Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam ceria dan salam pilihan raya! Hehe..I'm back! Setelah setahun mencurahkan bakti di Kolej Matrikulasi Labuan or nama glamornya KML, cik Yeanna dah balik! Yeah! Truthfully, baru je semalam sampai kat rumah. Sampai je, terus buka laptop. Cari blog. Waa! lama dah jari jemari yang kononya runcing ini bermain main di keyboard, menaip naip permainan kata. Ok lah, sekadar mukadimmah je..>.<
| gambar adalah atas ihsan pak cik google |
Baiklah, entry kali nie tentang Matrikulasi Labuan. Yelah, keputusan matrik dah keluar kan. So, siapa yang dapat tu cik Yeanna ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Bersyukur tau! Tak senang nak masuk matrik nie. Tapi, kalau tak dapat tu jangan bersedih. La tahzan. Tak dapat matrik, form 6 pun ok apa. Allah give what we need, not what we want.
Orait, first of all kat KML nie memang best sangat! setahun bersama sehayat terasa.. Tanya lah batch batch KML lepas, memang best sangat.. Kat sana kita dapat kawan-kawan baru, mostly in KML ramai Sabahan n Sarawakian. So, bagi Sabahan, ambil peluang belajar bahasa Sarawak ok. Memang best, walaupun kamek sik pandai sangat kelakar sarawak. ^^v
Kat KML, ada 6 blok asrama. Karisma A, Karisma B, Madani C, Madani D, Luhur E n Luhur F.. Dalam setiap bilik ada 4 orang, mostly akan terdiri daripada 2 Sabahan n 2 Sarawakian. Setiap sorang akan dapat meja belajar ok, korang jangan risau. Kat setiap asrama ada felo yang terdiri daripada kalangan pensyarah. Setiap tingkat ada felo yang tersendiri. Felo nie macam kira warden la juga. Mereka lah ibu bapa kalian di sana nanti. Hehe..
Matrikulasi Labuan ada dua jurusan, Sains dan Perakaunan. Kat jurusan sains terbahagi kepada 3 Modul iaitu:
Modul 1 (BP) - Biology, Physics, Chemistry, Maths
Modul 2 (CP) - Physics, Sc Computer, Chemistry, Maths
Modul 3 (BC) - Biology, Sc Computer, Chemistry, Maths
Bagi yang ambil akaun pula ambil subjek -> Maths, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, dan Perakaunan. Subjek tambahan bagi kedua-dua jurusan pula ialah Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/Moral dan Koko. Lagi satu, untuk pelajar PST korang DIWAJIBKAN mengambil MUET pada sem 1 nanti.
Tentang waktu belajar pula, ianya terbahagi kepada tiga iaitu kuliah ( lecture ), tutorial dan amali ( lab ). Kelas bermula pada pukul 7 pagi hingga 4 petang. Tapi, tak semua sama lah, ada yang mula jam 8, ada yang balik jam 3. Ikut jadual korang. Rehat pula jam 9am atau 10am dan 12pm atau 1pm. Semuanya bergantung pada jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut kelas tutorial anda masing-masing.
Ok, adik adik yang nak ke matrik nie mesti ramai yang bingung kan nak bawa baju apa? Nak berapa helai? Kat KML ada dress code ke? Kasut macam mana? Ok, untuk hari kuliah korang DIWAJIBKAN memakai baju formal like baju kurung, jubah, or kemeja berkolar pairing with skirt. Kena pakai skirt ye, melainkan hari koko je boleh pakai seluar. For men pula, kena pakai kemeja with tie n seluar slack. Ye lah, macam nak pergi kerja tu.. Hari Jumaat penghulu segala hari pula, boleh pakai baju selangor. Ye lah, boleh nampak macho sikit. Hehe. Untuk kasut pula, kena pakai yang bertutup n bermaterialkan kulit. Warna hitam. Dark brown pun boleh rasanya. For co-curriculum activities ataupun KOKO boleh pakai t-shirt KML n seluar. Kasut sukan. Biasanya awal sem satu memang banyak lah aktiviti bersukan, lari-lari nie, so make sure bawa kasut sukan ye.
![]() |
| Haha! macam penjenayah la pula Cik Yeanna buat macam nie. Sorry friend! ^^ |
Bah rasanya itu sahaja setakat nie, malas nak cerita panjang-panjang..Hehe.. For more information, boleh comment kat bawah ok. Insya-Allah, setiap dibalas akan dijawab secepatnya Hehe! Ok, chow dulu! Nantikan PART 2 pula! ^^v
update : PART 2
p/s: maaf sekiranya entry agak membosankan, maklumlah penulis dah lama 'berehat' dari berblogging..
