PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 August 2014

Aku Pula yang Nervous

Bismillahirramanirrahim..

Assalamualaikum wbt, salam ceria uollss~Yeah! Its Tuesday again!..although everyday seems same to me..(only hanging out in front of the laptop..Duh!) But, today is different! Today is the D-Day where the UPU result are announced.. Yup! I'm perfectly happy right now..

Ok, change back to Malay..=,=

Yeah! cik Yeanna pula yang happy sangat-sangat bila dapat tahu kawan dapat masuk universiti.. cik Yeanna pula yang over nervous.. sibuk jadi stalker kat fb takat nak tahu perkembangan upu.. The memories come back to me~! ^^v



So, alhamdulillah, tahniah, congratulations, chukae kepada yang dapat upu.. You all GREAT!  bagi yang tak dapat pula, jangan risau..jangan sedih.. in shaa Allah ada yang lebih baik. Buat rayuan. Stay hoping and keep praying~

Bagi yang dapat Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula, tahniah juga! Lagi lagi yang dapat Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.. I'm your senior.. (LOL)

So, drop your comment below if there is anything you all want to ask.. Feel free girls n boys! ^^v






8 August 2014

Muslimah Fashion? It is Right?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, whatssup girl n boys~! kasar semacam je intro cik Yeanna kan.. hehe~

'Muslimah Fashion? It is Right?'
haaa~kemain lagi tajuk post kali nie kan.. omputih gitu~padahal bukan pandai mana pun English ni, cukup-cukup makan je.. hehe~ saja nak bagi tittle gempak sket..^^v

picture from this:> Muslimah Fashion Trends


so, kalau kita perhati khususnya di Malaysia ni, dah ramai muslimah-muslimah yang bertudung.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.. tak kira la fesyen apa.. nak pakai shawl, bawal, halfmoon, tudung nek aji, atau langsir sekalipun asalkan menutup aurat ianya SANGAT BAIK.. THUMBS UP for you all.. menutup aurat ye, bukan setakat menutup kepala atau rambut.. bak kata cik Yeanna, tutup BUKAN balut... semua tahu kan beza tutup dan balut? kalau tak tahu, moh kita rujuk kamus balik..

orait, so kalau dah menutup aurat dah bagus, dah kira pass la.. jangan tabarruj pula yerk.. berfesyen pun ada fiqahnya.. 

Islam tidak melarang untuk kita tampil segak, handsome, cantik, jelita bergaya.. No! Islam tak larang.. Tapi, Islam tidak membiarkan kita memilih pakaian atau busana yang mengikut selera tanpa aturan. (Pilih jangan ikut nafsu semata yer). Indahnya Islam telah meletakkan aturan dalam kita berpakaian agar selari dengan nilai akhlak dan kesopanan. So, sebelum menyarung baju baru di badan, sebaiknya kita fikir dulu..Tanya pada diri kita,  adakah pakaian yang kita pakai ini selari dengan hukum? Adakah Allah suka sekiranya kita pakai macam ni? Tepuk dada, bukan tanya selera.. tapi tanya iman kita..

So, adakah fesyen itu HARAM? Jawapannya, TAK.. Berfesyen itu tidak haram.. Jangan salah sangka.. Boleh je berfesyen, asalkan tidak melanggar garis panduan syariat. Ianya jadi haram ababila mendedahkan aurat kerana terbuka, nipis ataupun ketat. So, kalau anda saiz 42 jangan beli saiz 40 atau ngam-ngam pula.. longgarkan pakaian di tubuh mu, ok muslimah? High-5 sikit.. =,=

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)

Maksudnya, mereka ini sangat berlebihan dalam berhias sehingga memperlihatkan aurat dan bentuk tubuh mereka. Mereka memang berpakaian namun pakaian itu ditujukan untuk menarik perhatian orang yang tidak halal baginya,

Ok, dah clear sikit?

Seterusnya, cik Yeanna nak share tentang stoking/sarung lengan pula.. Kesian sarung lengan ni, ramai yang salah faham akan penggunaanya.. hehe~ Stoking lengan ni bukan dipakai untuk tutup bahagian tangan yang terbuka. Contohnya pakai baju T-Shirt lengan pendek/short sleeve.. Bukan eh, kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak semua.. sebab apa? sebab kalau pakai sarung lengan tapi baju lengan pendek, tetap menzahirkan bentuk dan warna tubuh seseorang itu. Dalam erti kata lain, tetap juga nampak bentuk lengan yang comel2, nampak lemak-lemak tu.. Aduhai~ tutuplah lengan tu dengan memakai lengan panjang.. lagi bagus kalau lengan panjang + sarung lengan... Haa~ itu dia! Kegunaanya, kalau lah terselak atau tersinsing lengan panjang tu, adalah juga sarung lengan yang coverkan lengan tu.. Tak de lah nampak auratnya.. Haa~ Lagi satu nak habak, kalau dah cantik, ayu pakai lengan panjang atau baju kurung misalnya, tak payah laa nak sinsing lengan baju tu yerr.. Jangan nak buat excuse pulok, kata panas lah, apalah.. Tutup elok-elok eh..

Tak kurang juga dengan stoking kaki.. Haa~ Yang nie ramai yang lupa. Kalau dah lupa, meh cik Yeanna ingatkan.. Dah tutup atas,bawah jangan lupa pula.. Kaki pun aurat tau.. cik Yeanna tahulah, kaki mu tu cantik, putih, kuku seri-seri.. tapi, mu jangan lupa, kaki tu aurat~ solusinya, sila lah pakai STOKING/SOCKS.. haa~dah capital letter dah tu.. tak kisahlah, nak warna hitam ke, putih ke, warna warni ke, stoking sekolah ke, asalkan tutup kaki, tak nipis dan tak akibatkan orang lain pandang hang semacam.. (jangan tabarruj lah maksudnya)

APA? LECEH? yerr..cik Yeanna mengerti.. ramai yang duk rimas memula ni kata leceh lah.. banyak sangat nak kena pakai.. ini lah, itu lah..  alah bisa tegal biasa.. lama-lama duk practice biasalah tu.. jangan mu belum try, dah kata leceh pula. mahal? banyak kena beli? Amboi.. beli baju, tudung ratus-ratus sanggup.. Beli stoking sepasang kata mahal? Tak sampai pun RM10 pun nak beli stoking ni.. Apalah sangat nilai tu jika nak dibandingkan dengan maruah mu wahai muslimah? Takkan lah lagi rendah dari tu kan? OF COURSE NOT.. so, if not.. try to wear a pair of socks.. cover your aurat and start becoming a right MUSLIMAH..



Ok, sekian untuk entry hari ni.. Cukup bebelan dan nasihat cik Yeanna.. Jadilah muslimah yang bermaruah, yang boleh dibanggakan bukan sekadar mangsa fesyen...

#SaveGaza #BoycottIsraelProduct

Long Hiatus~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt, happy good day, n salam bulan Syawal~ ^^v 
Heol~Dah lama SANGAT tak update blog ni.. lupa pula yang cik Yeanna  ada blog..haha! ampun maaf dipinta di bulan Syawal nie..

atas ihsan uncle Google


actually, tipu la kan kalau nak kata, x update blog ni just sebab busy, x dak masa, dan sewaktu dengannya..  kat rumah duk melantak, layan movie, shopping... tapi, nak duk depan lappy n biarkan jari jemari x seberapa runcing ni nak menari-nari atas keyboard taip post baru memang jarang lah kan..

Orait, jangan nak merapu sangat.. cik Yeanna tau ada menyampah kang.. hehe~

baiklah, long hiatus~ rindu pula dengan blog ni walaupun follower x ramai mana, pageview pun berapa ajelah.. but, it does not make me STOP here.. in shaa Allah cik Yeanna will continue to sharing information, knowledge, tips, tutorial, some beauty spice of cik Yeanna life.. LOL

so, past is past.. let bygone be bygone.. jika tiada aral melintang mahupun menegak, mungkin blog ni dapat dihidupkan semula.. Haha! fighting to myself~! applause~..

bah, itu sejalah~ (say with sabahan accent) see you guys in another post! ^^

27 April 2014

I'm Back and Counter Information?

Bismillah..

Alhamdulillah..

Huhh~ (tarik nafas).. YEAH! I'M BACK.. Fuh! dah lama sangat tak taip entry.. Rindu gile.. Last entry pada bulan Oktober.. Patutlah, visitor dah kurang, follower x naik2.. adeh! Sorry, maaf, duibuqi, n mianhae pada sesiapa yang ada komen pada mana2 entry, dan tak terbalas pada komen tersebut.. Dah lama SANGAT tak jenguk blog ni.. Ngee~

So? Apa yang membuatkan I'M BACK writing this post after this semi-hiatus.. Orait, so kebelakangan ini Yeanna banyak dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan tentang Matrikulasi. Yeah! 1st of all, TAHNIAH n BRAVO kepada yang dapat Matrik tu.. Anda bukan calang-calang orang tau.. You guys are selected out of many people.. So, appreciate it and choose the right choice.. :)

I know, ramai yang diantara kalian masih bingung nak pilih mana.. ASASI? MATRIK? DIPLOMA? or etc.. Jangan risau,  keep calm  uuoollssszz.. Teruskan mencari pro n contra sesuatu tu.. Setiap sistem pembelajaran tu, ada kebaikan n kekurangannya.. Mungkin ada yang jenis cepat catch-up, nak habis study awal, nak kerja terus, ataupun nak masuk universiti awal. So, cari setiap pro n contra, n then nilai.. My Mr Google kan ada..So,think which one will suit you best? The answer is on your hand... Not mine. Mine already past.. haha!

Jadi, kepada yang masih dibebani dengan persoalan-persoalan tentang Matrik, or anything you all CAN ASK me.. Just COMMENT down here or more faster MESSAGE me on my Facebook.. :)

#Entry yang pendek.. dah tengah malam.. mata dah jadi panda.. =,=


DESIGNED BY CIK YEANNA