Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 4

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, dan salam ceria semua! Yeah! Finally, jari-jari ini berdancing lagi di atas keyboard sambil menaip entry terbaru. Kali ni dah PART 4 lah pula. Tak tahu lah sampai part ke berapa cik Yeanna nak tulis tentang KML nie.. Sampai adik-adik masuk matrik kot. Heheheww~

panorama Matrikulasi Labuan..cantik kan? Hehehe..

Orait, first of all, cik Yeanna memang tak tahu nak tulis entry kali nie pasal pa, takde hala tuju nampakya =,=.
So, this entry just randomly n maafkan patik kalau penulisan agak kebudak-budakan di situ. Haha! But, basically if you have question(s), just ask ok? Nak nombor tepon pun boleh..hehe ( Agak gatai di situ )..

Lets start! ^^v

1. Pendaftaran
Ok, macam biasa. Nak masuk kena lah mendaftar kan. Seperti yang telah dipaparkan di laman web KML, tarikh mendaftar adalah 19 Mei 2013 ( Ahad ), dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Kalau korang ikut feri, jangan risau. Sampai je kat terminal feri, sure punya lah korang akan disambut dengan meriahnya di sana oleh kakak2 dan abang2 fasilitator KML. Pengangkutan ke KML macam mana pula? Haaa! Jangan risau! Sebab kat sana ada bas-bas ( dalam dua bas gitu ), yang akan menunggu korang kat terminal n akan bawa anda dengan family2 sekali untuk ke KML. Nak naik teksi pun boleh, RM 20 je..

bas dah tunggu dah.. apalagi? jom naik! ^^v


Then, dah sampai kat KML korang kenalah mendaftar. Pastikan sebelum ke Dewan Mutiara untuk mendaftar, pakaian kena kemas like pakai baju kurung, kasut bertutup warna hitam, rambut diikat dengan kemas, dan kuku dipotong pendek. INGAT! Masuk je pintu dewan, nie semua kena CHECK tau.

dicurik dari laman web KML :)


Ok, pastu kalau dah lepas semua tu, korang akan diarahkan untuk pergi ke section yang lain like bagi salinan slip yuran pendaftaran, borang maklumat pelajar dan segala dokumen yang Matrik suruh bawa. Then, dah lepas semua section kat dewan tu, korang kena mendaftar lagi kat asrama masing-masing. Macam batch kitaorang dulu, daftar kat blok C, dimana korang akan dapat kunci bilik, kot makmal dan t-shirt ( dua helai ). Dah selesai semua tu, baru korang akan ke bilik masing-masing. Macam cik Yeanna dulu dapat D.T3.14. D untuk blok D, T3 untuk tingkat 3 dan 14 untuk no. bilik. Kalau korang mendaftar awal, kemungkinan untuk dapat tingkat yang rendah like Ground floor, tingkat 1 n 2 adalah tinggi. So, kalau tak nak naik tangga sangat, DAFTAR awal-awal ye..^^ Oh ya, kalau baris dekat-dekat adalah juga kemungkinan untuk dapat sebilik ataupun berjiran.

meriah sungguh Dewan Mutiara KML..


2. Orientation Week/MPPB
Haa! Bermulalah peristiwa hitam anda! Keke! Huahua! Gelak jahat sikit. 3:)
Minggu orientasi nie, tough sikitlah bergantung pada fasilitator anda time tu.Time batch kitaorang, agak sadis juga lah bagi cik Yeanna yang tak pernah hidup kat asrama nie. Sob..sob.. Tapi, cik Yeanna takde lah nak nangis bagai. Still maintain!.. Korang akan bangun awal dalam jam 3 atau 4 pagi gitu. Bagi yang Muslim, bersiap-siap untuk ke surau and bagi yang non-muslim akan bergerak ke dewan. Lepas tu, bagi yang Muslim kalau dah habis kat surau, korang akan dikerahkan secepat-cepatnya olek kakak2 dan abang2 fesi untuk bergerak ke dewan.. Kena pantas tau! Berlari bagai tak hingat dunia.. Oh ya, jangan lupa, kad Matrik kena sentiasa pakai time Orientation Week ni. Sangat penting! Kalau hilang atau tercicir, siap lah korang oleh fesi-fesi.. Waktu orientasi nie, perkataan yang paling popular sekali ialah 'COMPRESS', dimana kitaorang kena padat-padatkan tempat duduk dan bersempit sempit untuk memuatkan pelajar yang seramai 2000 lebih. Adoyai! Panas mak ooii! Ada air-cond pun tak terasa. Disarankan agar anda membawa kipas ye.. Dan ikut je lah, fesi-fesi tu, jangan melawan pula. Ye lah, dah nama orientasi kenalah tahan sikit kan. Time orientasi nie jugalah korang akan diajar lagu KML dan lagu Wilayah Persekutuan Labuan. So, lupakan lah lagu negeri korang buat sementara waktu. Takde nye, Sabah Tanah Airku nak nyanyi kat Labuan sana. Hehe..

yang nie, time penutupan minggu orientasi..sedih pula time tu, rasa best je orientasi ni

Time orientasi nie juga, akan ada LDK ( Latihan Dalam Kumpulan ) yang mana mentor korang akan terdiri dari kalangan para pensyarah. Ada banyak ye LDK nie, sampai 120 LDK. Ramai sangat manusia kat KML nie..Heheww~
LDK nie akan membawa pendekatan secara berkumpulan, contohnya  korang akan berkenal-kenalan dengan pelajar2 yang lain,  korang akan dibawa melawat tempat-tempat kat KML ni like bilik tutorial, menara pentadbiran and so on. Kalau ada soalan tanya je kat mentor korang. No problem!

Apa lagi ek yang belum cite? Fikir sat......Ting! ( Lampu pendarfluor dah menyala dah ) ..

Kalau korang nak tukar jurusan or tukar modul, boleh ambil borang pertukaran time minggu orientasi ni.Contohnya, nak ambil perakaunan sebab takut tak boleh bawa sc stream, atau sebab2 yang lain. Korang boleh je tukar. Ambil borang je ok. Ataupun, nak tukar modul. Contoh, dapat modul 2, tapi tak minat Physics, boleh je tukar pi modul 3 ambil Biology. Atau contoh-contoh yang lain. Tapi, kalau dari jurusan perakaunan nak tukar ke sains, dok boleh ye adik-adik..

Pembahagian modul nie kebiasaannya ikut result SPM korang juga sebenarnya, contohlah korang budak straight A, korang akan dimasukkan ke  Modul 1. Sebab pihak pengurusan yakin, korang boleh bawa subjek bio n phy tu dengan baik. Tapi, contohlah korang punya subjek sains like chem, phy, bio time SPM cukup-cukup makan je, C atau C+ gitu,  kemungkinan korang akan dimasukkan ke Modul 3. Sebab pengurusan nak ringankan beban korang. Diberi mengikut kemampuan. Tapi, jangan risau lah. Semua budak Matrik pandai-pandai. Semua matlamat sama je, nak dapat 4 flat. Ambil Modul 1 atau 3, dua-dua still boleh ambil medic. Modul 2 atau 3, dua-dua still boleh ambil engineering. Modul 2 dan 3? Nak jadi programmer? Silakan..Hehe.. Nak tahu tentang subjek apa kat modul 1, 2 dan 3 nie boleh rujuk PART 1 ye..

ok lah, setakat di sini saja entry kali nie.. Mata mengantuk dah nie, dah pukul 12 lebih dah..Cinderella pun dah bertukar dah kalau waktu macam nie.. Orait! Nantikan PART 5 pula! Kalau nak tanya, comment je, jangan segan.. ^^v

untuk maklumat lanjut tentang minggu orientasi batch 2012/2013 --> MPPB Blog


p/s: Waa! panjang pula entry kali nie yerr...

55 comments:

Vivi Farhana said...

kak, saya mahu number talipun.hahaha :)

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana haha~ya boleh je..jangan minta kredit pulak..Heheeww~

soalan kat shoutbox tu, akak balas kat sini ajelah ye..

masa orientasi pakai baju formal. Kebanyakan student akan pakai baju kurung. Yup, bawa tu je. Jangan lupa beli buku latihan juga ye. Ni untuk jotter book time amali(makmal) nanti. Kalau ambil sc la.hehe..
Tapi, kalau nak bawa buku rujukan boleh je. Bergantung pada orang tu juga.

Vivi Farhana said...

Hihi, okay kak, thanks a lot~haha, okey set number fon.haha mana mana?

Vivi Farhana said...

soalan lagi,haha/kak, di laman KML tu mereka ada minta upload tu gambar saiz pasport kan? mcam mana tuh? serius, blurr tidak tahu mau bikin apeww haha

Anonymous said...

kak yeanna. thanks untuk entry ney. byk mmbantu :D btw , sy ada bbrp soalan.

1: klau rmbut dye , kna mrh ka ? means highlight ja.

2: iron mcm mna ?

3: law yg tggu result upu , bole ka byran yuran tuw d tangguhkan ? tp mndftar ja dlu.

4: brp hrga tiket ferry klau dri kk ? and brp tmpoh masa ?

thanks :D

Anonymous said...

assignment banyak guna laptop ka ?

Anonymous said...

Sis thanks sebab jawab solan sa. He he. Nak Tanya lagi ni .. boleh .?Hee. Sorry ganggu Kak..
Kasut kuliah ni boleh guna yg jenis kain Ka? Tidak bertumit.. dan kasut kuliah ni mesti plain ja Ka?xboleh ada garis2 warna Len? Msti hitam ja?

Stokin cmna? Wajib pkai time mndaftar Ka bsama2 ksut kuliah? Lau xpkai xpa2 kan? And klu mau mndftr tu, boleh Ka kami skluarga tdur d hotel Labuan 18 hb Dan bgrak sndiri ke kML 19 mei? Sbb kakak blg klu nek feri kna smbt Dan dbwa mnggunakan has kmL..

Cik Yeanna said...

@Vivi Farhana 013-555**** ..empat no lagi cari sendiri ye..haha!

hehe..pasal gambar tu akak tak tahu sangat la juga, sebab batch kami gambar untuk kad Matrik tu diambil time pendaftaran.

Cik Yeanna said...

@Anonymous hehe..sorry lambat reply comment ye..

1. tak boleh dye..ada diterangkan kat laman web kml kalau tak silap.

2. boleh je bawa

3. tak tahu lah juga, dik. sebab time akak, kena beri salinan yuran pembayaran time pendaftaran. cuba tanya pengurusan. hehe

4. kalau tak silap akak, first class RM 19.50 dan economy class RM 17. 3 jam.

sama-sama..^^v

Cik Yeanna said...

@Anonymous1 tak juga. cuma Dinamika perlu buat presentation, P.Islam/moral buat video/folio. Bergantung pada lecturer. Kalau ambil Sc Comp, sem 2 sangat memerlukan laptop..

@Anonymous2 takpe, tanya je..

Mengikut Laman Web KML, "Dikehendaki memakai kasut bertutup (court shoes) berwarna hitam sahaja yang diperbuat daripada kulit atau pvc. Kasut yang diperbuat daripada kain tidak dibenarkan sama sekali. Ketinggian tumit kasut tidak melebihi 1 inci."

So, kalau takde tumit pun ok je. better pakai yang plain. kalau ada reben2, bunga2 tu tak boleh kot.

Kalau stokin tu, akak tak pasti la pula. Pakai je la time pendaftaran, mana tahu kena pakai.

Boleh je.. Naik teksi dari hotel terus ke KML pun boleh. Yang tentang bas tu, untuk memudahkan para pelajar je.

Crezency Mellie.P said...

tumpang lalu kejap..tumpang tanya ya kak...dalam kalangan kwan2 kakak ..ada tak di antara mereka yang mendaftar tp tidak diterima masuk disebabkan borang tak lengkap, ada dokumen yg tidak dibawa...kesalahan nama pada sijil2..atau pakaian tak kemas...saya tau soalan saya mcm pelik..cuma saya takut nanti gara2 benda mcm tu tak diterima masuk..sebab dah banyak buat persediaan

Cik Yeanna said...

@Crezency Mellie.P ok, tanya je.. :)

emm..takde kot..rasanya pihak kolej akan bertoleransi juga lah, contohnya kalau ada dokumen yang 'tertinggal'.. jangan risau la, rasanya takde yang tak diterima masuk..

ok, gud luck ye dik! all the best~ bawa je semua dokumen yang matrik suruh tu..

Anonymous said...

hai kak yeanna :)
nak tanya boleh ?

1.kat asrama tu ada di sediakan mesin basuh tak ?

2.sem 1 memang dah guna laptop ke ?

3.kalau nak bawak seterika sendiri boleh tak ?

4.kasut sukan tu boleh pakai warna selain hitam tak ?

5.tempat mandi kat asrama macam asrama sekolah ke ? means ,mandi ramai2 ataupun mandi sorg2 dalam bilik mandi ?

6.boleh bawak makanan2 dalam bilik tak ?

7.cadar tilam tu boleh warna warni tak ?

8.kat kolej nanti ada buat jualan tak ?

sorry banyak soalan .harap akak sudi menjawabnya ... kalau ada soalan lagi saya akan tanya akak ,tak dapat nak ingat semua soalan ..hehe :D

Anonymous said...

kak yeanna ,
saya anon 11:10

nak tambah lagi soalan ,
bank rakyat tu cuma terima kad bank rakyat je ke ?
tak boleh masukkan kad lain ?
means ,BSN ,
kalau cucuk BSN juga ,ada kemungkinan kena 'telan' tak ?
sbb,kad bank rakyat saya ada ciri2 'MEPS'
kad BSN saya pun ada ciri2 'MEPS'..
hope akak dpt reply asap :D

Cik Yeanna said...

@Anonymous hai..ye, tanya je dik..

1. yup, kat asrama ada disediakan mesin basuh kat bilik laundry, tingkat ground floor. Mesin basuh nie nak guna kena guna duit.

2. terpulang pada adik je nak guna tau tak.

3. boleh je..

4. boleh..colourful pun boleh

5. ada bilik shower yang disediakan, means mandi sorang2.

6. boleh je dik, bawa lah makanan dari mana pun, boleh je..

7. boleh je..cadar tilam beli sendiri ye, tak disediakan macam asrama..hehe..nak angry bird ke, ben10 ke, pun boleh dik.

8. yup, time hari pendaftaran akan ada penjualan baldi2, makanan2, dan banyak lagi.

hehe~ye dik, harap dapat membantu..

Cik Yeanna said...

@anon 11:10 boleh je rasanya, semua mesin ATM boleh terima lain2 kad.cuma cas seringgit je. Selain ATM Bank Rakyat, kat Matrik Labuan juga ada ATM Maybank..

Anonymous said...

terima kasih kak ...

lega dpt tahu ada mesin basuh .hehe :D
hm..kalau nak pakai skirt kan ,skirt jenis macam mana ehh ?
yang kembang2 ataupun yg lurus je macam skirt sekolah tu ?

Cik Yeanna said...

@Anonymous sama-sama.. tak kisah la kembang2 ke, lurus ke, janji sampai paras buku lali..boleh je..

Maz Lieytz said...

hai kak yeanna, waktu orientasi kan pakaian macam mana ehh?
boleh tolong terangkan x?
pakaian untuk aktiviti waktu siang, pakaian untuk aktiviti waktu malam,dan juga aktiviti waktu orientasi tuh sekali lah :D

Maz Lieytz said...

lagi satu, akak boleh tolong listkan berapa pakaian (minimum)yang mesti di bawa ...
cthnya:
baju kurung-
baju t-shirt-
baju kemeja-
seluar track-
seluar slack-

sebab takut pakaian yg di bawa nanti nda cukup bha ... ^_^

Maz Lieytz said...

lagi soalan, sepa maw tukar jurusan kan, kalau suda isi borang pertukaran tuh,habis ja orientasi, terus sama dgn pelajar akaun ataupun perlu tunggu beberapa hari likedat ? :D

Cres Umil . P said...

@Cik Yeanna
Terima kasih kak..pertolongan kak amat dihargai...=D

Cres Umil . P said...

@Cik Yeanna
Terima kasih kak..pertolongan kak sangat saya hargai..=D

Anonymous said...

oke thnks kak :D btw ada lg bbrpa soalan. hehe.

1: buku nota byk guna x ?

2: time pg kuliah , pkai kasut btutup , mesti pkai stokin ?

3: ada water cooler ka sna ?

4: buku2x subjek yg tertentu ada d bekal kn ? or beli sendiri ?

5: sluar slack ketat bole ka ? yg jenis skin ka. yg dri jauh npk mcm jeans tp bukan jeans. hee

6: klau rmbut pnjg bole lepas ka time pg kuliah ?

7: sndal bole bebas ?

thanks kak ! :D

Grace83 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak yeanna,
di asrama ada televisyen tak ???
kalau ada, pukul berapa dapat tonton tv ???

Cik Yeanna said...

@Maz Lieytz maaf ye dik, lambat reply comment.hehe~

1. siang - formal, cth : baju kurung
malam - formal juga lah rasanya dik. akak tak ingat pula. hehe
aktiviti sukan/riadah - kemeja T yang dibekalkan oleh KML

2. Yang nie, ikut adik je pun nak bawa berapa. Bilangan nie ikut suka hati akak je..hehe
Baju Kurung - 5 (Kuliah : Isnin hingga Jumaat )
baju T-Shirt - 4/5 ( ikut adik je pun nak pakai bila )
baju kemeja - 1/2 (ni ikut akak ye, sebab akak tak pakai kemeja pun kat sana..hehe..selesa berbaju kurung )
seluar track - 4
seluar slack - 2

p/s : kalau x cukup boleh beli dik..Jangan risau..hehe

3. Ya, terus je.

Cik Yeanna said...

@Cres Umil . P sama2..

@Anonymous1

1. buku nota yang kecik ek? tak juga. ikut lecturer juga. beli 4 atau 5 lah..

2. tak semestinya..

3. takde..

4. beli sendiri. nanti ada jualan kat Matrik juga. nak photocopy buku rujukan pun boleh. nak pinjam pun boleh. lecture note je yang certain lecturer bekalkan.

5. skinny jeans ke? boleh rasanya. time outing, nampak ramai je pakai.

6. boleh je..

7. boleh..

@Anonymous2 ada. bilik tv ada kat ground floor. tapi, x pasti la pula tv tu dapat on atau x. sebab akak x pernah try. hehe..

Maz Lieytz said...

okey! terima kasih kak. :D
tp, ada lagi soalan.
kat kolej ada tempat like cybercafe nda? untuk kemudahan pelajar yg nda bawa laptop ... :D

Cik Yeanna said...

@Maz Lieytz ya, ada..

Anonymous said...

hai kak ..sya bdk fom5 skrg..hewhew..sye nak tau cara mcm mane daftar MATRIK tuk sesi 2014..puas dah sya cari..tpi tak dpt.. :) Hopi you can help me..

Anonymous said...

salam kak yeanna. saya tu hari suda bergambar. tp bukan bersaiz passport. dia kecil sikit. boleh ka tu sy bagi itu jaa waktu pendaftaran? tp dalam surat dia suruh ukuran passport. then soalan kedua. yg setem hasil tu dapat dari mana yaa?

APAC said...

Akak saya nak tanya jap:

1.Dalam bilik masing-masing ada disediakan cerek elektrik dan seterika tak?kalau ada masih boleh function kah?

2.Dalam kolej ada klinik kesihatan tak?Kalau sakit macam mana?

3.Buku rujukan setiap subjek wajib beli sedirikah?lebih kurang perlu berapa wang semuanya?

4.Buku rujukan masa SPM dulu perlu bawa tak?Maksud saya basic bagi syallabus kat kolej ada kaitan tak dgn SPM?Saya dah lupa semua basic bagi subjek science,kalau ada buku rujukan bolehlah buat ulangkaji sendiri...ataupun lecturer kat sana akan ajar dari basic?

5.Buku nota yang akak mention tu ialah mcn buku latihan biasa yang guna kat sekolah kah?

5.Keselamatan kat sana ok tak,akak?Maksud saya barang dalam bilik selalu hilang tak?


Anonymous said...

Kak Yeanna, blh tak citer skit ttg aktiviti kokum kat KML? Klau blh nak tau jg kelab2 yg ada kat KML ni hehe.

Anonymous said...

kak yeanna , tpt sidai mcm mna ? d luar or mcm mna ?

Cik Yeanna said...

@Anonymous maaf ye, dik..yang tu akak tak tahu. akak pun dah lupa da time bila kena beli no.pin, isi borang. Better tanya cikgu adik..^^

@Anonymous waaalaikumsalam..tak tahu lah dik..mungkin boleh je kot.. setem hasil, boleh dapat kat pejabat pos..

@APAC,@Anonymous boleh rujuk part 5.. :)

Anonymous said...

Salam akak. Nak tanyaa. Tough btul kah orientasi nya? Means teda timing utk mndi kah?

Cik Yeanna said...

@Anonymous waalaikumsalam.. takde lah tough sangat..bergantung pada fasilitator juga.. hehe..mestilah ada masa untuk mandi..

Anonymous said...

Assalam, tadi kata bleh minta num....mintaaaa numbr bleh? hahaha

Cik Yeanna said...

@Anonymous Waalaikumsalam.. 013555****.. 4 no. lagi cari sendiri ye..haha!

Anonymous said...

awak masih kat KML ke?

Cik Yeanna said...

@Anonymous tak lah.. saya batch lepas, 2012/2013..

Anonymous said...

ohhh.....okay la...PST ka?
kenal rika?

Cik Yeanna said...

@Anonymous yup..kak rika eh? Kenal.. :)

Anonymous said...

hahaha....kakak saya tu...haha...
apa nama btl ko ni?
saya tnya rika...dia ndak knal pun siapa yeanna tu? haha

Cik Yeanna said...

@Anonymous marni ka nie? haha! memanglah kak rika tak kenal, nie nama pena ja..hehe~rubyana..

Anonymous said...

di kml tu selalu juga mati air ?

Anonymous said...

Salam kak...saya nak tanya pelajar dari semenanjung ni biasa diterima x masuk matrik kat sabah or sarawak ni...teringin sgt nak study kat sana...harap akak dapat balas komen saya ni di emel saya thunderstormstrong@yahoo.com.my tq so much.... ;-)

Anonymous said...

Rambut berwarna tidak dibenarkah? Walaupun coklat gelap?

Syahirah said...

assalamualaikum kak . kalau mau tukar akaun - sains mmg tidak bole ka ? sbab kami major kena bagi course akaun sedangkan masa apply matrik hari tu klik 'program sains' . ni ttiba pula dapat course akaun T^T

Syahirah said...

btw, kalau dapat tolong respond d email . syahirah1897@gmail.com :) thanks

abbu ubaida said...

Rasanya kita knal. Kmu sahabat al irfaan? Reply kat emai abbuubaida16@gmail.com

Unknown said...

Sangat bermanfaat!;)

mylifemystory said...

assalam akak,sye dh dpt twrn matriks utk sesi 2017/2018. ermmmmmm akak,kat skolah dulu sye amikbhse malay sbgai bhsa utk subjeksainstpi spt yg dimaklumdsne gne fully english jadi,
1)cm mane nk kja silibes even xpnah bljadlmbhsa english
2)ad pprogram dua tahun tak

please responye akak, explain panjang pon takpe

Anonymous said...

@mylifemystory Waalaikumsalam.. sa dpt jwb soalan no.2 jak ..Kalau dpt aliran sains, boleh memohon untuk Program Dua Tahun (PDT) ..Hanya untuk aliran sains sahaja yg ada PDT :)

DESIGNED BY CIK YEANNA