PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 May 2012

Diploma VS Matrikulasi

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Yeah! Cik Yeanna buat entry lagi..dah lama tak buat entry.. merajuk ke apa ha? Larikan diri ke? Hehe~first of all, sorry jarang update. Tentu korang rindu kan.. Haha! ( #perasannya Cik Yeanna ne..bajet popular..>.< )

Okie dokie, pada Isnin ini pasti ramai lah budak-budak lepasan SPM 2011 nak check upu.. Yup! Matriks dah kuar. Maktab pun dah. N last skali IPTA/Politeknik Premier.. 

Pergh! Serasa sejuk tangan ini, apabila menekan-nekan papan kekunci menaip nombor ic. Berhati-hati, takut salah taip. Dah taip pastu tekan ENTER! Tunggu sat..Yeah! Dah kuar! Semacam tak percaya je bila dah keluar keputusan upu tu. Alhamdulillah.. Dapat juga upu walaupun course tu bukanlah pilihan pertama. Rezeki..


Dapat diploma kejuruteraan elektrik. Serasa macam, what? Really? Kejuruteraan? What the...Rasa binggung sebentar di situ, sebab tak ingat pun yang Cik Yeanna ada apply course nie. Hehe..

Ok, merujuk pada tajuk post, Diploma VS Matriks.. Cik Yeanna kusut sekejap nak yang mana satu.. Tapi setelah diteliti dan dikaji, rasanya ambil matrikulasi kot. KML here I come! Yelah, sebab murah sikit dari diploma. Hehe~Dapat elaun lagi. Ye lah, saya bukan dari golongan senang, hanya biasa-biasa sahaja..^^

TAHNIAH, bagi yang dapat.. Belajar rajin-rajin erk. Jangan nak enjoy je. Buat yang tak BERJAYA, jangan sedih, jangan gundah, jangan frust menonggeng.. Ini semua sudah ditentukan-Nya. Terima saja dengan hati yang terbuka. . Pasti ada hikmahnya..Mana tahu masuk form 6 boleh dapat 4Flat. Tak hepi gitu? Sentiasa fikiran positif ok? You can do it! ^^

Kalau nak check boleh klik kat cni :

ATAU melalui SMS. Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888..


update : Bagi yang still bingung memilih nak sambung pelajaran kat mana boleh tengok link nie:


 p/s : kalau ada yang dapat Kolej Matrikulasi Labuan (KML), jom lah kenal2x! ^^

23 April 2012

[Tutorial] Lajukan Loading Page Blog Anda

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Isnin~

Dalam entry kali nie, Cik Yeanna dengan senang hatinya nak buat tutorial. Yea lah, dah lama dah Cik Yeanna tak buat tutorial..mesti ramai readers kecewa bila tengok page tutorial yang tak berapa sangat lah nak tuto pasal blogger/blogspot. . Hehe! Sorry..

Ok, kebanyakan korang nie mesti rajin blogwalking kan? Time blogwalking tu bermacam lah blog korang bukak. Ye lah, nak tambah ramai follower..Hehe. 

But, tengah korang asyik buka tab yang banyak tu, tentu lah line internet terasa sedikit kelembapannya. Means, ada segelintir blog berjalan tahap kura-kura. Jadi, anda dengan berat hatinya terpaksa jugalah close blog yang lambat loading tu. Tak jadi nak bw kat sana. 


So, bagaimana kalau blog yang ditutup itu blog anda? Blog yang berjalan tahap kura-kura. Mesti tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak blog anda di close bukan? if yes, anda kena lajukan loading page blog anda.

Bagaimana caranya? Yaa! That's the point! Kebanyakan blog lambat loading disebabkan oleh widget yang banyak sangat. So, first korang kena buang or delete widget-widget yang korang rasa tak penting pun. 

Ok, dah buang dah? And still, korang rasa blog anda masih lambat? No problem, semudah sifir 2x2 korang hanya perlu :

1. Sign In >> Design >> Edit HTML >> Klik Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl + F pada keyboard, ( tekan serentak tau ) then taip </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.


<script charset="utf-8" type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js">// <![CDATA[
<script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});
// ]]></script>


contoh :



3. Seterusnya, klik Save Template.

Finish! Dah siap.. Korang boleh View Blog dan lihat perbezaanya. Sebelum itu, kalau korang nak tengok kelajuan blog berapa boleh ke Website Speed Test atau ke 10 Website Memeriksa Kelajuan Blog .

p/s : Credit to AzizulAzami dotCom.

20 April 2012

[Download] Jom Belajar Bahasa Korea!



Assalamualaikum and helloo readers!

Seiring dengan K-Pop fever yang telah melanda dunia dewasa ini, pasti ramai yang terkinja-kinja bersemangat nak belajar bahasa Korea kan. Golongan Kpoperz dah semakin ramai dah kat Malaysia nie. Tak kurang juga yang nak melawat ke Korea sama ada ingin bercuti ataupun melanjutkan pelajaran kat sana. Tak salah kan belajar bahasa? Ilmu tau nie..Pepatah Cina ada menyebut "Learning is a treasure that will follow its owner everywhere".

So, kali ni Cik Yeanna nak share software learning language bahasa Korea. Haa! Malas nak buka kamus? Declan Software Learn Korean ada jawapannya..

Declan Software ni adalah Language Learning Software. Boleh belajar bahasa Korean, Japanese, French, Arabic dll. Untuk maklumat lanjut tentang Declan Software boleh klik SINI .

Kat Declan Software Learn Korean ada lima program shareware. Lima software tersebut ialah :

Korean FlashCards
Korean HakGyo
ReadWrite Korean
Korean Dictionary
WordFile Creator Pro


snapshot Korean HakGyo

snapshot Korean Dictionary


Korang boleh belajar tulisan Hangul, grammar, tense, vocabulary, pronounciation dan banyak lagi laa..So, straight to the point boleh klik link-link tersebut. *Klik satu link je ye, cik Yeanna bagi pilihan banyak2 kot-kot nanti ada link yang mati.


Link 1 : Declan Software Learn Korean  (yang nie link site yang official punya, trial 15 days)
Link 2 : Declan Sofware  (nie link 4shared, cik Yeanna upload. ada keygen, means boleh register tapi kadang2 komputer akan detect virus kat keygen tu so tak tanggung risiko ye.. virus tu tak bahaya juga, jangan risau. Lagi satu, yang nie hanya ada 4 program je, takde WordFile Creator Pro)
Link 3 : Declan Software Korean (yang nie, hampir sama je dengan link 2, cuma bezanya cik Yeanna dah transferkan serial number nya, dalam bentuk notepad (.txt). means, tak detect virus la..selamat sikit )


❝One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way.❞
‒ Frank Smith-


p/s : kalau nak tukar languange keyboard jadi hangul/korea sila tengok tuto ini ---> Cara Ubah Language Keyboard Windows 7

-entry ini telah diupdate semula pada 10 Mei 2013..
DESIGNED BY CIK YEANNA