Assalamualaikum w.b.t, salam ceria n salam ukhwah uoollss! Kali nie Yeanna buat entry Tudung Labuh lagi. Memandangkan entry sebelum ini iaitu Kisah Tudung Labuh mendapat views yang banyak, so Yeanna fikir baik buat post tentang Tudung Labuh nie..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. sekarang nie Yeanna tengok makin ramai yang berminat nak pakai tudung labuh. BAGUS! Keep going you all! Insya-Allah, lama-lama dah biasa pakai tudung labuh tu. Jangan takut pandangan dan penerimaan orang-orang sekeliling.. Pedulikan apa orang kata, u go girl! ^^
Orait, pakai tudung labuh tak boleh bergaya? Oppss..Betulkan persepsi tu. Boleh je, asal tak berlebih-lebih. Jangan tabaruj ya wahai hawa semua.. Ok, kalau tudung bawal beli yang bidang 60 ye. Kalau nak buat sendiri pun boleh juga, beli kain 1 meter 1/2. Yeanna selalu beli kain koshibo. Nak pakai shawl pun boleh juga, asalkan tak nipis dan jarang. Lagi baik korang beli kain sendiri kalau nak pakai ala shawl nie. Lecturer Yeanna time kat Matrik buat sendiri ye shawl, memang cantik gitu. Labuh lagi. Tapi, tak tahulah pula lecturer tu pakai kain apa. Hehe.. Lagi satu, kalau nak pakai kotak ke tudung saji ke pun takpe. Asalkan MENGIKUT SYARIAT yang telah ditetapkan..
Oklah, tak nak bicara panjang sangat, kita straight to the point la yerr.. Sebenarnya Yeanna pun takde lah nak bergaya sangat dalam bertudung nie. Selalu pin tepi sebelah-sebelah je. Takde nya nak pin kat kepala bagai, nak lilit-lilit nie semua. Tapi, sejak tengok video tutorial Dena Bahrin nie rasa berminat pula. Takde lah nak complicated sangat. Simple je kot.
selain yang kat atas nie, Dena Bahirn ada buat lagi dua video tutorial, kalau nak tengok boleh ke youtube Dena Bahrin.
yang nie pula, cara buat tudung labuh sendiri pakai kain koshibo.
untuk yang lain, cik Yeanna bagi link sahaja ye. Malas nak letak video..
Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! Kali nie, Cik Yeanna nak buat tutorial komputer di mana kita boleh kawal komputer dengan hanya menggunakan suara kita.. Ataupun dalam bahasa lain kita bercakap dengan komputer. Eh? Faham ke komputer tu apa yang kita cakap? Perlukan komputer yang canggih ke? Ok, semua persoalan akan dijawab di bawah. So, teruskan membaca. Jangan risau, jangan bengang tuto ni BETUL punya, tak memain..^^
Ok, first sekali yang kita akan guna ialah Speech Recognition yang terdapat dalam Windows 7. So, tuto kali nie pakai Windows 7 la ye. Kalau OS lain, Cik Yeanna belum explore lagi. Hehe..
Then, Speech Recognition nie hanya available untuk English, French, Spanish, German, Japanese, Simplified Chinese and Traditional Chinese. Malay takde, so kita pakai English la yer..
Apa yang anda perlukan ialah:
1. Komputer/Laptop/Notebook/Netbook yang bersistemkan Windows 7.
2. Headset Microphone / Dekstop Microphone / Mikrofon biasa -->
3. Boleh berbahasa English
Ok, dah ada da semua tu? So, let's begin the tutorial!
1. Pergi Start -> Control Panel -> Ease of Access
2. Klik Speech Recognition
3. Dah tu, klik Set up microphone untuk korang pastikan sama ada mikrofon korang berfungsi dengan baik atau tidak. p/s : kalau tak dapat dan tiba-tiba ianya keluar sendiri, biarkan sahaja. Teruskan dengan step yang lain.
4. Then, klik Take Speech Tutorial supaya korang lebih faham bagaimana hendak menggunakannya. Di sini akan ditunjukkan bagaimana korang boleh kawal komputer dengan suara. Ikut je apa yang diajar kat situ. Pastikan screen resolution korang berada pada 1024x768.
5. Ok, kalau korang dah ikut apa yang diajar tu dan sudah faham korang boleh Start Speech Recognition.
Speech recogniton nie juga boleh taip apa yang korang cakap contohnya kat dalam notepad atau microsoft word. Janji korang cakap dengan betul la ye. Jangan guna Manglish pula. dan jangan bengang kat laptop tu sebab kadang-kadang lain yang korang cakap lain yang dia buat. Hehe~ Biasalah, korang kena train dulu komputer tu, lama-lama baru dia faham.
Dengan cara ini juga, korang boleh meningkatkan mutu bahasa Inggeris dan meningkatkan kesabaran. So, akhir kata dari Cik Yeanna develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow.
p/s : kalau tak faham boleh comment, insya-Allah akan dibalas secepatnya. Kalau dah try pun bagi tau juga ek..hehe..^^
Dalam entry kali nie, Cik Yeanna dengan senang hatinya nak buat tutorial. Yea lah, dah lama dah Cik Yeanna tak buat tutorial..mesti ramai readers kecewa bila tengok page tutorial yang tak berapa sangat lah nak tuto pasal blogger/blogspot. . Hehe! Sorry..
Ok, kebanyakan korang nie mesti rajin blogwalking kan? Time blogwalking tu bermacam lah blog korang bukak. Ye lah, nak tambah ramai follower..Hehe.
But, tengah korang asyik buka tab yang banyak tu, tentu lah line internet terasa sedikit kelembapannya. Means, ada segelintir blog berjalan tahap kura-kura. Jadi, anda dengan berat hatinya terpaksa jugalah close blog yang lambat loading tu. Tak jadi nak bw kat sana.
So, bagaimana kalau blog yang ditutup itu blog anda? Blog yang berjalan tahap kura-kura. Mesti tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak blog anda di close bukan? if yes, anda kena lajukan loading page blog anda.
Bagaimana caranya? Yaa! That's the point! Kebanyakan blog lambat loading disebabkan oleh widget yang banyak sangat. So, first korang kena buang or delete widget-widget yang korang rasa tak penting pun.
Ok, dah buang dah? And still, korang rasa blog anda masih lambat? No problem, semudah sifir 2x2 korang hanya perlu :
1.Sign In >> Design >> Edit HTML >> Klik Expand Widget Templates
2. Tekan Ctrl + F pada keyboard, ( tekan serentak tau ) then taip </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.
Assalamualaikum n selamat pagi to readers~Untuk post yang sebelumnya Cik Yeanna ada buat tuto tentang cara ubah imej/bentuk mouse pointer windows 7 , dan kali nie Cik Yeanna nak buat tuto tentang bagaimana nak ubah cursor kat blog. Yup! Once again, tuto yang rasanya semua dah tau da. Tapi bagus untuk newbie2x macam Cik Yeanna gak. . Ada dua cara yang Cik Yeanna tau iaitu :-
Cara 1
1. Pergi laman nie cursors-4u n cari cursor yang korang suka. * Yang 'animated' hanya untuk IE ( Internet Explorer ) sahaja. Kalau pakai brower len, tak jadi animated la.
Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh n salam sejahtera semua! Yeew~Nie hari Cik Yeanna nak buat tutorial tentang cara ubah penunjuk tetikus dalam Windows 7. . Walaupun pekara nie dah ramai yang tau n basic, tapi Cik Yeanna tetap nak wat. Haha! Ada aku kesah? Okie dokie, mouse pointer ini juga dikenali sebagai cursor. Haa! Bukan blog je ada tau. So, lets begin the tutorial! ^^
Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Today entry is about how to making an image transparent. Means kat belakang/background gambar tu transparent jadi senang nak edit gambar. ( Hehe, tak tau la nak describe macam mana )
Kali ini Cik Yeanna akan gunakan Pixlr. Sebuah photo editor online. Percuma dan hanya perlu surf je pun. Tak memberatkan komputer anda pun. .
1. Pergi ke laman web Pixlr
2. Klik Open Photo Editor
3. Pilih Open Image from Computer
4. Ok, dah tu pilih la file yang korang nak transparent kan. Contoh, Cik Yeanna pilih pic nie.
5. Lepas tu klik Magic Wand tool. Lihat kat sebelah kiri toolbar.
6. Then, klik kat bahagian yang korang nak. Imej gambar tu akan jadi macam kat bawah nie, akan ada garis putus-putus.
7. Pastu, kat Pixlr top toolbar ( bahagian atas ), klik Edit, pilih Invert Selection.
8. Pergi ke Edit, pilih Copy
9. Dah tu, pergi kat top toolbar sekali lagi n klik File, pilih New.
10. Tickkan ( Check ) dua kotak tersebut. Create New Image from Clipboard dan Transparent.
11. Lastly, klik OK. Anda akan lihat bakcground berwarna kelabu dan putih di belakang imej imej yang anda pilih. Means, imej itu sudah pun transparent.
p/s : Sorry, if u can't understand my language or tak faham apa yang Cik Yeanna sampaikan. Well, I'm still new. Forgive me! @_@ dan kalau anda rasa saya merosakkan bahasa ke apa, maaf sekali lagi! ^^
assalamualaikum..pagi semuanya! Mulakan pagimu dengan senyuman..^_______^
Entri kali nie, sekejap je, dan x susah pun. .Okie, buat blogger yang pertama kali buat blog macam Cik Yeanna nie, mesti kadang-kadang nak sembunyikan tajuk dan tagline kat atas blog tu. Mungkin sebab nak letak header/banner blog kan, jadi tak cantik pula kalau ada yang tetiba terpapar tanpa kita inginkan. Orait, straight to the point. Caranya macam nie..
Design > Template Designer > Advanced > Add Css > Taip macam kat bawah ni :
Assalamualaikum dan hello semuanya. Untuk post hari ni, Cik Yeanna akan buat tutorial tentang cara membuat file .srt ataupun subtitle. Nie kira cara paling senang la sebab tak memerlukan persian kecuali notepad. Tapi, banyak masa kena pakai laa..hehe! Dan untuk memudahkan pembaca, Cik Yeanna dengan ikhlasnya^^ letak screenshot supaya senang nak faham. Kalau tak faham juga, tengok kat laman len..=,=
Contoh subtitle. "Boyfriend" dengan tajuk "Jangan ganggu Min Woo aku..Haha!
Ok, first sekali open notepad anda. Run->Notepad.. lepastu, taip macam kat bawah nie.
kat bawah 00:00:0:00 tu taip perkataan yang anda inginkan, contohnya subs by Yeanna. Oh ya, dan 00:00:00:00 tu adalah masa yang anda inginkan bagi perkataan tu muncul. contohnya:
begitulah seterusnya, 1, 2, 3, 4......dan kalau dah siap taip, pastikan takde kesalahan penulisan contohnya kurang 00..nanti len pula jadinya subtitle korang.
Pastu, dah siap, save la..File->Save As->taip file name dan letak .srt di belakangnya ( cth : Boyfriend.srt ) ->save as type ( pilih All Files ) and click save!
Nota : kalau korang nak letakkan bahasa lain selain roman contohnya Hangul, Hiragana, pastikan Encoding pilih Unicode. Kalau nak tengok subtitle korang tu jadi ke tak, sila la tengok video korang tu.^^
Okie dokie, tu sahaja untuk post kali nie, kalau tak faham comment je tak pun cari laman web lain..haha! praktikkan, ok!
p/s : first time Cik Yeanna buat tutorial, jadi banyak kelemahan dan Cik Yeanna malas nak post banyak gambar. Hehe~~