PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 May 2012

[Tutorial] Kawal Komputer Dengan Suara Anda?

Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! Kali nie, Cik Yeanna nak buat tutorial komputer di mana kita boleh kawal komputer dengan hanya menggunakan suara kita.. Ataupun dalam bahasa lain kita bercakap dengan komputer. Eh? Faham ke komputer tu apa yang kita cakap? Perlukan komputer yang canggih ke? Ok, semua persoalan akan dijawab di bawah. So, teruskan membaca. Jangan risau, jangan bengang tuto ni BETUL punya, tak memain..^^

Ok, first sekali yang kita akan guna ialah Speech Recognition yang terdapat dalam Windows 7. So, tuto kali nie pakai Windows 7 la ye. Kalau OS lain, Cik Yeanna belum explore lagi. Hehe..

Then, Speech Recognition nie hanya available untuk English, French, Spanish, German, Japanese, Simplified Chinese and Traditional Chinese. Malay takde, so kita pakai English la yer..

Apa yang anda perlukan ialah:
1. Komputer/Laptop/Notebook/Netbook yang bersistemkan Windows 7.
2. Headset Microphone / Dekstop Microphone / Mikrofon biasa -->


3. Boleh berbahasa English

Ok, dah ada da semua tu? So, let's begin the tutorial!

1. Pergi Start -> Control Panel -> Ease of Access



 2. Klik Speech Recognition


3. Dah tu, klik Set up microphone untuk korang pastikan sama ada mikrofon korang berfungsi dengan baik atau tidak. p/s : kalau tak dapat dan tiba-tiba ianya keluar sendiri, biarkan sahaja. Teruskan dengan step yang lain.



4. Then, klik Take Speech Tutorial supaya korang lebih faham bagaimana hendak menggunakannya. Di sini akan ditunjukkan bagaimana korang boleh kawal komputer dengan suara. Ikut je apa yang diajar kat situ. Pastikan screen resolution korang berada pada 1024x768.

5. Ok, kalau korang dah ikut apa yang diajar tu dan sudah faham korang boleh Start Speech Recognition.


Speech recogniton nie juga boleh taip apa yang korang cakap contohnya kat dalam notepad atau microsoft word. Janji korang cakap dengan betul la ye. Jangan guna Manglish pula. dan jangan bengang kat laptop tu sebab kadang-kadang lain yang korang cakap lain yang dia buat. Hehe~ Biasalah, korang kena train dulu komputer tu, lama-lama baru dia faham. 

Dengan cara ini juga, korang boleh meningkatkan mutu bahasa Inggeris dan meningkatkan kesabaran. So, akhir kata dari Cik Yeanna develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow.

p/s : kalau tak faham boleh comment, insya-Allah akan dibalas secepatnya. Kalau dah try pun bagi tau juga ek..hehe..^^



3 comments:

Anonymous said...

wah sis pernah nak explore gak benda ni tp malas haha

Cik Yeanna said...

@sis92hehe, biasalah tu sis. Saya pun kadang2x datang juga penyakit malas. .

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

DESIGNED BY CIK YEANNA