PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 2

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam 1 ummah! Orait, bertemu lagi kita dalam entry Kolej Matrikulasi, tapi kali nie PART 2 pula..Cik Yeanna ada dapat request, yang cadangkan agar buat tentang senarai barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi. So, terima kasih daun keladi  pada adik Vivi Farhana yang cadangkan..



Truthfully, cik Yeanna pun tak tau nak list apa, sebab dulu cik Yeanna main hentam kromo juga bawa barang ke sana. But, for all of u adik adik yang cute, cik Yeanna cuba listkan. Kalau tak lengkap, sila tanya pak cik google ye..^^v

Pakaian
❤ Baju kurung/jubah/blouse - yang nie boleh bawa dalam 5 pasang gitu. Kena pakai time kuliah
❤ T-shirt berkolar - kalau yang tak pakai tudung, bila korang outing/keluar ke bandar kena pakai baju berkolar
❤ T-shirt biasa/muslimah - yang nie tak kira la nak pakai time bila, nak gi ke kafe ke, surau, kelas malam or whatever.
❤ Skirt/seluar slack/track/jeans - yang nie, suka hati korang la nak pakai bila.
❤ Baju tidur - haa! lantak korang lah nak pakai apa time tidur.
❤ Sweater - mana tahu korang tetiba rasa sejuk kan. Time hujan2x, memang ramai yang pakai.
❤ Dress - kat Matrik, setiap satu sem akan diadakan 'dinner' bagi mereka yang ambil subjek  Kemahiran Dinamika, so korang akan ber'dinner' kat hotel. Nak pergi dinner nie tak wajib.


Kasut
❤ Kasut sukan
❤ Selipar tandas
❤ Sandal/flip flop 
Kasut kuliah - warna hitam, bertutup, dan tak tinggi sangat. 

contoh kasut kuliah





Tudung
❤ Tudung bawal/syria/ariani/etc - tak kisah la fesyen tudung apa, bawa je yang korang nak. tapi at least, kena ada warna hitam.
❤ Kerongsang/pin/brooch


Kerohanian
❤ Telekung
❤ Sejadah
❤ Al-Quran atau tafsir   


Lain-lain
❤ bedsheet/cadar tilam/sarung bantal - katil adalah saiz single ye. bantal yang dibekalkan hanya satu
❤ selimut
❤ bantal busuk? teddy bear? - yang nie, ikut korang la nak bawa ke tak
Minyak angin, ubat-ubatan
❤ Kunci Mangga - yang nie beli yang kecil je, cukup untuk kunci loker korang. tak payah la bawa yang gedabak yer..^^
❤ pengetip kuku - time nak mendaftar kena pastikan kuku pendek. biasalah, kena lah kemas kan
❤ Tuala
❤ Kain batik/pelikat - untuk mandi la yer..
❤ Dokumen yang Matrik suruh bawa like IC, surat beranak, dll


Barang yang korang boleh beli kat sana :
- Haa! barang barang macam nie tak payah nak bawa dari rumah. Kat Labuan boleh beli. And ada certain-certain barang jual kat matrik time MPPB/orientasi pelajar. Tapi, kalau nak bawa dari rumah pun, boleh juga. ikut korang la yerr..

Laundry
❤ Baldi, gayung.
Hanger, penyepit baju
Sabun basuh pakaian, softener, berus
Bakul kecil untuk letak sabun, shampoo,etc..


Makan!
❤ Mangkuk
❤ Pinggan
❤ Sudu, garfu  
❤ Mug, gelas
❤ Sabun cuci pinggan  

Alat tulis
❤ Test pad, kalkulator, A4 Paper, gunting, etc...
  
Barangan elektrik seperti laptop, seterika, cerek elektrik boleh je bawa. Tak de masalah pun. Tapi kalau bawa rice cooker tu tak jamin la. Memang dilarang bawa, but ada juga lah pelajar yang tetap berkeras nak bawa. Kena tanggung risiko lah.Tentang spot check, kat asrama perempuan jarang je buat, tapi kat asrama lelaki rajin la pula felo buat. 

Kat Matrik juga, barangan seperti kot makmal dan baju koko ( 2 pasang ) akan diberikan. So, tak payah risau korang nak pakai apa time kokurikulum. Then, Matrik Labuan juga ada memberikan gift kepada pelajar-pelajarnya, untuk perempuan diberikan shawl/selendang. For guys pula, kena bagi necktie.

Oh ya, kat Labuan nie ada masalah air lah juga. Tapi jarang dah la. Dulu Cik Yeanna tinggal kat Madani D, adalah dalam seminggu tu blok kami takde air. Parah tak parah, kena hadapi juga. Jangan sampai tak mandi pula tau! Masalah takde elektrik tu, kadang kadang je, jarang sangat. Sekali dua je, tu pun kat Karisma A. Hehe..

Orait, tu saja buat entry kali nie, maaf lah sekiranya banyak kekurangan, tak detail, cik Yeanna mengarut, mianhae! Nantikan PART 3 pula..

update : Part 1 
             Part 3

Kolej Matrikulasi Labuan Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam pilihan raya! hehe..undian dah tutup dah.. anda sokong parti mana? biru? hijau? masing-masing jawab dalam hati ok..Cik Yeanna? tak kisah warna apa, che pilih yang perjuangkan Islam! Orait, stop mukadimah. Nanti kena banned pula.Hehe~!^^v

gambar diambil dari fb salah seorang lecturer KML..:)


Kat entry KML Part 2 yang lepas, Cik Yeanna cite tentang barang yang nak dibawa ke matrik, tapi untuk entry kali nie pula Cik Yeanna nak cite tentang peraturan, outing, dan cara belajar. Cik Yeanna buat cam tu, sebab ada yang tanya kat comment, so malas nak balas panjang-panjang, Cik Yeanna buat entry la ye.. lagi senang nak membebelllllll~~

Okie dokie, lets talk about RULE in KML! cik Yeanna, takde lah nak cite detail sangat, sebab kat laman web KML dah briefing panjang lebar benda nie. peraturan kat matrik ketat atau tak? well, kalau batch cik Yeanna time first sem, ramai yang ikut peratuan. 'skema' la katakan. Kad matrik sentiasa dipakai, outing pakai kasut. ye lah, macam time form 1 dulu juga, semua peraturan ikut. skema sangat, semua buku nak bawa. hehe! Tapi, dah dekat nak habis sem satu, taring dah keluar dah. Kad matrik dah tak tau kemana. Sem 2 apalagi, masalah ponteng menjadi jadi. so, nasihat sebagai cik Yeanna, ikutlah peraturan ye.. nak langgar sikit tu takpe, jangan selalu..hehe.. TAPI! JANGAN PONTENG! ( haa! dah caps lock tu siap dengan bold lagi tu ).. ye lah, berkat para pensyarah tu, kang tak pasal-pasal sebab korang asyik ponteng dah kena sumpah. Haa! Berkat ilmu tu susah nak cari..

Next, cite pasal OUTING! atau kata lain nya, korang nak keluar p bandar ke, pantai, joli-joli.. Ok, korang boleh outing hari Sabtu n Ahad. Hari Jumaat pun boleh outing juga, tapi lepas habis kelas la, dalam tengah hari gitu. Tapi, kena isi MIS (Matrix Information System ) dulu. Hari-hari biasa pula kena ada surat atau alasan yang munasabah like korang ke hospital. Untuk keluar, kena imbas kad matrik di pondok pengawal. Juga, kalau nak bermalam atau balik kampung kena isi MIS juga. Ok, tentang pakaian ketika outing pula, untuk perempuan, pakaian hendaklah sopan. Bagi yang tak pakai tudung, hendaklah memakai baju berkolar. Seluar atau skirt labuh sahaja. Jeans tidak dibenarkan. Kena pakai kasut atau sandal. Selipar jepun or selipar tandas tak dibenarkan sama sekali.. Bagi kaum adam pula, sama je, pakai yang sopan. seluar pendek tak dibenarkan and better pakai kasut. Tentang jeans tu, cik Yeanna adalah juga dengar yang kononnya jeans akan dirampas kat sana, but setakat nie tak pernah pula cik Yeanna kena or kawan yang lain kena. Mungkin la tu kot, kena rampas. Cik Yeanna tak tahu sangat. Mianhae!>.<

Then, tentang STUDY pula. Haa! semua nie bergantung kat orang tu juga, dia jenis yang rajin, so-so ataupun last minute cam Cik Yeanna nie. Hehe..I admit! Cik Yeanna memang study last minute. So, jangan tiru tau! Tapi, petua nak success kat sana kena pandai manage time la juga. Rajin jumpa lecturer. Buat tutorial. Buat extra exercise and so on.. Kalau tak tahu macam mana, boleh jumpa kaunselor kat matrik ok. Ada yang tanya, Cik Yeanna ambil modul berapa. Well for your information, Cik Yeanna ambil modul 3. BC student. Ramai orang kata subjek sains komputer senang nak skor. Dan pada pendapat cik Yeanna, memang senanglah juga skit berbanding subjek Biology..Hehe.. But, for sem 2, sc computer is really hard! Will learn about programming. Some may say easy, but for me it is NOT! Bergantung pada orang la juga kan. Need extra exercise la..

Ok, lagi Cik Yeanna nak tambah skit. Kat Matrik budak laki sangat lah gemar bermain GAME. Bukan Angry Bird juga bukan zombie tapi yang paling popular sekali ialah  DotA  ataupun nama panjangnya Defense of the Ancients. Budak laki selalu je main game nie, sampai ada yang sanggup tak tido. Pakat main ramai-ramai pula tu. Budak pompuan pun ada juga, tapi tak ramai. Selain itu, Running Man pun popular juga. Yeah! Angkat keyboad kalau peminat Running Man! Hehe..

Nah ya lah, setakat ini sahaja entry kali ini. Masa agak jeles dan bagi mengelakkan cik Yeanna merepek lebih-lebih kita stop kat cni dahulu. Nantikan PART 4 pula..Kalau ada nak bagi cadangan tentang next entry silakan.. Sangat dialu-alukan. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.


Tepuk dada, tanyalah IMAN.
Jangan tanya selera..kerana selera manusia tersangatlah besarnya. Hanya IMAN yang mampu mengatasi segala keburukan dan kejahatan~^^v

p/s: Maaf, entry boring, syok sendiri, manglish, grammatical error and so on..

Part 1
Part 2

2 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 1

Bismillahirahmanhirahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam ceria dan salam pilihan raya! Hehe..I'm back! Setelah setahun mencurahkan bakti di Kolej Matrikulasi Labuan or nama glamornya KML, cik Yeanna dah balik! Yeah! Truthfully, baru je semalam sampai kat rumah. Sampai je, terus buka laptop. Cari blog. Waa! lama dah jari jemari yang kononya runcing ini bermain main di keyboard, menaip naip permainan kata. Ok lah, sekadar mukadimmah je..>.<

gambar adalah atas ihsan pak cik google


Baiklah, entry kali nie tentang Matrikulasi Labuan. Yelah, keputusan matrik dah keluar kan. So, siapa yang dapat tu cik Yeanna ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Bersyukur tau! Tak senang nak masuk matrik nie. Tapi, kalau tak dapat tu jangan bersedih. La tahzan. Tak dapat matrik, form 6 pun ok apa. Allah give what we need, not what we want.

Orait, first of all kat KML nie memang best sangat! setahun bersama sehayat terasa.. Tanya lah batch batch KML lepas, memang best sangat.. Kat sana kita dapat kawan-kawan baru, mostly in KML ramai Sabahan n Sarawakian. So, bagi Sabahan, ambil peluang belajar bahasa Sarawak ok. Memang best, walaupun kamek sik pandai sangat kelakar sarawak. ^^v

Kat KML, ada 6 blok asrama. Karisma A, Karisma B, Madani C, Madani D, Luhur E n Luhur F.. Dalam setiap bilik ada 4 orang, mostly akan terdiri daripada 2 Sabahan n 2 Sarawakian. Setiap sorang akan dapat meja belajar ok, korang jangan risau. Kat setiap asrama ada felo yang terdiri daripada kalangan pensyarah. Setiap tingkat ada felo yang tersendiri. Felo nie macam kira warden la juga. Mereka lah ibu bapa kalian di sana nanti. Hehe..

Matrikulasi Labuan ada dua jurusan, Sains dan Perakaunan. Kat jurusan sains terbahagi kepada 3 Modul iaitu:
        Modul 1 (BP) - Biology, Physics, Chemistry, Maths
        Modul 2 (CP) - Physics, Sc Computer, Chemistry, Maths
        Modul 3 (BC) - Biology, Sc Computer, Chemistry, Maths

Bagi yang ambil akaun pula ambil subjek -> Maths, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, dan Perakaunan. Subjek tambahan bagi kedua-dua jurusan pula ialah Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/Moral dan Koko. Lagi satu, untuk pelajar PST korang DIWAJIBKAN mengambil MUET pada sem 1 nanti.

Tentang waktu belajar pula, ianya terbahagi kepada tiga iaitu kuliah ( lecture ), tutorial dan amali ( lab ). Kelas bermula pada pukul 7 pagi hingga 4 petang. Tapi, tak semua sama lah, ada yang mula jam 8, ada yang balik jam 3. Ikut jadual korang. Rehat pula jam 9am atau 10am dan 12pm atau 1pm. Semuanya bergantung pada jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut kelas tutorial anda masing-masing.

Ok, adik adik yang nak ke matrik nie mesti ramai yang bingung kan nak bawa baju apa? Nak berapa helai? Kat KML ada dress code ke? Kasut macam mana? Ok, untuk hari kuliah korang DIWAJIBKAN memakai baju formal like baju kurung, jubah, or kemeja berkolar pairing with skirt. Kena pakai skirt ye, melainkan hari koko je boleh pakai seluar. For men pula, kena pakai kemeja with tie n seluar slack. Ye lah, macam nak pergi kerja tu.. Hari Jumaat penghulu segala hari pula, boleh pakai baju selangor. Ye lah, boleh nampak macho sikit. Hehe. Untuk kasut pula, kena pakai yang bertutup n bermaterialkan kulit. Warna hitam. Dark brown pun boleh rasanya. For co-curriculum activities ataupun KOKO boleh pakai t-shirt KML n seluar. Kasut sukan. Biasanya awal sem satu memang banyak lah aktiviti bersukan, lari-lari nie, so make sure bawa kasut sukan ye.

Haha! macam penjenayah la pula Cik Yeanna buat macam nie. Sorry friend! ^^


Bah rasanya itu sahaja setakat nie, malas nak cerita panjang-panjang..Hehe.. For more information, boleh comment kat bawah ok. Insya-Allah, setiap dibalas akan dijawab secepatnya Hehe! Ok, chow dulu! Nantikan PART 2 pula! ^^v

update : PART 2

p/s: maaf sekiranya entry agak membosankan, maklumlah penulis dah lama 'berehat' dari berblogging..
DESIGNED BY CIK YEANNA