PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 June 2013

Keldai yang Memakai Serban

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, dan salam ceria uollsszz~! Nie Yeanna mai nak habak satu cite tentang keldai.. Yup! Keldai..What? Apasal takde cite lain? Haha! Lantak kamek la, nak post apa.. Yang pasti, cite tentang keldai nie jugalah yang buat kamek tersentap..tertembak gitu..hehe~ :)



Al-kisah nya begini..

Pada suatu hari,

Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin berisitirahat di kampung itu sebelum meneruskan pengembaraanya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu segera pun menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan,"sapa seorang yang lain pula.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami...."pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu  semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajar kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya..

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmah itu dengan cara yang bergitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

    Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahirnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah tidak tepat sama sekali. Pakaian hanyalah umpama 'topeng' yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai!

Hehe..macam tu je lah kisah pendek yang Yeanna kopi pasta dari sebuah buku terbitan Telaga Biru yang berajuk Angguk Geleng.. Best betol buku nie, banyak kisah-kisah yang memberikan ibrahnya yang tersendiri.. So, my suggestion is try to buy and read this book! Really daebak!Keke!


p/s : kamek = saya
       mengenderai = menunggang, menaiki

4 June 2013

Kisah Tudung Labuh

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam hari Selasa dan salam petang2 semua~!



Dah lama Yeanna tak tulis entry, so kali nie nak share tentang TUDUNG LABUH.. a ah, tudung labuh..bukan tudung saji, bukan tudung botol dan apa2 tudung yang x berkenan..  Ilham datang nak buat entry nie, sebab tadi duk iron tudung. Duk iron tudung tu teringat la pula kawan2 kat Matrik nie.. Teringat bagaimana kisah penghijrahan hamba Allah nie pakai tudung labuh..So, alkisahnya begini..

[FLASH BACK]

Pada suatu hari, di petang yang damai..angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi yang x berapa nak montel, sambil kupu-kupu riang ria berterbangan..

Ketika itu, ada seorang hamba Allah nie duk tengah berehat di bilik sambil memikirkan masa depannya di Matrikulasi. Ya, hamba Allah ini baru sahaja mendaftar di matrik sehari yang lalu. Junior la katakan. Penat katanya. Mengeluh saja dirinya.. Rindu mak bermain di fikirannya..

Tengah dia duk berangan, tiba-tiba telefon nya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk. "Tahniah! Anda terpilih untuk menjadi ajk surau. Sila hadiri temuduga pukul 2 ini, di surau. Jazakallah." Begitulah lebih kurang mesej yang diterima nya. Kecut hatinya hamba Allah ini. Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Temuduga apa pula nie? Mindanya cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku semalam. Dicari-cari data dalam memorinya, akhirnya jumpa! Ya! Baru dia teringat. Memang dia ada isi borang nak jadi ajk surau. Tapi perlu ke temuduga? Temuduga? Aku mana pernah temuduga? Nak kata apa? Nak pergi ke tak nak? Panik seketika. Hamba Allah ini pun terus mengambil handphone dan ibu jarinya pantas menaip mesej untuk dihantarkan pada sahabat sekampung yang berada di Matrik juga. Bertanya jika mereka mendapat mesej yang sama.. Akhirnya, tak sampai seminit. Jawapan diterima. Fuh! Laju juga kawan dia nie taip mesej. Alhamdulillah! Ada kawan nak pergi temuduga nanti.

Masalah settle! Ya, harus cuba!. Walaupun dirinya tak sealim mana, pengetahuan tak banyak mana, tapi hatinya tetap dikuatkan pergi ke temuduga itu. Akan tetapi, satu persoalan terlintas di fikirannya.. Nak pakai tudung apa pula? Sebelum menjejak ke Matrik, hamba Allah ini lebih biasa memakai tudung bawal 40' atau 50' bidang. Hmm..Nak jadi ajk surau kena nampak alim ke? Kena nampak ala-ala ustazah ke? Keraguan dibisik-bisikkan padanya.

Astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim~~

Nak pakai tudung labuh tak semestinya ustazah. Sesiapa je boleh pakai. Lalu, hamba Allah ini menetapkan pendiriannya. Lantas tangannya mengambil satu tudung labuh hitam dari loker pakaiannya. Tudung labuh pertamanya. Tudung labuh yang dijahit sendiri oleh kawan baiknya. Tudung labuh yang tak pernah dipakainya. Tudung labuh hitam yang hanya berjahit ditengahnya kemudian dibakar di tepinya. Sungguh! Runtun hatinya.. Keinginan nak memakai tudung labuh itu tiba-tiba semakin kuat dalam dirinya. Dirinya ingin berubah! Ingin BERUBAH. Pantas tudung itu disterikanya (iron tudung), dan dipakaikan kemas pada kepalanya.

Subhanallah.. Rasa yang hadir ketika memakai tudung labuh itu memang aneh. Tak pernah dirasainya. Dirinya rasa selamat. Dirinya rasa bahagia. Dirinya rasa tenang. Dirinya memutuskan mulai hari itu, dirinya akan cuba istiqamah untuk memakai tudung labuh. Walaupun istiqamah itu sukar, tapi tak bermakna ianya tak boleh dilakukan. Allah kan ada! Insya-Allah, hamba Allah itu akan cuba untuk terus menerus memakai nya, menjaga auratnya, menjaga pandangannya, menjaga maruah dirinya, ibubapanya, dan TERPENTING menjaga maruah AGAMANYA..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai di situ sahaja al-kisah tudung labuh si hamba Allah tadi.

Tudung labuh bukan hanya untuk ustazah-ustazah sahaja. Bukan untuk budak sekolah agama sahaja. Tapi, boleh untuk semua! Perempuan la maksudnya ye.. Jangan pulak hang nie laki, baca entry aku terus pakai tudung labuh pula. Buat lelaki, pakai lah songkok/kopiah sket. Baru handsome gitu!

Pakai tudung panas? Panas tahap macam mana tu? Nak tanya, mana lagi panas? Panas api neraka atau panas pakai tudung. Haa! Budak-budak PASTI pun boleh jawab tau.. Orait, chill~ ^^ Pakai tudung labuh nie takde lah panas sangat pun. Kalau dah biasa pakai, mesti biasa punya lah. Alah bisa, tegal biasa. Somehow, kalau dah pakai tudung labuh, korang akan rasa selamat gitu.. Tak caye? Give a try!



Pakai tudung labuh payah, lambat nak iron? Asyik kusut sana sini? Aigoo~Ini takde hal lah. First, memang macam tu. Tak biasa kan. So, apalagi? Biasakan apa yang korang tak biasa. Once again, alah bisa tegal biasa. Practice makes perfect.. Lagipun sekarang kan dah banyak tudung-tudung labuh yang material nya tak cepat kusut, senang iron. Internet di hujung jari, boleh search.



Tudung labuh mahal? Yang cantik, kenalah mahal sikit. Harga diri tu kan mahal. Nie, bergantung pada material, jenama, dll juga. Lagipun, berbaloi lah. Bukan pakai sehari pun. Pakai lama kan. Kalau nak murah, boleh beli kain je. Jahit tengah dan tepi, siap! Tak pandai jahit? Suruh orang jahitkan..hehe.. Kalau bawal pula, boleh beli bidang 60'. Sekarang macam2 style, bunga2 ke, 2-3 tone ke.. Apatah lagi kalau shawl. Boleh je, kalau korang nak pakai shawl. Asal tutup dada. Bukan ngam2 tutup pula tau. Labuhkan sikit please, kalau nak buat macam Heliza Helmi ni pun cantik ok.

Pakai tudung labuh tak boleh nak bergaya? Siapa kata? Kolot semua tu.. Sekarang nie, banyak je tudung-tudung yang cantik tapi labuh. Banyak je tutorial kat youtube tu, cara-cara pakai tudung but still labuh yet bergaya. Tapi, INGAT! jangan nak tabaruj pula. Bergaya tu bergaya juga, tapi ada batasannya..

Menurut bahasa, tabarruj adalah wanita yang memamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki (Ibnu Manzhur di Lisanul Arab). Tabarrajatil mar'ah artinya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Menurut syari'ah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Termasuk orang yang mengenakan cadar, dimana seorang wanita membungkus wajahnya, apabila warna-warnanya mencolok dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj jahiliyah terdahulu.
 


Nak pakai tapi ada halangan keluarga? Kena ejek orang sekeliling? Orait, masalah nie memang selalu berlaku juga. For me, also. Tapi, takde lah nak kena tentang habis-habisan. Kena tease je, dipanggil ustazah, dipanggil alim..Yah, sort of that. Tapi, ok lah tu kan. Mereka mendoakan kita jadi yang baik-baik tu.. Amin.. Benda nie, kalau family tentang, kena slow talk dengan dorang. Mungkin mereka tak faham. Mungkin mereka takut anak mereka macam terrorist. Fahami mereka kenapa menentang, then fahamkan mereka. Lagi satu, doa kan senjata orang mukmin. Berdoa lah, semoga orang-orang sekeliling dapat menerima.

Nak pakai tudung labuh nie, tak semestinya 100% baik.. Tak boleh kata, hang nie cetek ilmu sangat. Hang nie banyak buat dosa. Well, mengikut pengalaman dan pemerhatian.. Kebanyakkan mereka yang bertudung labuh ini adalah kerana mereka ingin BERUBAH. Yes! CHANGE! Why not give yourself a chance so you can change? Kena ada determination yang kuat. Insya-Allah, boleh. Sekurang-kurangnya, tudung labuh nie boleh jadi 'pacemaker' untuk korang berubah. Untuk korang menjaga diri. Supaya korang ada rasa malu. Contohnya, takkan lah korang dah bertudung labuh nie korang nak buat maksiat pula kan? takkan lah korang nak gi duk tepuk tampar dengan bukan muhrim pula kan? My advice, give a try! Hehehe..

So, sampai sini je lah entry kali nie. Nak celoteh panjang lebar, kang ada yang tetido depan laptop. Basah pula nanti keyboard tu.. Lastly, ingatlah yang tertutup itu lagi indah! ^^v


 
video kat atas nie, selalu sorang sahabat bagi perkongsian..

The sun doesn't lose its beauty when covered by the clouds
The same way your beauty doesn't fade when being covered by Hijab

p/s : tengah-tengah cari gambar, terjumpa pula webpage nie..best! Top 11 excuses of Muslim Women who don't wear Islamic Hijaab!

yang tengah cari kisah bertudung labuh tu, boleh klik nie --> Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21

14 May 2013

Kolej Matrikulasi Labuan Part 5

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t, salam ceria dan salam hari Selasa semua! Waa! Lama dah tak buat entry nie..8 hari dah kot. Stats pun dah turun, internet pun dah lambat, hari pendaftaran Matrik pun makin dekat dan cik Yeanna pun makin malas.. Buat yang ternanti nanti di balas comment, maaf ye lambat reply.. Mohon maaf! Gomenasai! >.<



Orait, so kali nie cik Yeanna nak cite tentang ASRAMA, KULIAH, TUTORIAL, PRAKTIKUM, dan AKTIVITI KOKO, dan BUKU RUJUKAN.. Haa! Amek tu, 6 in 1 che bagi hang pa semua..

1. ASRAMA
Baiklah, tentang asrama.. Semua dah maklum kan, ada 6 asrama kat KML nie, 4 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki. Kat setiap blok ada Bilik TV, Bilik Rekreasi dan Bilik Bacaan. Koperasi pun ada. Tapi, koperasi hanya ada kat blok D dan blok E sahaja. Kat koperasi nie macam2 ada jual ye like maggi, roti, minuman, kredit dll. Macam koperasi sekolah lah juga. Buat pengetahuan adik2 semua, kat sana cerek elektrik dan seterika tak disediakan. Beli sendiri ye.. Water cooler tak de, tapi mesin air RO (Reverse Osmosis) ada.. Setiap blok ada mesin air nie, so dun wori be hepi ok? About rice cooker pula, rice cooker TAK DIBENARKAN bawa..tapi, kalau berdegil juga nak bawa, kena lah sembunyi2 ye..

contoh mesin air RO

Baiklah, tentang keselamatan di asrama pula.. Tentang barang selalu hilang kat bilik tu, cik Yeanna tak pernah la pula alaminya. Semua roomate, jiran-jiran akak baik je. Tapi dari yang akak pernah dengar sebelum ini, pernah lah juga berlaku kes kecurian tu. Terutama laptop, handphone n kad ATM. Kalau nak selamat, kunci lah loker tu time nak ke kuliah. Pasal kad ATM tu pula, jangan senang2 nak bagitau password pula, walaupun kita percaya kat orang tu..

Then, tempat sidai pakaian pula. Tempat sidai pakaian ada kat luar. Setiap bilik dapat 3 or 2 tempat penyidai. Ada juga yang tak dapat langsung. Means kena kongsi dengan bilik sebelah. Hehe~

nie blok asrama lelaki rasanya. tak tahu tahun bila. ( gambar atas ihsan google )


2. KULIAH
Orait, dewan kuliah kat KML ada 6, DK1-DK6. Dewan Kuliah yang terbesar kat sana adalah DK1 dan DK2. DK1 dan DK2 nie, selalunya budak Akaun yang pakai. Dewan Kuliah ni menempatkan dalam 100 lebih pelajar. Pelajar Akaun hanya ada dua kumpulan kuliah sahaja, A1 dan A2. Bagi Modul 1 pula ada 6 kumpulan kuliah, (BP1-BP6), Modul 2 akak x pasti, rasanya sampai 5 kumpulan (CP1-CP5) dan last skali Modul 3 ada 5 kumpulan (BC1-BC5).. Nie semua bergantung pada jumlah pelajar time tu, ok.. For PDT, akak tak tahu..Boleh google tempat lain, ok? Hehe..Kalau tak faham juga, kena lah masuk Matrik baru faham...Haha!

DK2


nie geng kuliah cik Yeanna, "we are BC2"..

Haa! Kalau x sure lagi nak pakai apa time kuliah, boleh tengok gambar kat atas tu ye.. Beratus model, ok..

Suasana pembelajaran kat Dewan Kuliah nie pula, lecturer akan terangkan kat depan..Pakai slide..(Power Point). Korang salin nota. Boleh tanya soalan kat lecturer kalau x faham. Biasanya lecturer akan bagi lecture note sebelum kuliah or selepas kuliah. Bergantung pada lecturer la juga. Kadang-kadang lecture note ada jual kat KCCI.(tempat fotocopy kat KML). Also, ada juga certain lecturer yang x bagi nota, so korang kenalah berdikari like salin nota or fotocopy nota lecturer lain. Kat Matrik nie, korang kenalah berdikari sikit. Jangan harapkan lecturer akan suap anda, tapi kena pandai CARI sendiri.. Belajar kena lebih sikit dari sebelum nie kalau nak berjaya.. Kat Matrik nie, pembelajarannya fast sikit. Apatah lagi student PST. Bayangkan korang kena habiskan 11bab contohnya dalam 1 sem (6 bulan kot)..itu baru satu subjek. belum tolak cuti lagi..tolak mid sem.. So, kebanyakan lecturer akan rush sangat kalau dah nak dekat exam..Nak habiskan silibus kan, kenalah cepat. Maka dengan itu, kelas malam akan selalu ada..Hehe~

TAPI!! Jangan pula korang patah semangat nak belajar kat Matrik nie.. Kalau korang usaha, insya-Allah BOLEH! Ramai je yang dapat 4 flat, dalam 300 lebih pelajar gitu. Kes kena tendang? Tak payah risau sangatlah, jarang sangat pelajar kena tendang kat sini..Kalau pointer bawah 2.00 pun, biasanya masuk PDT je..Bah, kalau gitu usahanya yang lebih dong..^^v

3.TUTORIAL
Kalau tadi, korang study kat Dewan Kuliah ikut kumpulan kuliah kan? So, kalau study kat Bilik Tutorial, korang ikut kelas tutorial.. Bilik Tutorial ada 40 lebih kalau tak silap..Suasana pembelajarannya pula, korang study macam biasa. Macam kat kelas tu.. Ada papan putih, meja, kerusi.. Kat sini, lecturer akan terangkan lebih detail. Means, kalau ada yang korang tak faham, korang boleh tanya kat lecturer lebih mendalam. Macam dalam kelas. Kat Tutorial nie jugalah korang akan buat latihan like Tutorial Book, pop-quiz, and extra exercise! Buku Tutorial nie kena buat tau! Sebab time Tutorial korang akan bincang benda nie. Oh ya! Kebanyakan lecturer juga, rajin buat pop-quiz..Means, sebelum masuk kelas, kenalah prepare! Markah quiz nie masuk PB(Penilaian Beterusan kot..)..Maksudnya, akan carry mark untuk exam nanti.. Tapi, kebanyakan lecturer sana baik hati, so mereka akan bagi tau bila nak quiz. So, takde lah nak 'pop' sangat kan..

Tentang kelas tutorial pula, inilah yang dikatakan sebagai classmate anda! Kalau kat sekolah dulu ada 5Science,5Cempaka n 5 so on.. Kat Matrik pula lain sikit. Misalnya, kalau dulu, kelas tutorial cik yeanna ialah BC2T10.. BC2 untuk kumpulan kuliah. T10 untuk kelas tutorial.. Apa macam? Faham kerr? Kalau tak faham gak, meh sini che nak siku kepala hang..Haha!


contoh kat Bilik Tutorial. credit pic to: www.theultimatewinnerz.blogspot.com


4.Praktikum
Ok, kalau korang ambil jurusan akaun, skip this ok..Bukan untuk korang.. Haha! ( Penjahat pulakkk).. Orait, tentang praktikum/amali ataupun lebih glamor dengan LAB.. Masa kat Lab adalah 2 jam. Kat Lab nie korang akan masak ayam, minum2, main lari-lari, konda kondi dan sebagainya.. Keke! Tak de lah, hanyalah gurauan yang langsung tak lucu pun..

Biasalah, dah nama lab, kena lah buat eksperimen. Haa! Dah faham teori kenalah buat praktikal pula kan. Nak masuk Lab, kenalah pastikan pakai kot makmal, rambut diikat dengan kemas bagi yang berambut panjang, dan bawa lab manual. Kot makmal dan lab manual nie, jangan risau nanti akan dibagi kat sana..

Kat makmal nie juga, kebanyakan lecturer akan suruh korang siapkan 'Jotter Book' dahulu sebelum masuk makmal. Chemistry subject lah yang selalu kena siapkan Jotter Book nie.. Jotter book nie, biasanya pakai buku latihan yang kecik tu je.. Apa tu Jotter Book? Sila search sendiri ye.. cik Yeanna tak tahu macam mana nak explain..Haha! Ok ok, Jotter book adalah buku tulis yang digunakan untuk melukis prosedur makmal berdasarkan kefahaman sendiri yang nantinya akan diperiksa dan dibetulkan oleh pensyarah sebelum makmal dimulakan. Jotter book juga digunakan untuk mencatat hasil eksperimen dan nantinya akan dipindahkan ke laporan makmal yang lengkap.<--Dari http://catatanseorangdoktor.wordpress.com..

  
contoh buku latihan yang boleh dibuat Jotter Book


persekitaran luar makmal Kimia


5. Aktiviti KOKO
Yeah! Coco-crunch! Erk? Sorry, salah timing..Ehem-ehem..Pasal aktiviti Koko/Kokurikulum nie pula, korang akan ambil satu sem sahaja. Macam cik Yeanna dulu, kitaorang modul 1 n 3 ambil subjek Koko time sem 1. Akaun n modul 2 ambil time sem 2. Aktiviti koko nie akan ditentukan oleh pengurusan kokurikulum. Ada kelas yang dapat olahraga, permainan luar, kawad, badminton, ping pong and so on.. Banyak lagi lah..Macam kelas cik Yeanna, kitaorang dapat permainan luar. Macam2 yang kami buat. Ikut lecturer korang jugak sebenarnya. Aktiviti Koko yang paling popular skali ialah main BOWLING! Haha! Kat KML ada tempat main bowling meh? Grand gilak! Hehe, no lah.. main bowling kat Ujana Kewangan (UK) lah..Kompleks beli belah kat Labuan..

Ok, bagi para atlet yang hebat, jangan risau! Anda still boleh bersukan! Bagaimana? Dengan mewakili Matrikulasi Labuan dalam aktiviti KAKOM.. Olahraga ada, bola tampar ada, badminton ada dan macam2 'ada' lah lagi. Adabi je takde.. FYI, KML merupakan johan 3x berturut-turut kalau tak silap dalam kejohanan KAKOM nie.. Kiranya, KML is the BEST lah in Malaysia! Waah! Bangga berabis tuu.. So, kalau nak ikut KAKOM rasanya time orientasi nanti akan diumumkan gak kot bila pemilihan. Kalau ikut KAKOM nie, markah koko korang full lah..10% dalam tangan.. Macam time sekolah dulu juga, kenalah aktif dalam kokurikulum baru dapat markah, right?

Then, kalau korang tak nak ikut KAKOM nie pun tak pe.. Ada banyak lagi cara lain nak dapatkan markah koko. How? Sama macam sekolah juga, join lah persatuan/kelab. Kat Matrik ada banyak. Yang paling popular skali ialah JPP (Jabatan Perwakilan Pelajar). Kiranya inilah persatuan yang membantu menyuarakan suara pelajar gitu..Cheewaaah!  Hebat naa.. Nak jadi JPP bukan senang.. Korang kenalah berkempen. Bagi speech kat khalayak ramai. Macam pilihan raya gitu.. So, para pelajar akan mengundi..Yeah! MENGUNDI.. Apa? Korang ingat umur 21 tahun ke atas je ke mengundi? Kat Matrik pun boleh mengundi maa..Hehe.. Kalau masuk alam universiti lagi gempak..

Selain JPP, ada Sahabat Al-Irfaan juga.. Kalau JPP nie macam pengawas, sahabat Al-Irfaan pula ialah ajk surau. Best tau, jadi sahabat al-Irfaan nie..Ukhwah gitu..Hehe.. Contoh aktiviti yang paling gempak sekali ialah Minggu Penghayatan Islam (MPI). Time cik Yeanna dulu, ada artis like Imam Muda Najdi, Fitri Haris dan Mr.Bie yang datang.. Selebihnya, nanti lah kalau ada masa cik Yeanna cerita ok? Hehe..

Also, ada KERAP. KERAP nie librarian la kiranya. So, sesapa nak meneruskan legasi pustakawan dan pustakawatinya boleh lah join..Selain itu, ada juga PRD. PRD nie macam PRS la, pembimbing rakan sebaya gitu..Yang nie, macam biasalah under kaunseling. Banyak lagi lah, tapi yang nie je cik Yeanna ingat. Haha! Maklumlah..Umur meningkat..

6.Buku Rujukan
Last but not least, jom cite tentang buku rujukan.. Buku rujukan nie terpulang pada korang je nak beli ke tak. Tak diwajibkan pun. Tapi, sebaik-baiknya kena lah ada buku rujukan. Senang nak rujuk kalau ada yang tak faham. Penjualan buku rujukan, soalan klon past year, dan buku Q&A ada kat Matrik. Biasanya time awal-awal kemasukan. Tak ingat dah time bila. Kalau habis, boleh juga beli kat lecturer. Kalau nak yang murah lagi, boleh fotocopy. Kalau tak nak beli or fotocopy pun boleh juga. Kat surau al-Irfaan, boleh pinjam buku untuk satu bulan atau satu sem. Selain tu, buku rujukan boleh didapati kat bilik bacaan blok masing-masing. Kadang-kadang akan ada buku-buku yang sengaja ditinggalkan kat situ untuk adik-adik semua. Tapi, first come first serve la. Ramai je yang ambil. Hehe..

Buku rujukan semasa SPM tu, ikut adik je nak bawa ke tak. Tapi, kalau akak, tak bawa lah.. Lecturer akan ajar juga kebiasaanya..

buku yang sangat disyorkan bagi yang ambil Bio. Nie buku International. Nak guna kat sampai U pun boleh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, nampaknya setakat itu sahaja entry kali nie. Pinggang pun dah nak patah dah. Berjam-jam menaip nie haa..Mata pun mula kuyu. Kalau diteruskan, merapu la jawabnya..Orait, nantikan LAST PART pula..

p/s: tentang gambar ukuran pasport tu, maaf ye che tak tahu..time kitaorang, takde pula benda tu..hehe..

tentang klinik kesihatan tu, KML tak de klinik. Tapi, kalau ada pelajar sakit, boleh ke Hospital. Jangan risau, korang akan dihantar ke hospital oleh bas Matrik.

Bagi yang tak tahu lagi tentang etika pemakaian kat KML, boleh rujuk nie--> Etika Pemakaian
DESIGNED BY CIK YEANNA