalah aktif dalam kokurikulum baru dapat markah, right?
Then, kalau korang tak nak ikut KAKOM nie pun tak pe.. Ada banyak lagi cara lain nak dapatkan markah koko. How? Sama macam sekolah juga, join lah persatuan/kelab. Kat Matrik ada banyak. Yang paling popular skali ialah
JPP (Jabatan Perwakilan Pelajar). Kiranya inilah persatuan yang membantu menyuarakan suara pelajar gitu..Cheewaaah! Hebat naa.. Nak jadi JPP bukan senang.. Korang kenalah berkempen. Bagi speech kat khalayak ramai. Macam pilihan raya gitu.. So, para pelajar akan mengundi..Yeah!
MENGUNDI.. Apa? Korang ingat umur 21 tahun ke atas je ke mengundi? Kat Matrik pun boleh mengundi maa..Hehe.. Kalau masuk alam universiti lagi gempak..
Selain JPP, ada
Sahabat Al-Irfaan juga.. Kalau JPP nie macam pengawas, sahabat Al-Irfaan pula ialah ajk surau. Best tau, jadi sahabat al-Irfaan nie..Ukhwah gitu..Hehe.. Contoh aktiviti yang paling gempak sekali ialah
Minggu Penghayatan Islam (MPI). Time cik Yeanna dulu, ada artis like Imam Muda Najdi, Fitri Haris dan Mr.Bie yang datang.. Selebihnya, nanti lah kalau ada masa cik Yeanna cerita ok? Hehe..
Also, ada
KERAP. KERAP nie librarian la kiranya. So, sesapa nak meneruskan legasi pustakawan dan pustakawatinya boleh lah join..Selain itu, ada juga
PRD. PRD nie macam PRS la, pembimbing rakan sebaya gitu..Yang nie, macam biasalah under kaunseling. Banyak lagi lah, tapi yang nie je cik Yeanna ingat. Haha! Maklumlah..Umur meningkat..
6.Buku Rujukan
Last but not least, jom cite tentang buku rujukan.. Buku rujukan nie terpulang pada korang je nak beli ke tak. Tak diwajibkan pun. Tapi, sebaik-baiknya kena lah ada buku rujukan. Senang nak rujuk kalau ada yang tak faham. Penjualan buku rujukan, soalan klon past year, dan buku Q&A ada kat Matrik. Biasanya time awal-awal kemasukan. Tak ingat dah time bila. Kalau habis, boleh juga beli kat lecturer. Kalau nak yang murah lagi, boleh fotocopy. Kalau tak nak beli or fotocopy pun boleh juga. Kat surau al-Irfaan, boleh pinjam buku untuk satu bulan atau satu sem. Selain tu, buku rujukan boleh didapati kat bilik bacaan blok masing-masing. Kadang-kadang akan ada buku-buku yang sengaja ditinggalkan kat situ untuk adik-adik semua. Tapi, first come first serve la. Ramai je yang ambil. Hehe..
Buku rujukan semasa SPM tu, ikut adik je nak bawa ke tak. Tapi, kalau akak, tak bawa lah.. Lecturer akan ajar juga kebiasaanya..
|
buku yang sangat disyorkan bagi yang ambil Bio. Nie buku International. Nak guna kat sampai U pun boleh |
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah, nampaknya setakat itu sahaja entry kali nie. Pinggang pun dah nak patah dah. Berjam-jam menaip nie haa..Mata pun mula kuyu. Kalau diteruskan, merapu la jawabnya..Orait, nantikan
LAST PART pula..
p/s: tentang gambar ukuran pasport tu, maaf ye che tak tahu..time kitaorang, takde pula benda tu..hehe..
tentang klinik kesihatan tu, KML tak de klinik. Tapi, kalau ada pelajar sakit, boleh ke Hospital. Jangan risau, korang akan dihantar ke hospital oleh bas Matrik.
Bagi yang tak tahu lagi tentang etika pemakaian kat KML, boleh rujuk nie--> Etika Pemakaian