PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Tips and Trick. Show all posts
Showing posts with label Tips and Trick. Show all posts

16 August 2013

Menjawab Soalan ShoutBox : Matrik & Blog

Assalamualaikum w.b.t dan salam aidilfitri semua! Haha! Apa kes la yeanna nie, raya ke-9 baru nak wish. Nampak sangat dah lama x update blog. Pemalasnya aku.. Alahai~Maaflah semua, yang dok coret 'Tapak Kaki' kat belog aku tu. Tak perasan pula den, ada juga yang sudi bertanyakan soalan, mengajak GA dan blogwalking blog nie.

So, sesuai dengan tajuk entry kali nie, Yeanna nak menjawab la pula persoalan2 yang dikemukakan oleh visitors sekalian. Soalan nie dah lama dah oooiii, dah sebulan dah bertempek kat shoutbox tu. Yeanna baru prasan hari nie. Haha! Disebabkan rasa kemanusiaan, kasih sayang ( aiseehh~)  Yeanna buat la juga entry ye, bagi menjawab persoalan tu. Maaflah ye, sekian lama baru ada entry.






Orait, soalan berkenaan Matrik..   

To Siti, kalau nak masuk matrik kena beli no pin. Then, isi form on9. Dah tu siap! Permohonan akan diumumkan beberapa bulan selepas dapat result SPM. Biasanya bulan April.  Cara nak masuk dengan mudah ialah kena SKOR DALAM SPM. Kalau x dapat straight As pun x pa, yang penting result mencapai  minimum kelayakan macam kat bawah nie. Sumber : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/min_o.cfm


So, konklusinya x da jalan mudah. Semua peluang diberi sama rata. Kalau nak lebih tahu lebih mendalam pasal permohonan Matrik boleh ke cni --> http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm

To Ila, buku rujukan dulu Yeanna lebih suka guna Oxford Fajar. Buku terbitan lain x suka sangat. Sebab ramai lecturer cakap, cap ayam. Tapi, depends on Ila la nak pakai mana. Lebih banyak rujukan lebih baik. Kalau Biology akak recommendkan buku Campbell , nie buku International. Sampai masuk U pun boleh guna. Tapi, harga dia mahal sikit la. RM100 gitu. Lagi satu, banyakkan menjawab past year question ataupun soalan-soalan kat buku Q&A.

buku rujukan keluaran Oxford Fajar

Ok, soalan seterusnya berkenaan Blog.

To dyg&syg, maaflah x reply pertanyaan tu. Hehe. Dah sebulan baru Yeanna nampak. Maaf sesangat. First of all, thank u sudi kata blog ni cantik n cute walaupun biasa2 je.. Kembang semangkuk I kejap.

Tapi, nak tanyalah cantik n cute part mana? Header? Tabs? Background? Yeanna dulu design blog nie pun hasil daripada tutorial yang Yeanna dapat dari Google. Untuk maklumat lanjut, boleh klik tabs Tutorial. Kat situ ada link blogger2 yang memang hebat dalam mendesign blog nie semua. Boleh godek tuto mereka.


Tapi, in sha Allah, jika berkesempatan Yeanna akan buat tuto sendiri. Kalau ada, jangan lupa baca tau! Hehe..

Keeps visit and read!

#PrayForEgypt


15 May 2012

[Tutorial] Kawal Komputer Dengan Suara Anda?

Assalamualaikum dan salam happy go lucky semua! Kali nie, Cik Yeanna nak buat tutorial komputer di mana kita boleh kawal komputer dengan hanya menggunakan suara kita.. Ataupun dalam bahasa lain kita bercakap dengan komputer. Eh? Faham ke komputer tu apa yang kita cakap? Perlukan komputer yang canggih ke? Ok, semua persoalan akan dijawab di bawah. So, teruskan membaca. Jangan risau, jangan bengang tuto ni BETUL punya, tak memain..^^

Ok, first sekali yang kita akan guna ialah Speech Recognition yang terdapat dalam Windows 7. So, tuto kali nie pakai Windows 7 la ye. Kalau OS lain, Cik Yeanna belum explore lagi. Hehe..

Then, Speech Recognition nie hanya available untuk English, French, Spanish, German, Japanese, Simplified Chinese and Traditional Chinese. Malay takde, so kita pakai English la yer..

Apa yang anda perlukan ialah:
1. Komputer/Laptop/Notebook/Netbook yang bersistemkan Windows 7.
2. Headset Microphone / Dekstop Microphone / Mikrofon biasa -->


3. Boleh berbahasa English

Ok, dah ada da semua tu? So, let's begin the tutorial!

1. Pergi Start -> Control Panel -> Ease of Access



 2. Klik Speech Recognition


3. Dah tu, klik Set up microphone untuk korang pastikan sama ada mikrofon korang berfungsi dengan baik atau tidak. p/s : kalau tak dapat dan tiba-tiba ianya keluar sendiri, biarkan sahaja. Teruskan dengan step yang lain.



4. Then, klik Take Speech Tutorial supaya korang lebih faham bagaimana hendak menggunakannya. Di sini akan ditunjukkan bagaimana korang boleh kawal komputer dengan suara. Ikut je apa yang diajar kat situ. Pastikan screen resolution korang berada pada 1024x768.

5. Ok, kalau korang dah ikut apa yang diajar tu dan sudah faham korang boleh Start Speech Recognition.


Speech recogniton nie juga boleh taip apa yang korang cakap contohnya kat dalam notepad atau microsoft word. Janji korang cakap dengan betul la ye. Jangan guna Manglish pula. dan jangan bengang kat laptop tu sebab kadang-kadang lain yang korang cakap lain yang dia buat. Hehe~ Biasalah, korang kena train dulu komputer tu, lama-lama baru dia faham. 

Dengan cara ini juga, korang boleh meningkatkan mutu bahasa Inggeris dan meningkatkan kesabaran. So, akhir kata dari Cik Yeanna develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow.

p/s : kalau tak faham boleh comment, insya-Allah akan dibalas secepatnya. Kalau dah try pun bagi tau juga ek..hehe..^^



1 February 2012

..::Silap Mata Duit Syiling::..

assalamualaikum dan selamat petang semuanya! Haha~lama dah x post entry. Lama ke? X da la lama sangat pun, Cik Yeanna je perasan sorang2x. >.<

Untuk entry kali ni, Cik Yeanna akan bongkar lagi silap mata atau magic yang senang dibuat. Means, bahan untuk buat magik nie senang dicari dan taklah menyusahkan korang. Hehe. .Cuma memerlukan kertas dan duit syiling sahaja untuk membuatkan magik ini berjaya. Dalam entry lepas Silap Mata Matematik , Cik Yeanna ajar mengira dan menolak kan? Hehe~Kali nie, cuma lipat-lipat kertas dan koyak je.. Haa! Tak ke, senang tu?

Okie dokie, lets check it out! ^^

Effect : A coin wrapped in paper. You then tear up the paper - the coin has disappeared!

Secret : Place the coin on the paper, just above the center. Fold the top portion of paper down over the coin. Fold the right side of the paper around to the back. Do the same with the left side. Lastly, fold the bottom portion back. The procedure leaves the bottom edge of the packet open. Hold the paper in your hand and allow the coin to slip into your hand. Tear up the paper and the coin seems to vanished.


kalau nak lebih faham, kat tengok video nie..




p/s : sorry, entry ni dalam English sebab Cik Yeanna malas nak translate ke Melayu. Hehe~lagipun mesti ramai gak yang faham kan, maklumlah bahasa omputih nie dah semakin penting dan banyak diajar gak. Don't forger to try it! ^^

28 January 2012

..::Silap Mata Matematik::..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua! Haha! Semakin rajin Cik Yeanna nak post entry. Biasa blogger baru..Semangat berkobar-kobar. Haha! Opps~blogger? Masih terlalu awal dan mentah..=,=

Btw, hari ni Cik Yeanna nak ajar korang semua tentang silap mata..Haaa~Bukan silap mata macam post Magik Paling Senang tu pula. Kali ini, serius Cik Yeanna nak bagi tahu. Rasanya budak darjah pun boleh buat trik nie, asal pandai matematik la, just tambah dan tolak je pun.

Okie dokie, lets begin our magic trick today! ^^

Peralatan : Kertas, Pen/Pensil

Kesan : Anda menjangkakan jumlah yang dibuat oleh rakan anda.

Rahsia : Tulis nombor 1089 dalam sekeping/secebis kertas, lipat dan letakkan dalam meja anda. Kemudian, tanya rakan/keluarga/orang untuk memilih  apa sahaja tiga digit nombor. Ketiga-tiga digit tersebut mesti berbeza dan nombor pertama mesti lebih tinggi dari yang terakhir. Lepas tu terbalikkan semua nombor dan tulis dibawahnya. Contohnya, dia memilih 983, sekarang dia tulis 389. Nombor yang lebih kecil ditolak oleh nombor yang lebih besar. Ok, tolak nombor tu. ( 983 - 389 = 594 ). Ok, dah dapat jawapannya, kan? Lepas tu, terbalikkan lagi jawapan tadi tu, menjadi 495. Dah tu, kedua-dua nombor itu ditambah. ( 594 + 495 = 1089 ). Buka kertas yang anda tulis pada awal tadi, dan tunjukkan pada orang yang anda tanya tadi. Sama kan, jawapannya..Realitinya, jika pengiraan itu dilakukkan dengan betul, jawapannya akan tetap 1089!


maaf kalau korang tak faham cara Cik Yeanna explain kat korang. kalau tak faham boleh komen. Hehe~trick ne asalnya dalam English, Cik Yeanna translate ke B.Melayu.. Tu pasalah, agak kureng sket. Tapi, rasanya lau tengok gambar dah faham da kot..

Okie dokie, enjoy! Praktikkan~~^^

24 January 2012

..::Cara Mudah Cari Serial Key/Activation Key Software di Google::..

assalamualaikum dan hello everyone. Yeah, once again, Cik Yeanna suka campur-campur bahasa kalau bercakap.. Mix pun mix la, ada aku kesah ^^

Okie dokie, tentu korang kadangkala mengalami masalah di mana software/perisian korang tu hanyalah trial dan memerlukan code/key untuk register. Ye lah, takkan la kita nak perisian yang hanya bertahan 30 hari je kan? So, dengan adanya serial key/code korang boleh dapat software tu dengan PERCUMA tanpa perlu beli dan dapat guna dalam JANGKA MASA LAMA~~

Cara nak cari key dengan percuma ialah taip software yang korang nak key dia tu kat google,
contohnya korang nak cari key Windows XP Professional then korang taip je Windows XP Professional 94FBR..

Contoh carian korang

Automatik kat carian tu banyak key/code yang terpapar. Kan, memudahkan kerja!

So,dengan adanya kode 94FBR nie, ia memudahkan carian dan membantu dalam mengurangkan laman yang mungkin cuba tipu anda. Apa-apa software pun boleh kut. .Ingat! Kunci utama nya ialah kod 94FBR.  Ok, papai! Jangan lupa praktikkan~~^___^

p/s : Cik Yeanna dapat info ni dari Techtricx

22 January 2012

..::6 Tips Penjagaan Laptop::..



assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Kali ni Cik Yeanna akan kongsi post tentang penjagaan laptop. Kenapa kebanyakan laptop cepat rosak, ek? Bateri tak tahan lama? Lembab? Serangan virus? Haa~mungkin ramai yang tak tahu, kadang-kadang apa yang kita buat tu, menyebabkan laptop kita menghadapi masalah seperti di atas. Okie dokie, jom kita baca tips-tips penjagaan laptop. .

 
1. Jangan Gunakan Laptop Anda Di  Katil/Tilam
Elakkan mengguna laptop di katil atau sofa.. Ini  kerana jika anda meletakkan laptop di permukaan yang lembut, anda menghalang lubang-lubang udara di bahagian bawah dan laptop tidak boleh menyedut udara untuk disejukkan.
nota: Tempatkan laptop pada permukaan yang keras seperti meja atau cooler.



2.Gunakan Cooling Pad/Cooler/Kipas Laptop
Elakkan laptop anda panas setiap masa. Semakin rendah suhu laptop anda, semakin lama ia akan hidup. Harga cooler nie tak de la mahal sangat, setakat dalam belasan ringgit sahaja. Tak salah beli untuk kepentingan masa hadapan.

 3.Dapatkan perisian/software Anti-Virus
Dah banyak da perisian anti-virus nie, tak kira lah yang freeware atau pun yang berbayar. Kalau nak lindungi komputer korang dari kena serangan virus, cepat-cepatlah pasang anti-virus. Bukan pa, silap-silap nanti komputer korang dah tak ley buka, hang semacam. Tak tanggung! hehe~
Contoh Anti-Virus yang tebaik~ (taip kat google lau nak, cik yeanna malas nak sediakan link ) ^^



Antivirus Berbayar Terbaik:
1.  BitDefender Antivirus Pro 2011
2.  Kaspersky Lab Anti-Virus 2011
3.  Trend Micro Titanium Antivirus Plus 2011
4.  Avast Pro Antivirus 5
5.  Avira Antivir Premium 10
6.  Eset Nod32 Antivirus 4


Antivirus Percuma Terbaik:
1.  Avast! Home Edition
2.  AVG Antivir 2011 Free Edition
3.  Bitdefender 2011 Free Edition
4.  AVIRA Antivir Home Edition 2011
5.  PC Tools Anti-virus 2011

dan sebenarnya banyak lagi anti-virus yang bagus, tapi malas nak list. Hehe.

nota: Jangan lupa update anti-virus tu.


4.Bersihkan skrin laptop dengan betul
Ambil dua tisu, satu dengan air dan satu lagi dibiarkan kering. Lap skrin anda, ok~Kalau mahu lagi senang, beli LCD Cleaners untuk memastikan skrin anda sentiasa berkilat, nampak baru dan tak tercalar. Tak mahal sangat gak pun. Lagipun memudahkan kerja tau, spray2x, lap2x..habis! Cleaner tu pun bukan hanya boleh bersihkan skrin komputer malahan skrin handphone, skrin tv pun ley juga. Tapi lau nak bersihkan badan tak ley la..hehe



5.Guna Windows Optimizer
Windows Optimizer adalah di mana terdapat perisian yang mengoptimumkan sistem Windows anda ke tahap yang terbaik. Means melakukan kerja-kerja pembersihan supaya komputer berjalan dengan lebih lancar dan senang. Cik Yeanna saran pakaiCCleaner la sebab ringan, mudah dan popular.Hehe~ Tapi kalau tak nak pakai CCleaner pun tak pe, ada perisian yang berfungsi hampir sama dengan dia. Contohnya, TweakNow PowerPack,  IObit Toolbox, Comodo System Cleaner dan JetClean.





6.Jaga bateri laptop anda
Jangan biarkan laptop dicas sepanjang masa. Nanti meletup tau! hehe.. kalau kurangkan cas latop maka hayat bateri tu boleh bertahan lama. Macam manusia la juga, jangan asyik tension je, nanti stress, bunuh diri .. Kalau nak gunakan dalam masa yang lama, tak ya pakai bateri pun tak pe. Buka je bateri lapop tu, then sambung dengan elektrik. Pemakaian bateri nie untuk masa-masa yang penting je, ok~~kalau setakat dok umah 24 jam, tak yah la, melainkan tak de elektrik kat rumah. .*___*



p/s: Banyak blog buat 10+ tips, tapi Cik Yeanna buat 6 tips je. Kedekut ke apa? Hehe.Bagus la, dari tak de kan? Sharing is caring! ( I'm a caring person ) ^^


credit to My Hackers Are Here for the list of Best Antivirus 2011. .
DESIGNED BY CIK YEANNA