Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 July 2013

Tudung Labuh : Tutorial

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria n salam ukhwah uoollss! Kali nie Yeanna buat entry Tudung Labuh lagi. Memandangkan entry sebelum ini iaitu Kisah Tudung Labuh mendapat views yang banyak, so Yeanna fikir baik buat post tentang Tudung Labuh nie..



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. sekarang nie Yeanna tengok makin ramai yang berminat nak pakai tudung labuh. BAGUS! Keep going you all! Insya-Allah, lama-lama dah biasa pakai tudung labuh tu. Jangan takut pandangan dan penerimaan orang-orang sekeliling.. Pedulikan apa orang kata, u go girl! ^^

Orait, pakai tudung labuh tak boleh bergaya? Oppss..Betulkan persepsi tu. Boleh je, asal tak berlebih-lebih. Jangan tabaruj ya wahai hawa semua.. Ok, kalau tudung bawal beli yang bidang 60 ye. Kalau nak buat sendiri pun boleh juga, beli kain 1 meter 1/2. Yeanna selalu beli kain koshibo. Nak pakai shawl pun boleh juga, asalkan tak nipis dan jarang. Lagi baik korang beli kain sendiri kalau nak pakai ala shawl nie. Lecturer Yeanna time kat Matrik buat sendiri ye shawl, memang cantik gitu. Labuh lagi. Tapi, tak tahulah pula lecturer tu pakai kain apa. Hehe.. Lagi satu, kalau nak pakai kotak ke tudung saji ke pun takpe. Asalkan MENGIKUT SYARIAT yang telah ditetapkan..

Oklah, tak nak bicara panjang sangat, kita straight to the point la yerr.. Sebenarnya Yeanna pun takde lah nak bergaya sangat dalam bertudung nie. Selalu pin tepi sebelah-sebelah je. Takde nya nak pin kat kepala bagai, nak lilit-lilit nie semua.  Tapi, sejak tengok video tutorial Dena Bahrin nie rasa berminat pula. Takde lah nak complicated sangat. Simple je kot.



 selain yang kat atas nie, Dena Bahirn ada buat lagi dua video tutorial, kalau nak tengok boleh ke youtube Dena Bahrin.



yang nie pula, cara buat tudung labuh sendiri pakai kain koshibo.
 
untuk yang lain, cik Yeanna bagi link sahaja ye. Malas nak letak video..

Tutorial Gaya Labuh (3) Tudung Nur  <-- yang nie pakai bawal bidang 60 dan jadikan macam shawl. serious cantik! ^^ TudungNur ada buat 2 lagi video tutorial nak tengok sila ke  youtube TudungNur

Heliza Helmi style tutorial (tudung bawal)  <-- guna bawal juga.. kreatif! 

Hijab tutorial (cover your chest) <-- tuto nie laju sikit, tapi jangan risau button PAUSE kan ada..simple but nice!

Bawal Tutorial: how to cover your chest using bawal 45" <-- yang nie guna bawal 45'. cantik tudung dia
pakai.

Shawl tutorial #8 (My own style III)  <-- yang nie tuto untuk shawl. boleh tengok youtube Khadyjah Fhatyah untuk lebih banyak tuto..

#55 Tutorial: Tudung Bawal Pelangi Bidang 55"

Hijab Tutorial Shawl Labuh Asrar by Elle Zada <-- nie tutorial shawl. cantik juga.. :)

ok selesai kongsi link video tudung labuh.. kalau nak tengok lagi banyak, rajinkan diri anda tanya pak cik youtube ok..

-----------------------------------------------------------


gambar dia atas kredit kepada : FARAHiskandar  <--nak beli online pun boleh! ^^v

baiklah, setakat nie saja entry kali nie..kalau rajin, tolong comment.. haha! jazakallah..

p/s : semua video dan gambar-gambar di atas adalah hasil pencarian google. Harap maklum. :)

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah akhirnye jumpe jgak cre pkai shawl labuh..syukran ukhti :)

nurul nadia said...

salam,dik..jahit tudung labuh 60 tu guna benang ke ape?

Cik Yeanna said...

@nurul nadia waalaikumsalam.. ye kak, guna benang biasa je. :)

Nur Qaseh said...

salam..yeanna..buat bawal sendiri beli kain tu yang bidang45 ke bidang60

Cik Yeanna said...

@Nur Qaseh waalaikumsalam.. kalau nak yang labuh 60 bidang atau 1 meter setengah.. tu yang jenis kain koshibo la..

siti najwa said...

nk order shawl bleh..0192171647

DESIGNED BY CIK YEANNA