PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label senarai barang. Show all posts
Showing posts with label senarai barang. Show all posts

5 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 2

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam 1 ummah! Orait, bertemu lagi kita dalam entry Kolej Matrikulasi, tapi kali nie PART 2 pula..Cik Yeanna ada dapat request, yang cadangkan agar buat tentang senarai barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi. So, terima kasih daun keladi  pada adik Vivi Farhana yang cadangkan..



Truthfully, cik Yeanna pun tak tau nak list apa, sebab dulu cik Yeanna main hentam kromo juga bawa barang ke sana. But, for all of u adik adik yang cute, cik Yeanna cuba listkan. Kalau tak lengkap, sila tanya pak cik google ye..^^v

Pakaian
❤ Baju kurung/jubah/blouse - yang nie boleh bawa dalam 5 pasang gitu. Kena pakai time kuliah
❤ T-shirt berkolar - kalau yang tak pakai tudung, bila korang outing/keluar ke bandar kena pakai baju berkolar
❤ T-shirt biasa/muslimah - yang nie tak kira la nak pakai time bila, nak gi ke kafe ke, surau, kelas malam or whatever.
❤ Skirt/seluar slack/track/jeans - yang nie, suka hati korang la nak pakai bila.
❤ Baju tidur - haa! lantak korang lah nak pakai apa time tidur.
❤ Sweater - mana tahu korang tetiba rasa sejuk kan. Time hujan2x, memang ramai yang pakai.
❤ Dress - kat Matrik, setiap satu sem akan diadakan 'dinner' bagi mereka yang ambil subjek  Kemahiran Dinamika, so korang akan ber'dinner' kat hotel. Nak pergi dinner nie tak wajib.


Kasut
❤ Kasut sukan
❤ Selipar tandas
❤ Sandal/flip flop 
Kasut kuliah - warna hitam, bertutup, dan tak tinggi sangat. 

contoh kasut kuliah





Tudung
❤ Tudung bawal/syria/ariani/etc - tak kisah la fesyen tudung apa, bawa je yang korang nak. tapi at least, kena ada warna hitam.
❤ Kerongsang/pin/brooch


Kerohanian
❤ Telekung
❤ Sejadah
❤ Al-Quran atau tafsir   


Lain-lain
❤ bedsheet/cadar tilam/sarung bantal - katil adalah saiz single ye. bantal yang dibekalkan hanya satu
❤ selimut
❤ bantal busuk? teddy bear? - yang nie, ikut korang la nak bawa ke tak
Minyak angin, ubat-ubatan
❤ Kunci Mangga - yang nie beli yang kecil je, cukup untuk kunci loker korang. tak payah la bawa yang gedabak yer..^^
❤ pengetip kuku - time nak mendaftar kena pastikan kuku pendek. biasalah, kena lah kemas kan
❤ Tuala
❤ Kain batik/pelikat - untuk mandi la yer..
❤ Dokumen yang Matrik suruh bawa like IC, surat beranak, dll


Barang yang korang boleh beli kat sana :
- Haa! barang barang macam nie tak payah nak bawa dari rumah. Kat Labuan boleh beli. And ada certain-certain barang jual kat matrik time MPPB/orientasi pelajar. Tapi, kalau nak bawa dari rumah pun, boleh juga. ikut korang la yerr..

Laundry
❤ Baldi, gayung.
Hanger, penyepit baju
Sabun basuh pakaian, softener, berus
Bakul kecil untuk letak sabun, shampoo,etc..


Makan!
❤ Mangkuk
❤ Pinggan
❤ Sudu, garfu  
❤ Mug, gelas
❤ Sabun cuci pinggan  

Alat tulis
❤ Test pad, kalkulator, A4 Paper, gunting, etc...
  
Barangan elektrik seperti laptop, seterika, cerek elektrik boleh je bawa. Tak de masalah pun. Tapi kalau bawa rice cooker tu tak jamin la. Memang dilarang bawa, but ada juga lah pelajar yang tetap berkeras nak bawa. Kena tanggung risiko lah.Tentang spot check, kat asrama perempuan jarang je buat, tapi kat asrama lelaki rajin la pula felo buat. 

Kat Matrik juga, barangan seperti kot makmal dan baju koko ( 2 pasang ) akan diberikan. So, tak payah risau korang nak pakai apa time kokurikulum. Then, Matrik Labuan juga ada memberikan gift kepada pelajar-pelajarnya, untuk perempuan diberikan shawl/selendang. For guys pula, kena bagi necktie.

Oh ya, kat Labuan nie ada masalah air lah juga. Tapi jarang dah la. Dulu Cik Yeanna tinggal kat Madani D, adalah dalam seminggu tu blok kami takde air. Parah tak parah, kena hadapi juga. Jangan sampai tak mandi pula tau! Masalah takde elektrik tu, kadang kadang je, jarang sangat. Sekali dua je, tu pun kat Karisma A. Hehe..

Orait, tu saja buat entry kali nie, maaf lah sekiranya banyak kekurangan, tak detail, cik Yeanna mengarut, mianhae! Nantikan PART 3 pula..

update : Part 1 
             Part 3

DESIGNED BY CIK YEANNA